Walau sudah banyak drama Korea yang anda tonton, sentiasa ada banyak lagi Kdrama yang menakjubkan menanti anda dan kadang kala terlepas pandang untuk menonton beberapa siri menarik.
Berikut dibawah ini adalah 6 buah Kdrama yang sangat menarik dan mempunyai peminat tersendiri. Sangat popular pada zamannya, dan mungkin anda belum berkesempatan untuk menonton drama-drama yang disenaraikan ini.
Blood (2015)
Bersembunyi dari dijumpai selalunya merupakan strategi terbaik, dan bagaimanakah agaknya apabila vampire berada hospital? Seorang doktor vampire yang masih muda bekerja untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya ketika dia bergelut dengan kehausan darah. Untuk mengelakkan godaan bau darah, dia menjauhkan diri daripada orang lain.
Angry Mom (2015)
Kes buli di sekolah bukanlah perkara yang boleh diremehkan, dan semuanya terserah kepada ibu bapa yang bertanggungjawab untuk membantu anak-anak mereka. Apabila seorang ibu muda mengetahui tentang masalah anak perempuannya di sekolah, dia menyamar dan mendaftar ke sekolah itu juga. Dia pernah menjadi seorang gadis yang tegas pada zamannya, dan pembuli tidak dapat memahami apa yang akan menimpa mereka.
When the Camellia Blooms (2019)
Seorang detektif polis jatuh cinta dengan ibu tunggal muda, tetapi bandar mereka diancam oleh pembunuh bersiri dan wanita itu adalah sasaran seterusnya. Kini detektif polis tersebut perlu melindungi wanita yang dicintainya!
Secret Love Affair (2014)
Apabila seorang pelajar piano berusia 20 tahun dan tutornya berusia 40 tahun saling jatuh cinta antara satu sama lain, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka untuk mengelakkan buah mulut orang. Tetapi tiada cinta yang boleh berkembang di bawah tekanan berterusan sedemikian, jadi mereka perlu membuat pilihan yang sukar.
Dong Yi (2010)
Cerita mengenai orang miskin yang ditindas dan orang kaya berkuasa sentiasa menjadi tema dalam Kdrama yang mendapat perhatian ramai. Selepas keluarganya dituduh membunuh orang bangsawan, seorang gadis muda secara rahsia menjadi pembantu rumah di istana untuk mengetahui lebih lanjut tentang serangan pembunuhan yang terjadi itu. Tetapi raja menyukainya, dan dia dengan cepat dinaikkan pangkat dan darjat menjadi permaisuri raja.
The King 2 Hearts (2012)
Dalam realiti alternatif, seorang putera mahkota Korea Selatan ditipu untuk berkahwin dengan anak perempuan pegawai tinggi tentera Korea Utara. Kedua-dua anak muda itu berjuang untuk mengenepikan perbezaan mereka, tetapi apabila tragedi melanda, mereka mesti bersatu untuk menyelamatkan antara satu sama lain.
Jadi Kdrama manakah yang belum anda tonton? Jangan lupa luangkan masa untuk menonton ya!