Home Entertainment 6 Kdrama Pendek Paling Menarik

6 Kdrama Pendek Paling Menarik

0

Kdrama siri pendek memang cukup banyak dijumpai dalam platform streaming waktu ini. Kdrama siri yang mempunyai durasi serta episod yang pendek dari Kdrama yang biasa muncul dengan episod 16 dan 18 episod, Kdrama pendek mempunyai daya tarikan tersendiri bagi para penonton.

Berikut ini kami kumpulkan senarai enam Kdrama siri pendek yang boleh anda tonton, jom sama-sama kita lihat!

1. Soundtrack 1 (2022)

Kdrama
Soundtrack 1 merupakan Kdrama siri yang ditayangkan pada 23 Mac 2022, melalui saluran Disney+. Drama siri yang dibintangi oleh Park Hyung-sik dan Han So-hee ini mempunyai 4 episod sahaja, dengan durasi sekitar 44 minit untuk satu episod. Drama ini menceritakan tentang Han Sun Woo yang bertemu dengan Lee Eun Soo dan bersahabat baik selama dua puluh tahun. Sesuatu terjadi membuatkan Han Sun Woo dan Lee Eun Soo mula tinggal di rumah yang sama selama dua minggu, membuatkan hubungan mereka juga berkembang secara romantik.

2. Love Alarm (2019)

Kdrama
Love Alarm merupakan salah satu drama Korea pendek yang telah berjaya meraih perhatian ramai penonton, drama yang dibintangi oleh Kim So Hyun, Jung Ga Ram, dan Song Kang ini juga memiliki musim kedua yang ditayangkan pada 21 Mac 2021. Drama siri ini menceritakan tentang aplikasi kekunci jam yang akan berdering kerana perasaan seseorang dalam jarak 10 meter.
Suatu hari Hwang Sun Oh memerhatikan jika sahabatnya Lee Hye Young menyukai Kim Jo Jo, seorang gadis yang berada di sekolah yang sama dengan mereka. Hwang Sun Oh ingin tahu adakah sahabatnya benar-benar menyukai Kim Jo Jo. Love Alarm ditayangkan dengan jumlah 8 episod, dengan durasi sekitar 50 minit untuk setiap episod.

3. Sweet Home (2020)

Kdrama
Sweet Home merupakan drama siri Netflix yang ditayangkan pada 18 Desember 2020. Beberapa orang pelakon popular seperti Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, Kim Nam Hee, Park Gyu Young, Go Youn Jung, Kim Gab Soo, dan juga Kim Sang Ho, membintangi drama siri ini. Drama siri ini hadir dengan 10 episod, dengan durasi sekitar 52 minit untuk satu episod. Drama siri Sweet Home menceritakan tentang Cha Hyun Soo yang berpindah ke sebuah apartment baru setelah kematian keluarganya. Kehidupan yang pada awalnya tenang mula terganggu dengan berbagai-bagai kejadian aneh yang muncul, ramai penghuni apartment mula berubah menjadi raksasa. Hyun Soo dan penghuni yang lain cuba sedaya upaya untuk bertahan hidup.

4. Extracurricular (2020)

Kdrama

Drama Extracurricular menceritakan tentang Ji Soo yang merupakan seorang pelajar contoh. Untuk membayar yuran kelasnya, dia membuat pilihan yang buruk dan mengarah kepada kejahatan serius. Min Hee dan Kyu Ri yang berada di sekolah yang sama, terlibat dalam kejahatan Ji Soo. Drama ini mempunyai jumlah 10 episod, dengan durasi sekitar 55 minit untuk setiap episod. Extracurricular ditayangkan pada 29 April 2020 dengan dibintangi oleh Kim Dong Hee, Park Ju Hyun, Jung Da Bin, dan Nam Yoon Su.

5. Weak Hero Class 1 (2022)

Kdrama
Weak Hero Class 1 merupakan drama pendek yang ditayangkan pada 18 November 2022, drama siri ini berdurasi sekitar 40 minit dan mempunyai jumlah 8 episod. Drama siri ini menampilkan Park Ji Hoon, Choi Hyun Wook, Hong Kyung, dan juga Kim Su Gyeom.
Drama siri Weak Hero Class 1 menceritakan tentang Yeon Shi Eun, iaitu seorang peajar contoh yang secara fizikalnya nampak lemah dan lembik. Namun dengan menggunakan kepintarannya, dia berjuang melawan kekerasan yang terjadi di dalam dan di luar sekolahnya.

6. Bitch X Rich (2023)

Kdrama
Ditayangkan pada 31 Mei 2023, Bitch X Rich merupakan salah satu drama yang cukup menarik perhatian penonton waktu ini. Drama siri ini mengisahkah tentang Kim Hye In yang menjadi satu-satunya saksi kes cubaan bunuh yang melibatkan seorang pelajar sekolah menengah. Tragedi itu telah membuatkan dia dipindahkan ke sekolah Antarabangsa Cheongdam yang sangat berprestij. Di sekolah tersebut dia bertemu dengan Baek Je Na yang merupakan suspek utama dalam kes tersebut. Baek Je Na juga merupakan pelajar paling berkuasa di sana, kedua-duanya terlibat dalam perebutan kuasa yang sengit serta pertempuran mental. Drama siri ini hadir dengan durasi sekitar 35 minit, dengan jumlah 10 episod semuanya.

Walaupun mempunyai episod serta durasi yang lebih pendek dari drama Korea yang lain kebiasaannya, namun senarai Kdrama di atas tetap menarik untuk diikuti. Dari enam Kdrama di atas, anda meminati drama yang mana satu?

Baca lagi: Lee Min Ho Kini 36 Tahun, 6 Karya Terbaiknya

Baca juga: The Childe – 7 Sebab Untuk Menonton Filem Korea Ini