Home Kdrama/Kmovie 6 Kdrama Sageuk Bawa Tema Penjelajahan Masa, Kisah Fantasi Merentasi Masa

6 Kdrama Sageuk Bawa Tema Penjelajahan Masa, Kisah Fantasi Merentasi Masa

0

Selama ini, sudah banyak Kdrama yang mengangkat tema penjelajahan masa (time travel). Melalui drama genre sageuk yang membawa tema penjelajahan masa, penonton seolah-olah diajak untuk menjelajahi beberapa dimensi waktu.

Menariknya, setiap zaman mempunyai ciri khas dan keunikan masing-masing. Jika anda sedang mencari Kdrama genre sageuk tentang penjelajahan masa, jom lihat senarainya dibawah ini ya!

 

1. THE STORY OF PARK’S MARRIAGE CONTRACT (2023)

39857219 c8e4 43ed 9698 ded7a214cdc8THE STORY OF PARK’S MARRIAGE CONTRACT merupakan salah sebuah drama Korea sageuk yang membawa tema penjelajahan masa yang menarik untuk ditonton. Menggabungkan elemen misteri, romantik, dan fantasi, kisah drama ini menawarkan konflik yang cukup kompleks.

 

Cerita dalam drama ini mengikuti kisah Park Yun Woo, seorang wanita dari era dinasti Joseon yang tiba-tiba melakukan perjalanan ke masa depan selepas dicampak ke dalam sebuah perigi. Di masa lalu, Yun Woo kehilangan suaminya, Kang Tae Ha. Di masa depan, Yun Woo bertemu dengan lelaki yang sangat mirip dengan suaminya. Pertemuan itu membawa mereka ke dalam hubungan baru yang penuh pengembaraan. Mereka juga terlibat dalam perkahwinan kontrak kerana tekanan keluarga.

Baca lagi: 6 Kdrama Jenayah Misteri, Diambil Dari Kes Jenayah Sebenar

2. DURIAN AFFAIRS (2023)

KdramaSecara umum, Kdrama ini mengisahkan tentang Du Ri An dan Kim So Jeo, dua wanita dari era Joseon yang terlempar ke masa depan semasa menghadiri majlis keluarga kaya yang bernama Dan Chi Gam. Semasa berada di era moden, mereka mendapati bahawa kekasih mereka dari masa lalu telah dilahirkan semula menjadi anggota keluarga Dan Chi Gam. Bagaimana? tertarik untuk mengikuti konflik dalam drama ini?

 

3. MUST YOU GO (2021)

36e9c4d2 fe15 4786 a1d6 9d92d92799e9Kdrama ini mengisahkan tentang seorang lelaki dari dinasti Joseon yang melakukan perjalanan 600 tahun ke depan dan sampai di era Seoul moden. Dia bertemu dengan seorang wanita yang sangat mirip dengan cinta sejatinya dari masa lalu. Kisah cinta mereka berkembang melalui minat mereka terhadap muzik.

 

4. MR. QUEEN (2020)

840b715a b3e7 4213 92ac 08b9c2c97ab7

Kdrama ini mengikuti perjalan seorang tukang masak terkenal yang secara tidak sengaja terbangun dalam tubuh seorang bakal permaisuri di era dinasti Joseon. Tukang masak lelaki yang berada di dalam tubuh wanita itu berusaha keras untuk kembali ke kehidupan asalnya. Oleh sebab proses yang ditempuhinya bukannya mudah, tukang masak tersebut perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman Joseon. Dia malah terlibat dalam berbagai-bagai konflik di era Joseon.

 

5. LIVE UP TO YOUR NAME (2017)

2b1d3a28 a7e7 47ee b998 920a38cee065Kdrama ini mengisahkan tentang pertemuan dua pakar perubatan dari zaman yang berbeza. Seorang tabib dari dinasti Joseon secara tidak sengaja terlempar 400 tahun ke masa depan. Saat berada di dunia yang lebih moden, dia bertemu dengan seorang doktor wanita. Mereka sering terlibat dalam perdebatan mengenai cara perubatan. Hubungan yang terjalin antara dua pakar perubatan ini sangat menarik untuk anda tonton.

 

6. ROOFTOP PRINCE (2012)

8c86b314 b9b9 4438 a651 d4ad1284b11fKdrama ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota dari dinasti Joseon yang terlempar ke abad ke-21 di Seoul. Sebelum ini, dia kehilangan isteri tersayangnya yang meninggal dunia. Semasa berada di Korea era moden, dia bertemu dengan Joo Se Na (Han Ji Min) yang wajahnya sangat mirip dengan mendiang isterinya. Perjalanan putera mahkota makin menarik kerana diikuti oleh para pengawalnya yang tampan dan juga kelakar.

Demikian sahaja beberapa buah Kdrama Sageuk yang membawa tema penjelajan masa dengan kisah historikal yang sangat menarik. Sudahkah anda menonton drama-drama yang tersenarai di atas?

Baca lagi: 7 Drama Korea Jenayah Thriller 2023 Ini Meraih Rating Tinggi Kerana Jalan Cerita Memukau dan Penuh Misteri
Baca juga: 8 Kdrama Dengan Plot Misteri Membawa Tema Tentang Virus Maut