Lee Jung Ha merupakan salah seorang pelakon Korea Selatan yang bernaung di bawah agensi Namoo Actors. Dia mula terjun ke industri lakonan pada tahun 2018. Sejak saat itu kebolehan dan bakat lakonannya semakin berkembang.
Sekarang ini Lee Jung-ha sedang popular kerana membintangi drama siri terbaru yang bertajuk Moving. Dalam drama siri ini dia mendapat peluang untuk bergandingan bersama artis ternama Korea, iaitu Han Hyo Joo dan Jo In Sung. Sebelum membintangi Moving, Jung Ha juga pernah berlakon dalam drama siri lain yang juga popular.
Berikut ini adalah 5 buah drama siri yang dibintangi oleh Lee Jung Ha. Jom sama-sama kita lihat:
1. Want More 19 (2018)
Want More 19 ditayangkan pada bulan Oktober hingga November 2018. Dibintangi oleh Lee Jung Ha, Nam Yoon Su, Jung Ha Joon, Shin Gi Hwan, dan Jeon Yu Lim. Mengisahkan tentang 5 orang pelajar sekolah menengah dengan kisah percintaan mereka masing-masing. Plot cerita ini menceritakan tengang remaja yang saling suka dan ada juga yang cintanya bertepuk sebelah tangan.
Jung Ha membuat debut sebagai pelakon melalui Kdrama Want More 19. Dia membawa watak sebagai Ma Tae Hee. Drama siri ini dapat ditonton melalui platform Playlist Global dan WeTV.
2. Freshman (2019)
Lee Jung Ha menjadi pelakon utama dalam drama siri Freshman. Drama siei ini mengangkat tema tentang kehidupan pelajar-pelajar baru di kampus. Lee Jung Ha membawa watak sebagai Cha Do Jin. Kisah dimulakan apabila Cha Do Jin memutuskan untuk menyertai kelab yang kurang diminati iaitu Freshman. Semenjak itu kehidupannya berubah sedikit demi sedikit. Freshman merupakan drama siri pendek yang ditayangkan dengan 12 episod dan durasi 5 minit setiap episod. Selain Jung Ha, drama ini turut dibintangi juga oleh Hwang In Yeop, Moon Joo Yeon, dan Jung Bo Min.
3. Rookie Historian Goo Hae Ryung (2019)
Rookie Historian Goo Hae Ryung ditayangkan di MBC dan dapat ditonton juga melalui platform Netflix. Drama siri ini ditayangkan pada bulan Julai hingga September 2019. Dibintangi oleh Shin Se Kyung dan Cha Eun Woo sebagai pelakon utama. Rookie Historian Goo Hae Ryung mengangkat cerita tentang sejarawan wanita dan seorang putera raja yang tampan. Jung Ha menjadi pelakon pembantu sebagai Kim Chi Guk. Ini merupakan drama televisyen pertama yang dibintangi oleh Jung Ha.
4. Run On (2020)
Run On merupakan salah sebuah drama yang membuatkan Jung Ha dikenali oleh ramai peminat. Ditayangkan di JTBC pada bulan Disember 2020 hingga Februari 2021. Menceritakan tentang kisah romantik sebuah pasangan yang dapat membuat hati penonton hanyut dalam buaian penceritaan.
Watak utama dalam drama Run On dilakonkan oleh oleh Im Si Wan dan Shin Se Kyung. Jung Ha menjadi pelakon pembantu sebagai atlet lumba lari yang bernama Kim Woo Shik. Drama ini dapat ditonton secara streaming melalui platform Netflix.
5. Nevertheless (2021)
Nevertheless dibintangi oleh pelakon tampan, Song Kang dan juga Han So Hee. Drama siri ini diadaptasi dari webtoon popular dengan tajuk yang sama. Dalam drama siri ini Lee Jung Ha berlakon sebagai Kim Eun Han.
Nevertheless merupakan salah sebuah drama siri popular pada tahun 2021. Menceritakan tentang pelajar jurusan seni yang suka memainkan hati wanita. Drama siri ini ditayangkan di Netflix.
6. Moving (2023)
Moving merupakan drama siri yang menaikkan nama Lee Jung Ha. Drama siri terbaharu ini membawa genre fiksyen, supernatural, dan ditampilkan juga dengan adegan aksi. Dalam drama siri ini Lee Jung Ha adalah salah seorang pelakon utama, dia berlakon sebagai Kim Bong Seok.
Kim Bong Seok merupakan anak remaja yang memiliki kekuatan supernatural yang diwarisi dari ayah dan ibunya. Kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh keluarga ini membuatkan mereka diintip oleh kumpulan tertentu.
Drama siri Moving diadaptasi dari webtoon popular Korea. Mula ditayangkan pada 9 Ogos 2023 dan berjumlah 20 episod semuanya. Setakat ini drama siri ini telah ditayangkan sebanyak 7 episod.
Tayangan pertama Moving mendapat sambutan yang sangat baik dari para penonton. Anda dapat menonton drama siri ini melalui platform Disney+.