Buat pinjaman bank merupakan kaedah utama majoriti rakyat Malaysia membeli kenderaan. Bagi mereka yang lebih berkemampuan, beli secara tunai mungkin pilihan utama mereka.
Walaupun demikian bagi segelintir lagi individu yang mungkin berdepan bermacam kekangan, membeli kereta orang lain dengan perjanjian sambung bayar mungkin terpaksa menjadi pilihan mereka.
Telah bermacam amaran dikeluarkan bagi memastikan ‘perjanjian’ sebegini tidak dilakukan namun malangnya setiap hari, ada sahaja keluhan mangsa yang terjejas disebabkan kegopohan mereka sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.
1. Semuanya Hanya Atas Janji Mulut Semata-Mata
Dalam setiap urusan berkait pertukaran hak milik kenderaan, dan apa sahaja transaksi yang berlaku harus melibatkan badan uatama iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan. Sebarang pertukaran hak milik yang berlaku secara suka rela tanpa penglibatan JPJ, akan dianggap tidak sah.
Termasuklah perjanjian beli kereta sambung bayar yang biasa berlaku walaupun wang ringgit sudah berpindah tangan.
Ini kerana atas kertas, tidak ada sebarang dokumentasi atau rekod yang benar-benar dianggap terpakai dalam mengesahkan perjanjian yang dibuat. Apa yang berlaku hanyalah persetujuan diantara dua pihak atas dasar percaya.
Pada awalnya memanglah kata-kata manis dikeluarkan, kerana di pihak penjual mereka ingin menjual kenderaan mungkin kerana tidak mampu membayar sementara pembeli pula tidak layak melakukan pinjaman tetapi ingin memakai kereta.
2. Anda Sebagai Pembeli Tidak Ada Apa-Apa Hak
Kita yang membeli jenis percaya dengan orang. Setiap bulan kita bayarkan ansuran bulanan kepada penjual, kerana kita tahu kereta itu atas nama si penjual.
Sedar tak sedar satu hari sedang anda memandu, kereta anda di tahan tukang tarik kereta yang meminta anda melepaskan kenderaan kepada mereka. Ada terpinga-pinga mengaku yang anda tak pernah ‘miss’ bayar setiap bulan.
Bingung, anda cuba menelefon tuan punya kereta asal, tetapi tidak berjawab. Beberapa hari anda cuba lagi, namun langsung tidak berbalas panggilan dan mesej anda. Tiada kenderaan, anda cuba mengira kembali sudah beberapa bulan anda bayar ansuran kereta sambung bayar itu.
3. Pegawai Polis Tiada Kuasa Untuk Bantu Anda
Kecewa selepas membuat panggilan pada pemilik kenderaan asal tidak berjawab. Anda ke balai polis ingin membuat laporan, tetapi atas dakwaan apa? Tuan punya kereta telah menghilangkan diri, selepas anda tolong membayar kereta dia selama beberapa bulan?
Anda bawa semua surat perjanjian yang menyatakan persetujuan yang telah dicapai, tetapi realitinya bawalah satu kotak dokumen sekalipun tidak akan ada apa-apa yang boleh anda buat jika kita sandarkan situasi anda kepada undang-undang.
Ini kerana apa yang anda telah persetujui, berlawanan dengan undang-undang. Apa yang boleh anda lakukan sekiranya kenderaan ‘milik’ anda sudah ditarik, adalah pergi mencari tuan punya asal dan berbincang, terpaksa bergantung kepada tolak ansur mereka.
Seandainya dia kata dia sendiri malas nak urus, nak biar sahaja kereta tersebut dilelong, anda nak marah pun tiada guna lagi.
4. Penjual Pula Masih Menjadi Tuan Punya Rasmi
Di pihak penjual pula, anda mungkin merasakan menawarkan kenderaan milik anda dalam skim sambung bayar adalah jalan keluar termudah bagi anda mengelak dari bebanan hutang.
Mungkin banyak pihak penjual sebegini terlepas pandang satu perkara, apa sahaja yang berlaku melibatkan kenderaan itu walaupun dipandu oleh pembeli ‘baru’, risikonya jatuh ke atas kita.
Pembeli melanggar lampu merah, namun nama anda akan disaman. Pembeli mamandu melebihi had laju, anda yang akan kena bayar. Pembeli melanggar orang lain dan lari, anda juga yang kena.
Lebih menakutkan, sekiranya anda ditangkap melakukan perjanjian sebegini serta telah ‘selamat’ menjual kenderaan kepada orang lain atas dasar percaya, anda sebagai tuan punya kereta boleh didenda di bawah Akta Sewa Beli 1967 tidak melebihi RM10,000 dan 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
5. Kereta Hilang Siapa Yang Tanggung?
Sekiranya mana-mana kenderaan sambung bayar dicuri atau hilang semasa digunakan pembeli, kedua-dua pihak baik penjual dan pembeli akan menanggung kerugian masing-masing.
Ini kerana pertukaran tangan secara tidak sah ini secara automatik tidak melayakkan apa sahaja tuntutan kerugian dibuat daripada pihak insurans atau takaful.
Kami yakin pasti akan ada komplot nak menipu akan dibuat pihak pembeli dan penjual dalam menangani masalah ini agar pambasa dapat dibuat, tetapi kami tegaskan, orang menipu ini hatinya tidak tenang.
6. Ketahui Scam Kereta Sambung Bayar Popular
Oleh kerana populariti kereta sambung bayar memang benar-benar berlaku di kalangan ahli masyarakat kita yang terdesak, telah wujud satu sistem penipuan atau scam melibatkan kenderaan sambung bayar ini.
Ada di kalangan individu tidak bertanggungjawab akan menyewa kereta dalam satu jangka masa panjang daripada pihak ketiga, kemudian membuka iklan kononnya menawarkan kereta sambung bayar, menggunakan kereta sewa tersebut.
Pembeli yang mudah diperdayakan atau naif ini, mudah bersetuju kerana harga yang ditawarkan menarik selain percaya mereka dapat membantu orang terdesak keluar dari masalah kewangan, dengan menjadi penyambung bayarannya.
Selepas membayar wang deposit pembeli pun membawa pulang kereta dengan gembira. Dua minggu kemudian, hadir beberapa orang tidak dikenali serta polis mengadu kenderaan yang telah anda beli dengan deposit beribu itu sebenarnya kereta sewa.
Oleh itu, berhati-hati lah jika mahu membuat keputusan atau membuat sesuatu terlebih dahulu. Jangan disebabkan orang lain, kita menjadi mangsa.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi