Home Manhwa/Webtoon 6 Komik Manhwa Aksi Ini Menawarkan Kisah yang Ringan Tetapi Mengujakan

6 Komik Manhwa Aksi Ini Menawarkan Kisah yang Ringan Tetapi Mengujakan

0

Sempena musim cuti raya ini, pasti ramai yang tercari-cari cara untuk mengisi masa yang terluang. Salah satu pilihan yang menarik ialah membaca komik manhwa, terutamanya yang membawa kisah yang ringan dan menghiburkan.

Manhwa sendiri merupakan sebuah komik dari Korea Selatan yang mempunyai pelbagai genre, dari aksi hinggalah romantik yang boleh dinikmati oleh pelbagai golongan. Sebahagian daripada komik manhwa ini tersedia di platform berdaftar, dan boleh diakses secara percuma.

Dengan cerita yang ringan dan mudah dihadam, komik manhwa ini boleh memberikan hiburan tanpa memerlukan banyak penumpuan, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin mencari bahan bacaan santai tetapi mengujakan.

Bagi peminat komik manhwa yang ingin mencari hiburan sambil bersantai di musim cuti, dibawah ini adalah beberapa cadangan untuk komik manhwa dengan cerita ringan yang sesuai untuk menemani hari-hari anda.

The Tower of God

Komik manhwa

Komik manhwa The TOWER OF GOD mengisahkan Bam, seorang pemuda yang terperangkap dalam menara misteri dan mesti mengharungi pelbagai cabaran untuk mencari kawan baiknya, Rachel. Kisah ini penuh dengan teka-teki dan misteri, tetapi tetap ringan untuk diikuti. Manhwa ini sesuai dibaca semasa bercuti kerana jalan ceritanya progresif dan tidak terlalu rumit.

 

THE SWORDMASTER’S SON

IMG 8895

Ini adalah kisah Jin Runcandel, seorang budak lelaki yang diberi peluang untuk memulakan hidupnya semula setelah gagal menjadi pendekar. Dengan cerita tentang pengembaraan dan perjuangan untuk menjadi yang terhebat, manhwa ini menawarkan aksi menghiburkan tanpa membuatkan pembaca rasa terbeban.

 

I’M THE MAX-LEVEL NEWBIE

IMG 8896

Tidak seperti cerita aksi lain, komik manhwa I’M THE MAX-LEVEL NEWBIE membawa elemen permainan ke dalam cerita manhwa ini. Mengisahkan seorang pemain game bernama Kang Jinhyeok yang beralih dari dunia permainan ke dunia nyata. Komik ini menyajikan cerita yang ringan dan menghiburkan dengan banyak humor.

 

HOW TO USE A RETURNER

IMG 8897

Komik manhwa ini mempunyai konsep yang unik, di mana watak utama iaitu Kiyoung terperangkap dalam dunia permainan. Cerita ini menggabungkan fantasi dan kehidupan seharian dengan cara yang sangat menarik dan mudah difahami, menjadikannya bacaan ringan yang sempurna untuk musim cuti.

 

MY BLASTED REINCARNATED LIFEIMG 8898

Kisah ini mengisahkan tentang Eugene yang telah dijelmakan semula selepas kematian pahlawan Hamel dalam pertempuran yang hebat. Dengan tumpuan pada pengembaraan dan perjuangan untuk menyelesaikan misi yang belum selesai, manhwa ini cukup ringan untuk diikuti dengan unsur humor dan fantasi yang menghiburkan.

 

SECOND LIFE RANKER

IMG 8899

Komik manhwa ini mengisahkan Yeon-woo yang mempunyai saudara kembar yang tiba-tiba hilang 5 tahun lalu. Pada suatu hari, dia terjumpa jam poket milik abangnya. Apabila dia membukanya, dia menjumpai diari tersembunyi yang mencatatkan kehidupan abangnya di Obelisk: Menara Dewa Matahari, dunia di mana beberapa alam semesta dan dimensi bersilang.

Abangnya telah menjadi mangsa di dunia ini kerana pengkhianatan semasa memanjat Obelisk. Selepas mengetahui kebenaran, Yeon-woo memutuskan untuk memanjat menara itu bersama-sama dengan diari abangnya. Dengan plot yang menarik dan watak yang kuat, manhwa ini adalah pilihan yang tepat untuk mengisi masa lapang anda tanpa terlalu memikirkan plot yang rumit.

 

SOLO LEVELING

IMG 8901

Walaupun terkenal dengan aksi yang menarik dan mencabar, SOLO LEVELING juga mempunyai elemen cerita yang tidak terlalu berat dan mudah untuk diikuti. Mengisahkan Sung Jin Woo yang cuba menjadi pemburu terkuat. Manhwa ini sesuai dibaca apabila anda ingin menikmati cerita aksi ringan tetapi masih penuh ketegangan.

Baca lagi: 7 Anime Komedi Unik Yang Pasti Akan Menceriakan Hari Anda
Baca juga: 10 Anime Pembuka Selera yang Sesuai untuk Teman Sahur & Berbuka