Home Artis Korea 6 KPop Idol Ini Rasa Bertuah Jumpa Hantu, Percaya Tahyul?

6 KPop Idol Ini Rasa Bertuah Jumpa Hantu, Percaya Tahyul?

0

Berjumpa hantu dapat menjadi pengalaman menyeramkan bagi sebahagian besar manusia. Lain pula bagi beberapa orang Kpop Idol ini, ada perkara tahyul yang membuatkan beberapa orang KPop Idol ini berfikir lebih positif selepas mengalami pengalaman berjumpa hantu.

Menurut sebuah kepercayaan tahyul, melihat hantu sewaktu melakukan sesuatu projek tertentu dapat menjadi petanda kejayaan.
Beberapa orang KPop Idol ini berusaha untuk mempercayai tahyul itu.

KPop Idol ini mengaku melihat dan merasa kehadiran hantu sewaktu sedang melakukan penggambaran dan juga rakaman di studio.

1. Naeun bekas anggota kumpulan Apink

KPop IdolNaeun mengaku melihat hantu sewaktu penggambaran filem The Wrath dalam sebuah sidang media pada tahun 2018. Kejadian itu berlaku di penginapan lokasi penggambaran yang terkenal memang ‘keras’ dan menyeramkan. Waktu itu, dia sedang mengeringkan rambutnya selepas mandi pada tengah malam dan mendapati lampu dinyalakan di depan pintu, jadi dia memeriksanya. Kemudian, dia ternampak imej seorang lelaki di pintunya yang sedikit terbuka.

Naeun berfikir bahawa orang itu adalah pengurusnya. Ketika hendak menghampirinya, pintunya tertutup begitu sahaja dan membuatnya membatalkan niat untuk berjumpa lelaki yang disangka pengurusnya tersebut. Selepas turun dari biliknya, dia bertanya kepada pengurusnya adakah dia sudah naik ke bilik penginapan atau belum. Namun, pengurus itu mengaku belum naik kerana dia tertidur dalam kereta. Pengakuan tersebut membuatkan Naeun merasa meremang.

Pelakon yang bergandingan dengannya iaitu Seo Young Hee, menambah bahawa dia mengalami perkara serupa. Sewaktu sedang mandi, dia merasakan seperti ada seseorang yang masuk ke biliknya. Namun, waktu itu hanya dia yang mempunyai kunci sehingga mustahil bagi orang lain untuk masuk. Pelakon The Wrath yang lain, Lee Tae Ri kemudian bergurau dengan menyatakan bahawa mereka perlu percaya itu adalah hantu kerana merupakan petanda kejayaan.

2. Hwiyoung SF9

28b93047 2c0b 4863 a6b4 1424da0b3187Dalam sebuah showcase pada tahun 2017, Hwiyoung mengatakan bahawa SF9 menginap di hotel berusia 200 tahun di Amerika sewaktu penggambaran video muzik “O Sole Mio”. Untuk pertama kalinya, dia mengalami sleep paralysis atau yang sering disebut sebagai “ditindih”. Pada waktu yang sama, dia juga mendengar seseorang sedang menyanyikan lagu rap di sebelahnya.

Ketika Hwiyoung mengejutkan staf, staf mengatakan bahawa mereka juga melihat hantu. Perkara ini membuatnya berfikir positif, dengan mengaku waktu itu comeback SF9 akan berjaya. Dia percaya khabar angin yang menyebut seseorang akan berjaya jika melihat hantu sewaktu melakukan sesebuah projek.

3. Jungkook BTS

4034e1c3 a6c3 49f5 80da 36306c24708c

Dipetik dari Koreaboo, Jungkook BTS pernah berkongsi pengalamannya sewaktu berjumpa hantu pada tahun 2016. Semuanya bermula waktu dia baru selesai merakam dan memutar ulang lagunya di studio. Namun, semua yang ada di studio ketika itu akhirnya menyedari bahwa semua bahagian yang dinyanyikan oleh Jungkook telah hilang.
Walaupun kebingungan, Jungkook akhirnya kembali merakam bahagian nyanyiannya di studio tersebut.

Pekerja di studio kemudian memutar kembali rakaman tersebut, lalu menyedari segmen pada bahagian yang belum dinyanyikan, tiba-tiba terdengar suara Jungkook. Perkara ini membuatkan mereka merasakan itu adalah suara hantu.

Dalam sebuah wawancara, Jungkook juga mengaku tertanya-tanya adakah perbuatan itu benar-benar dilakukan oleh hantu. Selain itu, dia juga merasa album BTS akan berjaya kerana kejadian tersebut. Perkara itu menjadi kenyataan, kerana WINGS menjadi album terlaris di Korea sepanjang tahun 2016. Album itu juga menduduki tangga pertama di iTunes Top Album Chart.

4. Romeo

f82e012f 589e 4476 a636 42111aebf25eMelalui showcase pada tahun 2016, Romeo menceritakan pengalaman mistik yang terjadi kepada mereka. Mereka mengaku merasa kehadiran hantu sewaktu merakam album. Perkara yang menyeramkan adalah kedudukan mikrofon mereka terus bergerak secara misteri.

Mereka cuba membaiki kedudukan mikrofon, tetapi mikrofon itu tidak boleh duduk diam di tempat. Walaupun begitu, mereka cuba berfikir positif dengan menyatakan bahawa kejadian itu merupakan petanda baik untuk kejayaan album yang baru mereka lancarkan ketika itu, Miro.

5. Baro bekas anggota kumpulan B1A4

d1b07e1e abe6 4621 856f 47bd9af05e4fDalam program Hello pada tahun 2014, Baro mengaku pernah melihat hantu dalam proses rakaman album. Waktu itu, mereka merakam lagu “Lonely” di studio. Dia dan Jinyoung bekerja di ruangan yang terpisah. Namun, dia mendengar suara dari pekerja agensi memanggilnya. Ketika dia keluar untuk menemui sumber suara tersebut, dia mendapati tidak ada sesiapa pun di sana.

Pada waktu yang sama, Jinyoung juga keluar dari ruangannya yang bersebelahan dengan ruangan Baro, dengan mengatakan, “Ya?”. Jinyoung juga mengaku mendengar suara seseorang memanggilnya, seperti yang dialami Baro. Perkara itu membuatkan Baro berfikir bahawa lagu “Lonely” begitu berjaya mendapat tempat pertama di tangga lagu kerana kejadian itu.

6. Baekhyun EXO

e7e3b5d8 3665 4c9d aabc 21842e7aca2bDalam program Beatles Code 2, Baekhyun mengatakan bahawa suara wanita yang menakutkan terdengar sewaktu sedang melakukan penggambaran video muzik “MAMA”. Suara itu hanya boleh didengari di video muzik, bukan dalam lagu sebenarnya. Padahal, mereka tidak pernah merakam lagu menggunakan suara wanita.

Suara itu terdengar seperti ucapan “Terima kasih semuanya” dalam bahasa Mandarin. Baekhyun sendiri menceritakan perkara ini setelah MC mengatakan bahawa ada khabar angin tentang melihat atau mendengar hantu sewaktu merakam lagu boleh menjadi petanda nasib-nasib yang menguntungkan.

Kepercayaan tahyul melihat atau merasa kehadiran hantu dapat mendatangkan kebaikan dan kemahsyuran tampaknya begitu terkenal di Korea Selatan. Buktinya, setiap KPop Idol yang tersenarai di atas sanggup berfikir positif dengan kepercayaan tahyul seperti itu. Namun, tentu sahaja faktor utama dari kejayaan mereka adalah kerja keras mereka sendiri.

Baca lagi: 5 Pelakon Lelaki Korea Bercinta Dengan Kpop Idol
Baca juga: Jung Hae In & Jisoo: 3 Topik HAESOO Terus Trending Setelah Hubungan Cinta Jisoo & Ahn Bo Hyun Disahkan