Home Kdrama/Kmovie 6 Pelakon Kdrama ‘Marry My Husband’, Park Min Young dengan Misi Balas...

6 Pelakon Kdrama ‘Marry My Husband’, Park Min Young dengan Misi Balas Dendam

0

Marry My Husband adalah adaptasi web novel dengan tajuk yang sama dari penulis Sung So Jak, drama tema balas dendam ini menarik perhatian.

Drama Marry My Husband menceritakan tentang wanita yang mendapat peluang untuk kembali ke masa lalu dan bakal mengubah masa depan.

Dibintangi oleh artis-artis terkenal Korea Selatan, Park Min Young dan Lee Yi Kyung, Kdrama ini pasti akan membuatkan anda jatuh cinta.

Jom kita lihat beberapa fakta tentang watak yang dilakonkan oleh enam pelakon Marry My Husband ini!

 

1. Park Min Young sebagai isteri yang akan balas dendam

Marry my husband Kang Ji Won terlibat dengan hubungan perkahwinan yang rumit dan tidak berjalan lancar. Tekanan yang diberikan oleh suami dan mertuanya membuatkan dia akhirnya tersakiti. Dia akhirnya menemui suami yang curang dan tiba-tiba berada di masa lalu sebelum berkahwin. Dia berusaha untuk mengubah segala-galanya dan membalas dendam!

 

2. Na In Woo mempunyai kisah cinta bertepuk sebelah tangan

a228b356 384d 42e9 9f7e cf9c2c3b448fWatak Yoo Ji Hyeok adalah sebagai pegawai atasan Kang Ji Won yang tampan dan bijak. Namun, dia mempunyai kisah cinta terpendam dan pernah gagal dalam perhubungan. Kesempatan baru membuatkan dia lebih berusaha untuk mendapat cinta sejatinya!

 

3. Lee Yi Kyung membawa watak sebagai suami yang menyakitkan hati

abcb65b2 b0e4 4134 bb56 fc75608dad81Lee Yi Kyung dikenali kerana selalu membawa watak yang menghiburkan. Kali ini, watak Park Min Hwan adalah lelaki yang sangat egois. Bahkan, dia menganggap isterinya sebagai pembantu rumah sahaja. Bakal membuatkan para penonton geram!

 

4. Song Ha Yoon sebagai watak yang curang dengan Lee Yi Kyung

fb0a16df c5a0 48ca 8515 831aea5ed12cJung Soo Min membawa watak sebagai sahabat kepada Kang Ji Won. Namun, dia adalah orang bermuka dua dan akan membuatkan para penonton mendidih hati. Sedia untuk menyaksikan Song Ha Yoon melakonkan watak jahat?

 

 

5. Lee Gik Wang kawan sekolah Song Ha Yoon dan Park Min Young

14575d22 796e 4edc 8f62 507ae79526a9Baek Eun Ho merupakan kawan sekolah Kang Ji Won dan Jung Soo Min. Kini dia merupakan seorang tukang masak yang mencuri perhatian dan akan membuatkan penonton terpikat. Pertemuan mengejutkan dengan cinta pertama waktu sekolah Kang Ji Won semakin membuatkan penonton cair hati dan tertanya-tanya.

 

6. Gong Min Jung sebagai rakan sekerja Park Min Young

Marry my husband Yang Joo Ran merupakan rakan sekerja Kang Ji Won dan ternyata mempunyai kisah rumah tangga yang agak rumit. Pertemuan kedua dengan Kang Ji Won akan mengubah kehidupannya.

Drama Korea Marry My Husband ini akan membuatkan perasaan anda bercampur baur, sedih dan juga tertawa. Kehadiran bintang popular memang akan membuatkan anda semua terpikat. Marry My Husband akan membuatkan penonton geram ini dijadualkan tayang pada 1 Januari 2024!

Baca lagi: Kdrama 2023: 8 Pelakon Ini Bawa watak Polis, Penuh Bergaya
Baca juga: 8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’