Home Artis Korea 6 Pelakon Wanita Korea Ini Pernah Bawa Watak Sebagai Orang Cacat Penglihatan,...

6 Pelakon Wanita Korea Ini Pernah Bawa Watak Sebagai Orang Cacat Penglihatan, Buat Penonton Berlinang Air Mata

0

Kehebatan lakonan para pelakon Korea Selatan memang sudah diakui ramai. Bagi membawa sesebuah watak, para pelakon Korea memberi komitmen untuk mengikuti latihan lakonan supaya mereka dapat membawa watak dengan berkesan.

Salah satu watak dalam drama Korea yang dianggap sangat mencabar adalah watak sebagai orang cacat penglibatan. Membawa watak sebagai orang buta memerlukan sangat banyak usaha kerana mereka perlu melontarkan dialog mereka dengan tatapan mata kosong kerana mereka tidak boleh melihat.

Namun walaupun sukar, watak sebagai gadis buta dalam drama Korea ini tetap dibawa dengan berkesan oleh para pelakon Korea dibawah ini.

 

1. Choi Ji Woo

fcdc1e15 51ec 4c1d bed7 00ecd392ff06Choi Ji Woo membawa watak sebagai Han Jung Seo atau Kim Ji Soo dalam drama Stairway to Heaven yang ditayangkan pada tahun 2003. Dalam drama ini Choi Ji Woo bergandingan dengan Kwon Sang Woo dan Kim Tae Hee.

Drama ini merupakan drama percintaan yang penuh air mata. Choi Ji Woo menderita kanser dan penyakitnya ini merosakkan saraf matanya. Emosi penonton diusik dengan kisah Ji Woo melayan penyakitnya. Choi Ji Woo berjaya meraih anugerah Excellence Award, Actress in a Drama untuk drama ini.

 

2. Kim Hee Sun

fd8070ca 024c 4bd2 890e e35982b69275Selanjutnya adalah Kim Hee Sun yang berlakon dalam drama Sad Love Story yang tayang pada tahun 2005. Dalam drama ini Kim Hee Sun membawa watak sebagai Park Hye In, seorang gadis buta yang bersuara merdu.

Drama ini membuatkan penonton hanyut dalam kehidupan Hye In yang menyedihkan. Dia bukan hanya buta namun juga tidak boleh melupakan lelaki yang dicintai. Hee Sun bergandingan dengan Kwon Sang Woo dalam drama ini.

 

3. Song Hye Kyo

311f979b 6884 468a 8dc1 c15390f9323dPelakon cantik Song Hye Kyo juga pernah membawa watak sebagai gadis buta dalam drama. Pelakon ini membawa watak sebagai gadis buta dalam drama That Winter, the Wind Blows yang ditayangkan pada tahun 2013. Bekas isteri Song Jong Ki ini bergandingan dengan sahabat Jo In Sung.

Drama bergenre melodrama yang diadaptasi dari drama Jepun I Don’t Need Love, Summer ini mengisahkan tentang Oh Soo (Jo In Sung) seorang playboy yatim piatu yang menyamar menjadi Oh Soo iaitu sahabatnya yang sudah meninggal dunia untuk mengambil wang dari adiknya yang bernama Oh Young (Song Hye Kyo).

Oh Young adalah pewaris syarikat besar yang tidak mempercayai cinta. Hasil lakonannya sebagai gadis buta, Song Hye Kyo memenangi Baeksang (Grand Prize) dalam kategori Korea Drama Awards ke 6 pada tahun 2013.

 

4. Nam Ji Hyun

7b27af29 53a2 4e2a abb2 ae7ca94437c1Nam Ji Hyun juga pernah membawa watak sebagai gadis buta dalam drama Angel Eyes yang ditayangkan pada tahun 2014. Ji Hyun membawa watak versi remaja Yoon Soo Wan yang mengalami cacat penglihatan semasa remaja kerana kemalangan yang juga meragut nyawa ibunya.

 

5. Goo Hye Sun

PelakonGoo Hye Sun membawa watak sebagai Yoon Soo Wan dalam drama Angel Eyes. Goo Hye Sun membawa watak versi dewasa Soo Wan dan versi remaja dibawa oleh Nam Ji Hyun. Kehidupan Soo Wan sangat memilukan, dia hilang penglihatan dan juga kehilangan ibunya. Semasa dia mendapat penderma mata, ternyata penderma tersebut adalah ibu kepada lelaki yang dicintainya.

 

6. Kim So Hyun

Pelakon wanita koreaPelakon wanita Korea yang sudah berlakon sejak kecil iaitu Kim So Hyun juga pernah membawa watak sebagai gadis buta. Drama Page Turner yang ditayangkan pada tahun 2016 ini mengisahkan tentang Yoon Yoo Seul (Kim So Hyun) pelajar sekolah muzik yang ingin menjadi pemain piano nombor satu.

Malangnya dia mengalami kemalangan yang membuatnya buta. Penonton sangat tersentuh dengan lakonan Kim So Hyun semasa dia membawa watak sebagai Yoo Seul terutamanya sewaktu adegan dia tertekan hingga ingin bunuh diri.

Demikian sahaja senarai 6 orang pelakon wanita Korea yang pernah membawa watak sebagai gadis buta dalam drama, lakonan mereka yang berkesan sebagai orang buta sangat luar biasa hingga membuatkan para penonton hanyut dalam kisah sedih hidup mereka.

Baca lagi: Filem Korea Terbaru Revelations Bakal Ditayangkan di Netflix, Buah Tangan dari Pengarah Train to Busan
Baca juga: Boleh Terus Binge Watching, 11 Kdrama ini Tamat Pada Bulan Jun 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here