Home Kdrama/Kmovie 6 Pengakhiran Watak-Watak Jahat dalam Marry My Husband Versi Webtoon, Bakal Sama...

6 Pengakhiran Watak-Watak Jahat dalam Marry My Husband Versi Webtoon, Bakal Sama dengan Drama?

0

Drama Korea Marry My Husband akan tamat pada 20 Februari 2024. Versi webtoon dengan tajuk yang sama sudah tamat sejak 28 Februari 2023 lalu, serta boleh anda baca di LINE Webtoon.

Penonton tentu ingin tahu bagaimanakan pengakhiran bagi setiap watak jahat, contohnya seperti Park Min Hwan dan Jung Su Min. Sambil meneka-neka ending versi drama, jom kita lihat pengakhiran mereka dalam versi webtoon!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Kim Ja Ok, ibu Park Min Hwan

8e449d49 614c 4e2e 988b be4d6b9439caKim Ja Ok, ibu Park Min Hwan melayan Jung Su Min seperti Kang Ji Won dulu. Selepas mendapat layanan yang teruk selama beberapa bulan, Jung Su Min tahu bahawa Park Min Hwan menghidap oligosperma (kurang jumlah sperma).

Selepas mengetahui fakta itu, Kim Ja Ok terkejut dan pengsan. Oleh kerana lambat di bawa ke hospital, Kim Ja Ok hampir lumpuh. Semasa proses penyembuhan, Jung Su Min membunuh ibu mertuanya itu.

Jika melihat pada jalan ceritanya, kemungkinan Kim Ja Ok bertukar nasib dengan Kang Jin Won. Di kehidupan yang baru, Kim Ja Ok yang meninggal dunia dan bukannya Kang Ji Won.

 

2. Park Min Hwan

3fc0f8fa 36fa 4260 9a86 72902c945dc3Park Min Hwan pada awalnya berniat mahu membunuh Jung Su Min, dengan membuat seolah-olah kematian itu sebuah kemalangan. Park Min Hwan menipu dengan mengatakan dia ingin mengajak Jung Su Min bercuti.

Namun kerana mendengar berita mengejutkan tentang kematian ibunya, Park Min Hwan tanpa sedar memandu kereta yang telah dirosakkan untuk membunuh isterinya. Kerana memandu dengan laju, Park Min Hwan kemalangan dan disahkan meninggal dunia.

Di kehidupan sebelum ini, Yu Ji Hyuk meninggal dunia kerana bunuh diri di lautan. Kemungkinan takdir Park Min Hwan dan Yu Ji Hyuk tertukar.

 

3. Jung Su Min

c32c220f 4506 409a 8bc9 9c54c500be87Di kehidupan pertama dan juga kedua, Jung Su Min akhirnya disumbat ke penjara. Di kehidupan pertama, dia dipenjarakan kerana membunuh Kang Ji Won. Manakala di kehidupan kedua, dia meringkuk dipenjara kerana membunuh ibu Park Min Hwan.

Nasib Jung Su Min dalam versi webtoon cukup menyedihkan. Jung Su Min akan merasa kesepian dan ditinggalkan oleh orang-orang yang disayanginya, sama seperti yang Kang Ji Won rasakan di kehidupan pertama.

 

4. Pengurus Kim Gyeong Uk

32eeb48a c106 4fdf bcb3 ac5a7ce0f4d8Pengurus Kim Gyeong Uk adalah salah seorang majikan toksik di U&K Food. Di kehidupan sebelum ini, pengurus Kim membantu Jung Soo Min untuk dinaikkan pangkat sebagai pekerja tetap hingga dinaikkan pangkat sebagai pengurus. Tapi di kehidupan kedua, dia diturunkan pangkat.

Di pengakhiran versi webtoon, Kim Gyeong Uk diturunkan pangkat sebagai pembantu pengurus dan pengurus baru iaitu Yang Joo Ran kerap menyuruh Kim Gyeong Uk untuk menulis surat permohonan maaf kerana selalu datang lambat ke pejabat.

 

5. Bae Hui Suk, ibu kandung Kang Ji Won

001f96ff 28e2 4df1 8920 7219cd9e5be9Melihat kehidupan Kang Ji Won yang bahagia, Jung Soo Min sengaja menghubungi Bae Hui Suk, ibu kandung bekas sahabatnya itu. Bae Hui Suk datang dengan tujuan untuk mengambil kesempatan atas kesenangan yang dimiliki Kang Ji Won.

Namun di akhir cerita, pengurus Cabang, Cha Geum Ran atau ibu tiri Yu Ji Hyuk memberi amaran kepada Bae Hui Suk supaya tidak mengganggu Kang Ji Won lagi. Selain itu, Bae Hui Suk dan Jung Man Sik, ayah Soo Min juga diancam akan dilaporkan atas beberapa kesalahan jenayah.

 

6. Lee Jae Won, suami Yang Joo Ran

Marry my husbandLee Jae Won, suami Yang Joo Ran ternyata curang dengan pekerja di restoran milik ibu bapa Yang Joo Ran. Kerana diminta untuk bercerai, Lee Jae Won dan perempuan simpanannya menculik Lee Yeon Ji, anak perempuan Yang Joo Ran.

Nasib baik ada Kang Ji Won dan Yu Hee Yeon yang menyelamatkan Yeon Ji. Akhirnya, Yang Joo Ran dan Lee Jae Won rasmi bercerai. Selain itu, semua aset atas nama Yang Yang Joo Ran tidak jatuh ke tangan Lee Jae Won.

Enam watak jahat di atas mendapat balasan atas semua perbuatan buruk mereka. Jika dalam versi drama, bagaimanakah agaknya pengakhiran mereka ya?

Jangan lupa ya saksikan 2 episod akhir pada 19 dan 20hb Februari ini hanya di Prime Video!

Baca lagi: Bakal Tamat, 6 Kejutan yang telah Dihidangkan dalam Marry My Husband
Baca juga: 7 Fakta Penjelajahan Masa dalam Marry My Husband, Takdir Menentukan Segalanya