Home News 6 Penjelasan Ending The Worst of Evil, Masuk Akal atau Tidak?

6 Penjelasan Ending The Worst of Evil, Masuk Akal atau Tidak?

0

Tiga episod terakhir The Worst of Evil tayang pada Rabu, 25 Oktober 2023. Usaha Park Jun Mo menyamar sebagai Kwon Seung Ho membuahkan hasil.

Namun, ada harga yang perlu Park Jun Mo, Jung Gi Cheul, dan Yu Eui Jeong bayar. The Worst of Evil tampilkan ending yang masuk akal, tapi pastinya sedih dan mengundang sebak, jom lihat penjelasannya!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Kes dadah yang melibatkan Korea, Cina, dan Jepun terungkai

The worst of evil Pihak polis berjaya menumpaskan sindiket dadah di Korea, Cina, dan Jepun. Choi Jung Bae (Im Sung Jae), Hong Hee Sung (Cha Rae Hyoung), dan Oh Kyung Jin (Choi Sung Hyuk) ditangkap di pelabuhan Pohang.
Seo Jong Ryul (Lee Shin Ki) sudah terlebih dahulu ditangkap polis. Kilang dadah di Cina juga diserbu oleh polis setempat. Manakala Tsuyoshi Oyama (Lim Hyun Guk) dan anggota Yakuza ditangkap oleh polis Jepun.

 

2. Park Jung Mo sengaja beri peluang Lee Haeryeon dan Jung Gi Cheul melarikan diri

ca7adcf9 ce3f 4729 bc7a b07aab6bb761Park Jun Mo (Ji Chang-wook) memberi peluang Lee Haeryeon (BIBI) untuk melarikan diri. Dia menyarankan supaya Haeryeon tidak berada di Korea atau Cina. Haeryeon juga perlu melarikan diri kerana membunuh Hwang Min Goo (Yoon Kyung Ho), hingga Jo Kang San (Park Ji Hoon) mengorbankan dirinya.

Haeryeon sebenarnya mula sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Park Jun Mo. Sewaktu mendengar organisasi dadah Korea, Jepun, dan Cina ditangkap, Haeryeon sedang dalam perjalanan ke Hong Kong.
Sewaktu menangkap Gangnam Union di pelabuhan Pohang, Park Jun Mo mengikuti Jung Gi Cheul (Wi Ha Joon) ke kereta. Namun, dia meninggalkan kunci di situ. Seperti Park Jun Mo sengaja melepaskan Jung Gi Cheul.

Baca juga: The Worst of Evil Bakal Ada Musim ke-2?

3. Jung Gi Cheul meninggal dunia!

a0888e46 8c57 451b 919e 6b0e2bca2dafSayangnya, Jung Gi Cheul datang ke rumah Park Jun Mo dan Yu Eui Jeong (Lim Se Mi). Di sana dia menyedari bahawa Park Jun Mo dan Yu Eui Jeong sudah berkahwin.

Jung Gi Cheul tekad untuk bunuh diri. Namun, Park Jun Mo menembak Jung Gi Cheol hingga meninggal dunia.

 

4. Park Jung Mo dan Yu Eui Jeong naik pangkat, sedangkan Seok Do Hyung meninggal dunia

390ef910 6813 4eb6 84e0 66da4024ffacSesuai dengan janji yang terpatri, jika berjaya menangkap organisasi dadah, Park Jun Mo akan naik dua tangga pangkat. Yu Eui Jeong yang turut sama menyamar juga naik pangkat.

Seok Do Hyung (Ji Seung Hyun) yang meninggal dunia sewaktu betugas diwakili oleh isterinya sewaktu majlis penyerahan anugerah. Seok Do Hyun dibunuh oleh Seo Jong Ryul kerana penyamarannya sebagai suami Yu Eui Jeong terbongkar.

 

5. Hubungan Park Jung Mo dan Yu Eui Jung mungkin tidak boleh kembali seperti dulu

afe5633a e476 4eb2 b945 302e34cd928cSewaktu menyamar, Park Jun Mo dan Yu Eui Jeong secara tidak langsung mempertaruhkan perkahwinan mereka. Kedua-duanya terlalu mendalami penyamaran hingga melakukan perkara di luar batasan.

Yu Eui Jeong bertanya kepada Park Jun Mo, adakah perkahwinan mereka boleh kembali seperti dulu. Namun, Park Jun Mo hanya terdiam dengan wajah mendatar.

Kemungkinan, hubungan mereka sudah tidak boleh dipertahankan lagi. Tambahan pula apabila Park Jun Mo melihat Yu Eui Jeong seperti sangat kehilangan Jung Gi Cheol. Tapi tidak dijelaskan, adakah mereka bercerai atau tidak.

 

6. Sampai ke akhir yang boleh meneka indentiti sebenar Park Jun Mo adalah Seo Jong Ryul
The worst of evil Choi Jung Bae dan Hong Hee Sung memang curiga dengan kemunculan Kwong Seung Ho atau Park Jun Mo yang mengaku sebagai sepupu Kwon Tae Ho (Jeong Jae Kwang). Mereka juga tidak setuju Kwon Seung Ho menjadi orang kepercayaan Jung Gi Cheul.

Jung Gi Cheol percaya kepada Kwon Seung Ho sepenuhnya. Bahkan ketika Kwon Seung Ho menangkap Gangnam Union. Choi Jung Bae, Hong Hee Sung, dan Jung Gi Cheol tidak curiga langsung bahawa Kwon Seung Ho adalah polis.

Berbeza dengan Seo Jong Ryul yang yakin bahawa Kwon Seung Ho adalah polis. Tambahan pula apabila Kwon Seung Ho tidak boleh membunuh Seok Do Hyung.

The Worst of Evil (2023) tamat dengan pengakhiran yang memilukan. Walau penyamaran Park Jun Mo berjaya, namun ada luka mendalam yang mengguris hatinya.

Bagaimana pendapat anda? Sudahkah anda tonton habis The Worst Of Evil ini?

Baca lagi: The Worst of Evil: Nasib Akhir 11 Watak

Baca juga: 5 Bukti Cinta Itu Buta dalam The Worst of Evil, Penuh Rintangan