Home Artis Korea 6 Rancangan Disney+ Tayang Pada Separuh Kedua 2023, 2024

6 Rancangan Disney+ Tayang Pada Separuh Kedua 2023, 2024

0

Disney+ makin serius menggarap drama siri Korea. Banyak drama siri Korea yang ditayangkan di Disney+ mendapat perhatian besar dari para pelanggan Disney+.

Salah satu Kdrama yang paling berjaya adalah Dr. Romantic 3 yang menduduki tangga pertama di sebahagian besar pasaran Asia Pasifik berdasarkan jam tayangnya.

“Dengan kejayaan gelombang pertama tayangan original Asia Pasifik, kami akan terus memanfaatkan momentum ini dengan memberikan cerita yang mempunyai penceritaan luar biasa pada separuh kedua tahun 2023 dan seterusnya,” ujar Carol Choi, Executive Vice President of Original Content Strategy, The Walt Disney Company APAC.

Jom kita lihat 6 senarai rancangan dari Korea Selatan yang akan ditayangkan pada separuh kedua 2023 hingga 2024 yang akan datang di Disney+!

1. Moving

KdramaMoving merupakan adaptasi webtoon popular di Korea. Drama ini menampilkan ramai bintang besar yang merupakan pelakon chungmuro. Mereka adalah Ryu Seung-ryong, Han Hyojoo, dan Zo Insung. Mengisahkan tentang sekumpulan manusia super yang melarikan diri dari radar, Moving akan ditayangkan pada 9 Ogos yang akan datang.

2. The Worst of Evil

Disney+

Drama siri ini mengambil latar 1900-an tentang bekas DJ yang mengambil alih kepemimpinan sebuah kartel dadah. Seorang pegawai polis dihantar untuk menyamar dan masuk ke dalam organisasi jenayah tersebut. Menampilkan Ji Chang Wook, Wi Ha Joon, dan Lim Se Mi, rancangan awal untuk penayangan Kdrama ini adalah bakal ditayangkan pada akhir tahun 2023.

3. Vigilante

f20b1ae4 ec19 48eb bfa1 be421181e2b0Kdrama siri ini adalah tentang kadet akademi polis yang berprotensi dan dihantui ingatan kes pembunuhan ibunya oleh orang asing. Dia tekad untuk membalas dendam dengan mengejar penjahat dengan segala kemampuannya. Belum ada jadual rasmi mengenai tarikh tayangan yang diumumkan untuk drama yang menampilkan Nam Joo Hyuk, Lee Jun Hyuk, dan Yoo Ji Tae ini.

4. Soundtrack #2

b69719f3 7249 4f06 b25f c1962b0474a9Melanjutkan siri pertamanya, Soundtrack #2 masih akan membicarakan tentang kisah cinta bertepuk sebelah tangan dengan muzik-muzik yang emosional. Kali ini, ceritanya akan fokus pada pasangan muda yang putus setelah 6 tahun bersama lalu bertemu kembali. Menampilkan Keum Sae Rok dan Steve Sang Hyun.

5. BTS Monuments: Beyond The Star

93724d28 cac0 4abb 8cb5 92e75ed64069Salah satu siri yang ditunggu-tunggu oleh ARMY, dan peminat BTS! Siri original eksklusif Disney+ ini merupakan kolaborasi Disney dengan HYBE yang akan menceritakan tentang perjalanan BTS. Bakal menampilkan muzik dan rakaman-rakaman yang belum pernah disiarkan ke publik selama 9 tahun ini. Tidak sabar bukan?

6. Han River Police

91f49977 b5ac 4e77 9713 b39ef51e1526Buat anda yang menyukai genre komedi aksi, wajib untuk menunggu drama siri Han River Police. Drama siri ini menampilkan Kwon Sang Woo yang sudah terkenal dengan filem-filem komedi aksinya! Bergabung dengan Kim Hye Won, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya jalan cerita yang menampilkan kisah anggota polis ini!

Baca lagi: 11 Kdrama Netflix Dengan “Open Ending”, Perlu Musim 2?
Baca juga: Kenali 10 Peserta Nineteen to Twenty, Reality Show Terbaru Netflix