Home VIU 6 Sebab Mengapa Kena Layan Rancangan Variasi Korea Fresh Off The Sea

6 Sebab Mengapa Kena Layan Rancangan Variasi Korea Fresh Off The Sea

0

Fresh Off The Sea mendapat sambutan positif daripada penonton setelah 12 episod disiarkan.

Rancangan variasi yang disiarkan di Viu ini membawa sebuah pengalaman menonton menarik tentang perjalanan yang menyegarkan ke sebuah kampung di desa. Ahli dicabar untuk menikmati perjalanan dengan cara yang berbeza daripada biasa.

Rancangan variasi Fresh of The Sea, memaparkan kehidupan empat ahli, iaitu Yeom Jung Ah, Ahn Eun Ji, Park Joon Myun dan Dex yang tinggal bersama di sebuah perkampungan tepi pantai. Mereka tinggal di kampung tersebut selama tiga hari dua malam.

Mereka menjalani pelbagai pengembaraan yang menarik bersama-sama. Jom kita lihat apa yang menarik dalam rancangan variasi ini?

Fresh off the sea

1. Yum Jung Ah, Ahn Eun Jin, Park Jun Myun, dan Dex akan melakukan pelbagai lawatan di kawasan luar bandar dan berpeluang menikmati bahan-bahan segar khas rantau ini pada musim tertentu.

 

 

IMG 6083

2. Bagaimanapun, keempat-empat mereka perlu bekerja terlebih dahulu dan bukannya dapat  menikmatinya dengan mudah. Mereka akan turut serta bekerja bersama petani, nelayan melalui proses penuaian. Beberapa ganjaran upah akan diperolehi akan dibelanjakan untuk barangan runcit.

 

 

IMG 6086

3. Seterusnya, mereka juga akan memasak pelbagai hidangan daripada bahan-bahan yang mereka tuai selepas bekerja. Mereka berempat menikmati kerja keras mereka sambil menikmati musim panas yang aman dan menggembirakan di luar bandar.

 

 

IMG 6085

4. Penonton akan dapat melihat kegigihan setiap ahli dalam menunjukkan kerja berpasukan yang mengagumkan, dan seronok untuk ditonton dengan pelbagai gelagat lucu.

 

 

IMG 6237

5. Pelakon yang sedang meningkat naik, Go Min Si turut menyertai dalam salah satu episod. Penonton dapat melihat bagaimana artis genit ini bekerja keras sambil bergelak ketawa membantu ahli lain dengan penuaian baharu.

 

 

IMG 6077

6. Rancangan pelbagai ini bukan sahaja memaparkan sisi hiburan. Penonton akan melihat mesej moral dan perjuangan nelayan yang perlu dihargai atas sumbangan mereka kepada rantai makanan di kawasan darat.

Kesemua episod Fresh off the Sea kini boleh ditonton menerusi Viu.
Jangan lupa langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama dan rancangan variasi menghiburkan tanpa sebarang gangguan iklan.
Baca lagi: Hwang In Yeop Membuat Kemunculan Semula dalam Family by Choice, Adaptasi Drama Popular Cina
Baca jug: Siti Saleha Kini Popular Di Korea, Binge-Watch 3 Drama Viu Original Lakonannya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here