Khabar berita hubungan asmara dikalangan artis atau bintang idola KPop selalu mendapat perhatian jutaan peminat. Sudah ada antara selebriti terkenal ini yang menjalin hubungan cinta dalam tempoh masa yang cukup lama.
Ada juga pasangan selebriti bahagia yang yang sudah melalui fasa lamaran. Lebih membahagiakan, ada antara mereka yang sudah melayari bahtera rumah tangga dan sedang berbahagia dengan keluarga yang mereka bina bersama.
Di bawah ini adalah beberapa orang selebriti Korea yang hangat bercinta dan sedang hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Jom sama-sama kita lihat senarai pasangan yang sedang hangat bercinta selepas mereka dipasangkan dalam projek lakonan bersama-sama:
1. Kim Woo Bin dan Shin Min Ah
Pasangan selebriti ini nampak sempurna di mata para peminat, katanya mereka adalah cinta sejati. Bertemu semasa sesi penggambaran editorial pada tahun 2015, perasaan cinta terus muncul. Kedua-dua pelakon tersebut secara rasmi mengumumkan hubungan mereka pada tahun yang sama dan tidak dapat dipisahkan sejak saat itu.
Walau menghadapi gosip tentang perpisahan, mereka masih bersama. Tambahan pula, Kim Woo Bin berjuang melawan kanser, dan Shin Min Ah selalu berada di sisinya yang membuatkan hubungan mereka semakin kuat. Mereka berdua dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga.
2. Park Shin Hye dan Choi Tae Joon
Pelakon wanita Park Shin Hye dan penyanyi Choi Tae Joon telah menjalin hubungan cukup lama. Anehnya, mereka menyembunyikan kisah cinta mereka hingga tahun 2018 ketika mereka akhirnya memutuskan untuk mengumumkan hubungan mereka.
Selepas Choi Tae Joon menyelesaikan latihan ketenteraan pada tahun 2021, mereka membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius dan berkahwin setahun kemudian.
3. Hyun Bin dan Son Ye Jin
Kisah cinta pasangan selebriti ini seperti adegan dalam Kdrama yang menjadi realiti. Mereka pertama kali bertemu di lokasi penggambaran The Negotiation, tetapi semasa mereka bekerja bersama dalam Crash Landing On You perasaan cinta mula berputik dan hubungan mereka makin mendalam.
Para peminat terkejut apabila bibit-bibit cinta mereka berkembang menjadi hubungan di kehidupan nyata. Pasangan itu akhirnya berkahwin pada Mac 2022.
4. IU dan Lee Jong Suk
Lee Jong Suk memberikan isyarat ketika dia mengumumkan berita hubungannya kepada dunia. Dalam ucapannya yang menyentuh hati selepas meraih anugerah, dia menunjukkan penghargaannya terhadap seseorang yang memberikan pengaruh dalam hidupnya.
Yang mengejutkan, ternyata orang istimewa tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah IU. Lee Jong Suk dan IU mengesahkan hubungan mereka dengan berkongsi surat yang menyentuh hati di akaun Instagram mereka, menunjukkan cinta dan terima kasih mereka kepada para peminat setia. Sejak itu, pasangan selebriti ini sering diintai dan ikatan antara mereka terus utuh.
5. Joy dan Crush
Joy Red Velvet dan artis solo Crush telah menjadi pasangan selebriti yang menarik perhatian sejak kebelakangan ini. Mereka merasmikan hubungan mereka pada tahun 2021, selepas menghabiskan beberapa bulan masa bersama.
Menariknya, rasa sayang mereka terhadap anjing memainkan peranan penting dalam merapatkan mereka berdua. Selain itu, kolaborasi mereka di trek Mayday semakin mengeratkan hubungan mereka. Walau ada khabar angin tentang kemungkinan hubungan mereka putus, setakat ini belum ada yang dapat disahkan.
6. Rocky dan Park Bo Yeon
Merpati dua sejoli ini pertama kali bertemu sewaktu bekerjasama dalam siri web Find Me If You Can, dan kisah cinta mereka berkembang dari sana. Namun, para peminat baru sahaja mengetahui hubungan mereka ketika Rocky mengejutkan Park Bo Yeon dengan trak makanan semasa dia sedang dalam penggambaran Kdrama Cheer Up.
Di bahagian cawan minuman yang dihantar tertulis pesanan manis yang berbunyi, “Bo Yeon, aku mencintaimu,” yang membuktikan cinta mereka untuk dilihat oleh semua orang.
Semoga semua pasangan selebriti ini terus berbahagia hendaknya ya!
Baca lagi: Dikecam Dengan Teruk, Lee Jae Wook Didakwa Meninggalkan Teman Wanita Demi Karina Aespa