Bagi 6 selebriti wanita ini, penampilan bukanlah segala-galanya, dan personaliti yang baik adalah yang paling penting.
Memandangkan selebriti wanita sering dikaitkan dengan wajah jelita dan tubuh badan yang sempurna, ramai yang beranggapan penampilan adalah elemen penting bagi mereka semasa memilih teman lelaki.
Walau bagaimanapun, beberapa bintang mendedahkan bahawa lelaki kacak bukanlah jenis mereka, dan mereka mementingkan personaliti yang mesra dan jujur berbanding penampilan.
Pelakon Lee Joo Bin
Pelakon Lee Joo Bin, yang baru-baru ini mendapat perhatian menerusi siri Netflix “Money Heist Korea: Joint Economic Area”, mendedahkan jenis idealnya dalam temu bual pada tahun 2020. Menurut aktres itu, dia mementingkan personaliti berbanding penampilan luaran.
Lee Joo Bin juga secara khusus menyebut bahawa penting bagi teman lelakinya seorang yang mesra, empati, dan boleh berkomunikasi dengan baik.
Dia juga menegaskan semula bahawa keperibadian adalah lebih penting daripada penampilan berkali-kali selepas itu.
Pelakon- idola IU
Sejak awal debutnya, IU mendedahkan bahawa dia tidak rasa orang yang kacak itu menarik, sebaliknya menyukai orang yang sangat suka bekerja.
Pada tahun 2020, IU muncul di rancangan radio KBS Cool FM “Jung Eun Ji’s Music Plaza”, di mana dia berkata bahawa jenis idealnya “adalah seseorang yang mungkin hidup panjang“. Nampaknya di samping personaliti, IU juga mencari orang yang memahami kepentingan kesihatan.
Pelakon- Idola Suzy
Apabila dia muncul dalam program KBS2 2014 “I Am a Man”, Suzy ditanya tentang jenis idealnya, yang mana pelakon pujaan itu menjawab: “Saya tidak tertarik dengan orang kacak.”
Sebelum ini pada 2013, Suzy mengaku bahawa dia sukakan lelaki yang jujur dan mudah mesra, yang juga bekerja keras.
Jennie BLACKPINK
Pada tahun 2017, Jennie BLACKPINK muncul dalam rancangan JTBC “Knowing Brothers”, di mana dia mengakui dia tidak kisah tentang rupa paras ketika bercinta.
Di dalam rancangan itu, Jennie menekankan bahawa penampilan luaran tidak penting, dan memilih pelawak Lee Soo Geun sebagai jenis idealnya di kalangan ahli “Knowing Brothers”.
Red Velvet Irene
Red Velvet Irene membincangkan jenis idealnya pada tahun 2017 apabila dia muncul di rancangan MBC “Oppa Thinking”.
Di rancangan tersebut, idola wanita itu berkongsi bahawa daripada lelaki kacak, personaliti adalah yang penting.
“Jenis ideal saya ialah seorang yang ‘warm’ yang tidak membuatkan saya berasa kesunyian”, kata Irene.
Baca lagi: J-Hope BTS Duduki Carta Tertinggi Billboard
Baca lagi: Transformasi: Selebriti Lelaki Korea Yang Berjaya Jadi Sado!
Oh My Girl YooA
Pada tahun 2020, YooA menyebut jenis idealnya dalam temu bual dengan Lee Sung Kwang di saluran YouTube “The Star Magazine”.
Khususnya, idola wanita itu berkata: “Saya tidak suka orang yang kacak dan hebat. Saya lebih suka orang yang baik hati dan mempunyai falsafah tersendiri”.