Home Netflix 6 Siri Netflix Ini Kembali dengan Musim Baru pada Bulan Oktober 2024,...

6 Siri Netflix Ini Kembali dengan Musim Baru pada Bulan Oktober 2024, Siri Mana Paling Anda Tunggu?

0

Bulan Oktober 2024 nampaknya akan menjadi bulan yang mengujakan bagi para peminat siri Netflix. Pada bulan ini, anda akan disajikan dengan musim baru siri-siri popular.

Kembali dengan cerita yang lebih menarik dan mendebarkan, siri-siri Netflix ini bakal memberikan tontonan yang membuatkan anda terpukau. Contohnya siri Outer Banks dan Hellbound yang akan menyajikan musim baru pada bulan ini.

 

1. Heartstopper musim 3 (3 Oktober 2024)

Netflix

Hubungan Charlie (Joe Locke) dan Nick (Kit Connor) akan semakin mendalam dan penuh emosional dalam siri Netflix Heartstopper musim 3. Selain mengikuti kisah Nick dan Charlie, musim ini juga akan menerokai isu kesihatan mental, seks, dan kehidupan serta impian mereka di universiti.

Para remaja dalam Heartstopper juga akan belajar lebih banyak tentang diri mereka dalam menghadapi pelbagai keinginan dan cabaran baru dalam kehidupan menuju dewasa. Terdiri dari 8 episod, Heartstopper musim 3 akan menampilkan beberapa orang pelakon baru seperti Hayley Atwell, Eddie Marsan, dan juga Jonathan Bailey.

 

2. Outer Banks musim 4 bahagian 1 (10 Oktober 2024)

Siri netflix

Perburuan harta karun belum selesai, siri Netflix The Pogues bakal kembali dalam Outer Banks musim 4 bahagian 1 pada 10 Oktober 2024. Setiap bahagian terdiri dari 5 episod, bahagian pertama musim ini akan ditayangkan pada 10 Oktober sementara bagian 2 akan ditayangkan pada 7 November 2024.

Dalam musim terbaru ini, persahabatan John B (Chase Stokes), Sarah (Madelyn Cline), JJ (Rudy Pankow), Kiara (Madison Bailey), Pope (Jonathan Daviss), dan Cleo (Carlacia Grant) semakin kuat dah erat. Beberapa orang pelakon baru tampil dalam musim ini seperti J. Anthony Crane, Pollyanna McIntosh, dan Mia Challis.


3. The Lincoln Lawyer musim 3 (17 Oktober 2024)

296ecc79 8fe4 4761 b13a 7f444c71aacd

Manuel Garcia-Rulfo kembali sebagai Mickey Haller dalam siri Netflix undang-undang The Lincoln Lawyer musim 3. Dipetik dari Tudum,Garcia-Rulfo menyatakan bahawa di musim ini Mickey Haller akan berjuang dengan banyak perkara, bermula dari percintaan, hubungan dengan bekas isteri, hingga pelbagai kes baru yang ditangani.

Beberapa orang artis membintangi musim baru ini termasuk Merrin Dungey yang membawa watak sebagai hakim Regina Turner, Allyn Moriyon sebagai Eddie Rojas, dan John Pirruccello sebagai pendakwa raya William Forsythe.

Baca juga: Hellbound 2 Tayang 25 Oktober Nanti, Kembali Selepas 3 Tahun


4.
Hellbound 2 (25 Oktober 2024)

f9412a99 8ce5 4e9e b4d0 a98a445b396b

Adakah keadilan benar-benar wujud atau makhluk-makhluk yang menyeret manusia ke neraka memiliki tujuan berbeza? Persoalan inilah yang diangkat dalam siri Netflix Hellbound, siri fantasi gelap Korea karya pengarah Train to Busan.

Dalam Hellbound musim 2, Jung Jinsu (Kim Sung Cheol), ketua aliran keagamaan New Truth kembali selepas dihantar ke neraka selama beberapa tahun. Semasa menyedari bahawa dia bukan satu-satunya yang kembali, Jinsu tertanya-tanya, adakah kebangkitan ini benar-benar sumpahan atau jalan menuju keamanan?

5. The Law According to Lidia Poët musim 2 (30 Oktober 2024)

00d870c9 3dd3 465f bb29 a639b1b340c7

The Law According to Lidia Poët adalah siri misteri thriller yang menyoroti tentang wanita pertama Itali yang terlibat dalam sistem undang-undang. Berlatarkan Turin pada akhir abad ke-19, siri ini mengikuti kisah Lidia Poët (Matilda De Angelis), peguam wanita pertama di Itali.

Musim kedua siri Netflix ini akan menyoroti kisah Lidia yang tidak diizinkan menjadi peguam kerana undang-undang yang dibuat oleh lelaki. Oleh sebab itu, dia mempunyai visi yang lebih tinggi iaitu mencalonkan diri di parlimen supaya dapat mengubah undang-undang.

6. The Diplomat musim 2 (31 Oktober 2024)

a4b2ae1b f26a 4c2e 9dcc 1a661855c300

Keri Russell akan kembali sebagai Kate Wyler dalam siri The Diplomat musim 2. Musim 1 berakhir dengan Kate yang menyedari bahawa serangan terhadap kapal perang England bukan dari negara musuh, tetapi disebabkan oleh perdana menteri England sendiri.

Dalam musim terbaru ini, dia perlu membuktikan perbuatan perdana menteri tersebut. Letupan bom di akhir musim pertama juga membuatkan penonton tertanya-tanya tentang siapakah yang terselamat.

Dengan jalan cerita yang semakin kompleks, keenam-enam siri dari pelbagai genre dan negara dengan musim baru di atas bakal akan menemani anda pada bulan Oktober 2024 ini. selamat menonton ya!

Baca lagi: 9 Drama Cina dengan Genre Jenayah dan Misteri Tahun 2024 Ini, Penuh Konflik
Baca juga: Binge-Watch 10 Cadangan Filem Thriller Misteri Korea di Netflix, Dengan Elemen Saspen Psikologi – Mistik

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here