Rezeki adalah sesuatu ketentuan Allah SWT yang kita tidak boleh mengawal dan tahu bila ia akan datang dan pergi. Sebagai manusia, kita hanya perlu berusaha agar rezeki kita selalu dilimpah ruah dan mudah untuk didatangi kepada kita dalam apa bentuk keadaan sekali pun. Amalkan 6 Tips ini untuk menjemput rezeki yang berlimpah ruah.
Pertama, kita perlu luaskan pemikiran kita bahawa rezeki itu amat luas sekali yang kita tidak dapat bayangkan dan bukan hanya tertakhluk kepada harta semata-mata. Apa-apa sahaja bentuk yang memberi manfaat dan yang baik-baik sahaja kepada kita merupakan rezeki.
Mungkin rezeki itu dalam bentuk keluarga yang bahagia, pasangan yang baik, kesihatan yang sempurna, ketenangan hati, ilmu yang bermanfaat untuk kita dan rezeki yang tidak mungkin dapat dihitung semuanya. Kita semua juga inginkan rezeki yang berkat, mencukupi dan tidak putus-putus.
Allah telah menetapkan rezeki untuk kita sejak azali lagi. Rezeki sememangnya sudah tertulis untuk kita dan setiap orang sudah ada kadar rezeki masing-masing.
Percayakah jika kita tidak perlu mencari rezeki? Kerana rezeki kita sudah disimpan oleh Allah.
Tetapi kita hanya perlu menjemput rezeki supaya rezeki itu datang kepada kita. Perkara ini adalah mudah tetapi tidak ramai yang mampu untuk amalkan.
Baca lagi: Bekas Paralimpik Renang Dilihat Menjual Tisu Di Pavillion Buat Ramai Yang Simpati
Kerana apa?
Kerana dia tidak yakin bahawa dia akan dapat apa yang dia inginkan. Kerana dia berharap agar dapat dalam masa yang singkat. Kerana dia tidak sabar untuk menunggu.
Jadi bagaimana cara untuk kita menjemput rezeki untuk mendatangi kita?
1. Berdoa kepada Allah
Rezeki kita, Allah yang pegang. Oleh itu, minta kepada Allah terlebih dahulu. Berdoalah kepada Dia Pemilik Rezeki. Apa sahaja keinginan kamu, mintalah kepada Dia.
Apa sahaja hajat kamu, mohonlah kepada Dia.
“Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah ingin memberi.”
“Allah menggenggam semua doa kita lalu dilepaskannya satu persatu pada masa yang tepat.”
Mintalah apa sahaja kepada Allah kerana tiada perkara yang mustahil bagi-Nya. Mintalah apa sahaja kepada Allah kerana tiada perkara yang mustahil bagi-Nya.
2. Solat malam
Yang ini ramai orang yang berkira nak buat. Mungkin sayang untuk korbankan masa tidur. Tetapi jika kita betul-betul inginkan sesuatu, kita tetap perlu berkorban. Korbankan masa tidur kita untuk meminta kepada Allah.
Jangan lepaskan peluang kerana pada waktu ini Allah akan turun ke langit dunia untuk mengabulkan semua doa hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya.Yang meminta ampun, Allah akan ampunkan. Yang meminta rezeki, Allah akan berikan. Yang meminta ketenangan, Allah akan kabulkan. Yang mengadu kesedihan, Allah akan tenangkan hati.
“The dua made at Tahajud is like an arrow which does not miss its target.”
“If you really really really want something, pray Tahajud.”
3. Solat sunat Dhuha
Solat sunat yang membuka pintu rezeki dan mempermudahkan urusan hidup kita untuk sepanjang hari.
Teruskan meminta dan meminta kepada Allah. Dalam setiap sujud kita, berdoalah kepada Dia dengan penuh rendah hati dan penuh harap. Dia ada. Dia melihatmu. Dia mendengarmu. Dia pasti menolongmu.
“Sujud itu indah… kau berbisik ke bumi tapi didengar di langit.”
“Allah sudah tahu apa yang ada di dalam hati kita sebelum kita meluahkan kepadaNya, tetapi Dia masih mendengar luahan kita.”
4. Doa ibu bapa
Ibu bapa adalah syurga kita di dunia. Oleh itu, ambillah peluang untuk berbuat baik kepada ibu bapa kita. Sentiasalah mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kita dan sebaliknya. Jangan lupa untuk meminta doa daripada ibu bapa kerana doa mereka sangat mustajab.
“Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan Ibubapa.”
“Doa seorang ibu tiada hijab dan amat mustajab di sisi Allah.”
Jika hari-hari kita terasa sulit, mintalah supaya ibu bapa doakan kita supaya dipermudahkan segala urusan. Maka kita akan rasa hari-hari kita lebih tenang dan lancar.
5. Sedekah
Orang kata sedekah akan mengurangkan harta. Tetapi Islam kata sedekah akan menambahkan harta.
Jangan bersedekah apabila sudah kaya. Tetapi bersedekahlah sehingga kaya. Bukan jumlah sedekah kita yang Allah pandang tetapi kualiti sedekah kita. Bersedekah tidak semestinya dengan harta.
Senyuman kita adalah sedekah. Menolong orang juga sedekah. Sedekah juga saham dan duit kita di ‘kerajaan’ akhirat kelak.
6. Tawakal
Tawakal kepada Allah setelah kita berusaha semampu kita. Sudah berusaha. Sudah berdoa. Sudah solat. Sudah sedekah. Maka seterusnya serahkan segalanya kepada Allah.
Dia pasti akan berikan yang terbaik dan pada masa yang tepat. Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki.
Semoga Tips ini bermanfaat. Assalamualaikum
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.