Shibuya Incident merupakan arc ke-7 dalam kisah Jujutsu Kaisen.
Dalam arc ini berlaku banyak pertarungan antara antagonis dan protagonis yang mengakibatkan ramai terkorban dari kedua belah pihak, bahkan dari pihak manusia biasa.
Arc ini adalah tempat bagi beberapa villain menunjukkan kuasa dan kebolehan mereka yang sebenar. Mereka merupakan ancaman yang membahayakan nyawa Itadori dan kawan-kawan.
Siapakah villain paling berbahaya dalam arc Shibuya Incident Jujutsu Kaisen? Jom lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Hanami
Hanami merupakan roh sumpahan yang pertama kali muncul di musim pertama Jujutsu Kaisen sewaktu Sekolah Jujutsu Tokyo dan Kyoto sedang mengadakan perlawanan persahabatan. Waktu itu, dia mengalahkan semua pelajar yang ada, mengejutkan apabila Aoi dan Itadori juga hampir kalah jika tidak diselamatkan oleh Gojo waktu itu.
Dalam arc Shibuya Incident, Hanami kembali membawa ancaman dengan kekuatannya memanipulasi tanaman. Roh Sumpahan kelas khas ini mampu menyembunyikan lokasinya, mengendalikan akar, menembak bunga yang menahan tenaga lawannya, bahkan salah satu lengannya mampu menyerap kuasa sumpahan.
2. Jogo
Jogo dikatakan sebagai villain paling sombong dalam kisah Jujutsu Kaisen. Kebenciannya terhadap manusia sudah mencapai titik di mana dia merasa jijik dan merasa bangga apabila membunuh manusia yang tidak berdosa.
Jogo memiliki ketahanan fizikal yang hebat dan mampu memanipulasi lava. Selain itu, dia juga mampu menggunakan Domain Expansion yang menjadikannya salah satu villain paling berbahaya.
3. Choso
Choso merupakan yang paling tua antara trio Death Painting Womb bersaudara, di mana dua di antaranya telah dikalahkan oleh Itadori dan Nobara di akhir musim pertama Jujutsu Kaisen. Choso adalah salah satu villain paling berbahaya yang kehebatannya telah diakui oleh Mahito dan Geto.
Sebagai makhluk separuh manusia dan separuh roh sumpahan, Choso mempunyai kekuatan untuk memanipulasi darah dan menjadikannya senjata membunuh yang mampu menghancurkan bangunan. Selain itu, Choso juga memiliki kemampuan seni bela diri yang hebat disertai dengan kepantasan, reflek, dan kekuatan fizikal yang sangat kuat.
4. Mahito
Mahito merupakan villain yang hobinya adalah mencabut nyawa hanya untuk suka-suka dan bersenang-lenang. Selain itu, dia juga sudah terbiasa mengubah tubuh makhluk hidup menjadi buruk dan membiarkan mangsanya terus hidup dengan keadaab yang menyakitkan tersebut.
Tunggak kekuatan Mahito adalah manipulasi tubuh dengan menyentuh mereka. Kekuatannya ini bahkan mampu mengubah tubuhnya sendiri menjadi senjata bahaya. Tambahan pula, Mahito mampu menggunakan Domain Expansion dan menjadikannya villain yang berbahaya.
5. Geto
Villain paling berbahaya dalam arc Shibuya Incident Jujutsu Kaisen yang seterusnya adalah Geto. Dia merupakan dalang di sebalik huru hara di Shibuya Incident yang mengetuai setiap roh sumpahan melawan ahli sihir jujutsu. Geto mempunyai kekuatan untuk memanipulasi roh sumpahan.
Yang membuat Geto semakin berbahaya adalah idealisme yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai tujuannya iaitu untuk menghapuskan kaum bukan ahli sihir. Dia tanpa ragu-ragu mengorbankan musuhnya dalam rangka mencapai impiannya tersebut.
6. Sukuna
Villain paling berbahaya di arc Shibuya Incident Jujutsu Kaisen yang terakhir adalah ahli sihir terkuat sepanjang zaman atau raja sumpahan iaitu Sukuna. Dia dikenali sebagai villain paling berbahaya di Jujutsu Kaisen. Sukuna sangatlah kuat, dia boleh mengalahkan Jogo tanpa perlu bersusah payah selepas mengambil alih tubuh Itadori. Di Shibuya Incident, Sukuna mengaktifkan Domain Expansion yang meragut banyak nyawa.
Shibuya Incident masih merupakan permulaan dari kekacauan yang lebih besar di arc seterusnya. Arc ini pula yang mengeksplorasi kekuatan beberapa villain Jujutsu Kaizen yang tersenarai di atas.