Selepas filem Korea The Plot, Kang Dong Won kembali menemui para penonton melalui filem terbarunya iaitu Uprising.
Karya dari pengarah Park Chan Wook ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang membesar bersama menjadi musuh selama penjajahan Jepun dan bertemu kembali. Kedua-dua lelaki tersebut adalah Jong Ryeo (Park Jung Min) dan Cheon Yeong (Kang Dong Won).
Melalui laman Instagram, Netflix telah melancarkan poster bagi watak-watak utama Uprising pada 23 September 2024. Mari sama-sama kita lihat di bawah ini.
1. Cheong Yeong
Kang Dong Won membawa watak sebagai Cheon Yeong dalam Uprising. Semasa masih kecil, dia berkawan baik dengan Jeong Ryeo. Sering diajak berlatih seni bela diri, dia akhirnya mahir. Walau statusnya adalah hamba, dia memiliki bakat dan kebolehan dalam ilmu pedang yang terbaik.
Cheon Yeong digambarkan sebagai karakter yang mempunyai semangat juang tinggi dan gigih. Dia juga ingin melepaskan diri dari statusnya sebagai hamba yang sangat memeritkan. Suatu hari, dia bertemu dengan Jong Ryeo. Namun, hubungan mereka sudah tidak seperti dulu lagi.
2. Jeong Ryeo
Karakter Jong Ryeo ini dilakonkan oleh Park Jung Min. Jong Ryeo adalah anak kepada pegawai tentera tertinggi Joseon. Dia juga bertanggung jawab atas pengawal Raja Seonjo selepas lulus ujian pegawai negara.
Jong Ryeo digambarkan sebagai sosok yang merendah diri. Dia juga mahu berkawan dengan orang yang status sosialnya tidak setara dengannya. Semasa masih kecil, dia mengembangkan persahabatannya dengan pelayannya yang bernama Cheon Yeong. Mereka berlatih seni bela diri bersama-sama. Namun, ketika mendengar bahawa Cheon Yeong membunuh seluruh keluarganya, dia merasa dikhianati dan bersumpah untuk membalas dendam.
3. Raja Seonjo
Pelakon Cha Seung Won membawa watak sebagai Raja Seonjo. Sepatutnya tugas sebagai raja adalah melindungi rakyatnya. Berbeza dengan Raja Seonjo yang pergi meninggalkan rakyat dan melarikan diri di tengah-tengah konflik dan gejolak.
Raja Seonjo tidak peduli dengan sentimen rakyatnya yang tidak mempunyai tempat tujuan selepas peperangan. Dia hanya fokus pada takhtanya sebagai raja dan penstrukturan semula Istana Gyeongbokgung. Dia digambarkan sebagai sosok yang egois.
4. Beom Dong
Kim Shin Rok membawa watak sebagai Beom Dong. Dia adalah satu-satunya watak utama wanita dalam filem Uprising ini. Beom Dong merupakan tentera sukarelawan dari kelas bawahan. Dia digambarkan sebagai sosok yang berani semasa berperang. Dia berlari tanpa menoleh ke belakang selagi ada target di depannya.
5. Kim Ja Ryeong
Jin Sun Kyu melakonkan karakter Kim Ja Ryeong, seorang jeneral tentera yang baik. Semasa mengetuai rakyatnya yang dalam kacau bilau, dia tampak bijak dalam mengambil keputusan. Kim Jae Ryeong menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusian yang diyakininya. Dia juga tidak pernah bosan mendengar cerita dari para tentera sukarelawan yang letih dengan perang berpanjangan.
6. Genshin
Jung Sung Il membawa watak sebagai Genshin. Dengan menggunakan baju besi dan topeng goblin, Genshin dalam filem ini adalah sebagai ketua tentera Jepun yang menyerang Joseon. Melihat dari poster, dia digambarkan sebagai sosok yang paling ditakuti oleh penduduk Joseon. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan sorotan mata tajamnya yang bersedia membunuh mangsanya. Walau begitu, dia mengakui kebolehan Cheon Yeong yang merupakan pakar bermain pedang.
Penjelasan singkat mengenai watak-watak penting dalam filem Uprising di atas nampaknya sudah cukup memberi gambaran untuk anda tentang bagaimanakah jalan cerita filem ini. Uprising boleh ditonton di Netflix pada 11 Oktober 2024 akan datang. Jangan lupa ya!
Baca lagi: Filem Perang Berlatarkan Sejarah Dinasti Joseon, ‘Uprising’ Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 11 Oktober Ini
Baca juga: Peminat Filem Hijack 1971 Pasti Menyukai Filem Baru Netflix “Good News”, Kisah Rampasan Pesawat