Justitia (Oh Na Ra) yang merasuk tubuh Kang Bit Na (Park Shin Hye) telah menghantar Bae Ja Young (Lim Se Joo) ke Gehenaa dalam drama Korea The Judge from Hell.
Bae Ja Young merupakan seorang penjenayah yang telah membunuh kedua-dua suaminya demi untuk mendapatkan harta mereka.
Namun, ada tujuh kesan besar yang perlu ditanggung oleh Justitia kerana dia telah menamatkan riwayat Bae Ja Young dalam drama Korea The Judge from Hell. Apakah kesan-kesan tersebut?
1. Kematian Bae Ja Young itu menyebabkan wanita jahat itu tidak dapat diadili dengan hukuman dan undang-undang yang ada di dunia, wanita kejam itu belum sempat menerima balasan setimpal semasa hidupnya. Perkara ini diutarakan oleh Han Da On
2. Kebenaran bahawa Bae Ja Young memang benar-benar telah membunuh bekas suami dan juga suaminya yang kini juga turut tidak dapat dibuktikan
3. Selain itu kes penipuan insuran dan rampasan harta dari kedua-dua orang suami oleh Bae Ja Young juga tidak dapat dibuktikan kerana kematiannya tersebut
4. Kejahatan dan jenayah Bae Ja Young yang telah menyeksa dan juga ingin cuba membunuh anak tirinya ini juga tidak dapat dibuktikan, segalanya hilang selepas kematiannya
5. Sama seperti sebelum ini, jasad Bae Ja Young yang ditemui di tempat awam menjadikan peristiwa ini sebagai kes pembunuhan bersiri
6. Han Da On (Kim Jae Young) kini semakin mencurigai Kang Bit Na, dia yakin bahawa Kang Bit Na adalah pembunuh Bae Ja Young
7. Han Da On juga semakin tidak senang duduk dan betul-betul ingin tahu tentang Kang Bit Na, tambahan pula sebelum ini Han Da On pernah dibunuh oleh Kang Bit Na
Justitia tidak mempunyai pilihan lain selain membunuh dan terus menghantar Bae Ja Young ke Gehenaa kerana hukuman dan tugasnya dalam drama Korea The Judge from Hell. Semakin ramai pembunuh yang dihantar oleh Justitia ke Gehenaa, tentu sahaja semakin banyak juga masalah yang akan timbul bukan?
Baca lagi: Nampak Kejam dan Tiada Hati Perut, Justitia dalam The Judge From Hell Sebenarnya Ada Sifat Belas Kasihan
Baca juga: “The Judge from Hell”, Watak Park Shin Hye Mendapat Kritikan Kerana Adegan Brutal