Home Entertainment 7 Bintang K-Pop Yang Melanggar Piawaian Kecantikan Tradisional Korea

7 Bintang K-Pop Yang Melanggar Piawaian Kecantikan Tradisional Korea

0

K-entertainment ialah salah satu industri yang paling kejam; bintang K-POP perlu memenuhi piawaian yang sangat tinggi dan agak mustahil, seperti menjadi sangat kurus, berkulit putih tanpa sebarang cela.

Walau bagaimanapun, beberapa bintang ini telah melanggar standard kecantikan tradisional di Korea! Berikut adalah tujuh selebriti!

Wajah Bulat Jennie BLACKPINK

1663382559 1

Lazimnya, wajah yang runcing dan berbentuk ‘V’ diutamakan dalam kalangan standard kecantikan Asia. Sehinggakan ramai wanita muda Korea menjalani pembedahan untuk memiliki rahang berbentuk V yang sempurna.

Namun, Jennie tidak mematuhi piawaian itu, sebaliknya dia mempunyai wajah bulat yang comel!

Pinggul Epal MAMAMOO Hwa Sa

1663383350 2

Ramai selebriti Asia terkenal dengan tubuh badan dan fizikal yang kurus, tetapi tidak untuk Hwa Sa. Dengan pinggul berbentuk epal yang seksi, ia berbeza dengan standard biasa yang anda akan lihat di kalangan orang Korea!

Peha UEE

1663382792 3

Cemburu dengan mereka yang mempunyai ‘thigh gap?’ Jangan cemburu dah lepas ni! Daripada awal debutnya, UEE telah dipuji dan mendapat gelaran “Peha Madu (Honey thigh),” yang sering dipanggil kkul-bukjji. Ia melambangkan betapa sihat pahanya!

Ketinggian Joy Red Velvet

1663382892 4

Selalunya, menjadi seorang yang kecil akan membawa suasana pesona yang comel. Walau bagaimanapun, Joy telah membawa pesona yang seksi kerana ketinggiannya. Dia telah mendapat perhatian orang ramai kerana bentuk badan yang cantik dan kaki yang panjang.

Jessi

Jessi in talks to join Yoo Jae Suk's agency? Antenna responds | PINKVILLA

Jika ada set standard, anda boleh agak yang Jessi akan melanggarnya. Tidak pernah mengambil berat atau mendalami piawaian yang ditetapkan oleh masyarakat, Jessi telah melanggar banyak piawaian tradisional contohnya seperti mempunyai kulit yang gelap, kening yang ‘on point’ berbanding lurus, dan bibir yang tebal.

ITZY Yeji Monolids

1663383234 7

Ada yang lebih suka mata yang seperti Anak patung berbanding monolid. Itulah sebabnya anda mendengar beberapa wanita muda Korea menjalani pembedahan kelopak mata.

Sayang sangat sebab monolids pun cantik apa! Tengoklah sendiri Yeji, dia sangat cantik tanpa ‘double eyelid’.

Baca lagi: “Baik Tak Payah Ada Anak” Tindakan Ibu Bapa Yang Bakar Barangan K-Pop Anak Dikecam

Baca lagi: ‘Bukan Main Mesra…’-Johnny Depp Dah Tak Single Lagi!

BTS Jimin Gigi tak rata

1663383326 8

Ada sesuatu yang menggembirakan apabila dapat melihat ketidaksempurnaan pada orang yang sempurna. Itu boleh dikatakan untuk BTS Jimin!

Dia juga pernah menyebut sebelum ini bahawa dia sedang berfikir untuk membetulkan giginya agar lurus tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak melakukannya!

Memandangkan ramai orang memandang ke arah idola sebagai contoh teladan mereka, alangkah baiknya melihat lebih ramai idola memecahkan idea tradisional tentang kecantikan itu, kan?!

Sumber [1]