Bintang KPop dikenali sebagai artis yang boleh menyanyi dan menari di atas pentas. Namun begitu, sudah ramai daripada mereka telah melebarkan sayap ke dalam dunia lakonan dengan membintangi pelbagai drama Korea. Malah, ada di antara mereka turut dipilih sebagai pelakon utama dalam drama yang dibintangi mereka.
Pada bulan Ogos ini, bakal ada beberapa orang bintang KPop yang akan kembali di layar kaca anda dengan membintangi drama Korea terbaru. Adakah anda ingin tahu tentang bintang-bintang idola ini?
Berikut ini adalah senarai bintang KPop yang akan membuat kemunculan semula dalam drama Korea pada bulan Ogos 2024 nanti!
1. Selepas membintangi drama Korea Dare to Love Me, L atau Kim Myung Soo dari kumpulan INFINITE akan memainkan watak detektif dalam drama terbaru Perfect Family
2. Son Na Eun, bekas anggota kumpulan bintang KPop Apink, akan membuat kemunculan semula dalam drama Romance in The House sebagai seorang anak yang ibu bapanya telah bercerai
3. Bintang KPop Sanha ASTRO juga mengambil bahagian dalam drama Romance in The House. Dia akan memegang watak sebagai abang Son Na Eun
4. Drama yang sama iaitu Romance in The House turut dibintangi oleh bintang KPop Minho SHINee. Dia menjadi pengawal keselamatan yang menyorokkan identitinya sebagai anak kepada pemilik pasar raya
5. Ahli kumpulan JYJ iaitu Kim Jae Joong, membuat kemunculan semula dalam drama Bad Memory Eraser. Dia memainkan watak sebagai seorang lelaki yang hidupnya berubah kerana alat penghapus ingatan
6. Akan kembali membintangi drama komedi romantik, Siwon Super Junior membuat kemunculan semula dalam drama DNA Lover. Dia membawa watak sebagai pakar sakit puan
7. Selepas membintangi drama Lovely Runner, Lee Seung Hyub N.Flying akan bergandingan berlakon dengan Jung Hae In dan Jung So Min dalam drama Love Next Door
Tujuh orang bintang KPop yang tersenarai di atas akan menyertai drama yang akan bersiaran pada bulan Ogos 2024 ini. Bukan itu sahaja, ada juga antara mereka yang akan membintangi drama yang sama. Kemunculan siapakah yang paling anda nantikan?