Home Artis Korea 7 Bintang KPop Sebagai Watak Utama Untuk Kdrama JTBC 2023

7 Bintang KPop Sebagai Watak Utama Untuk Kdrama JTBC 2023

0

Bintang KPop, Rowoon SF9 baru sahaja membuat kemunculan semula (comeback) dalam dunia seni lakon melalui drama siri Korea Selatan romantik terbaru JTBC yang bertajuk Destined With You.

Bergandingan dengan Jo Bo Ah, Rowoon SF9 diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai seorang peguam yang hebat dan mempesonakan yang sangat menderita akibat penyakit sumpahan misteri.

Selain Rowoon SF9, terdapat beberapa orang lagi bintang KPop yang juga terlibat dengan drama siri terbitan JTBC sepanjang tahun 2023 ini.

Semua bintang KPop ini diberi peluang untuk berlakon sebagai pelakon utama. Jom sama-sama kita lihat senarai bintang KPop berikut ini ya!

 

Idol kpop
1. Membawa watak seorang chaebol yang berkerjaya sebagai influencer (pempengaruh) di Agency (2023), Son Na Eun bergandingan dengan Lee Bo Young dan juga Han Joon Woo

 

Bintang kpop
2. Lee Jun Ho berjaya membuatkan para peminat sukar untuk move on selepas dia berjaya menghidupkan watak Gu Won yang sangat green flag dalam drama siri popular, King The Land (2023)

 

b825b2ba 5280 43da be70 9c3f92838151
3. Hebat dan mempunyai prinsip yang teguh, watak Cheon Sa Rang (Im YoonA) berjaya meninggalkan kesan mendalam bagi para penonton Kdrama King The Land (2023)

 

e8ee8e7a 86bb 434a 9be6 d3b78faab2f0
4. Comeback pertama selepas menamatkan latihan ketenteraan wajib, Suho EXO membawa watak sebagai pekerja sambilan yang baik hati tetapi misteri dalam drama siri Behind Your Touch (2023)

 

9c904fe2 a54a 455f a64c f54518616cbb
5. Rowoon SF9 kini membawa watak sebagai peguam yang bernama Jang Shin You yang terkena sumpahan misteri dalam drama siri Destined With You (2023). Sudah menonton?

 

be06c4c3 894d 466d b0d9 a59c902c21d1
6. Destined With You (2023) juga turut dimeriahkan dengan penampilan Yura Girl’s Day yang membawa watak sebagai kekasih Rowoon SF9. Wajib ditonton!

 

0347ab90 283b 41d2 8593 9726df9d9a90
7. Bergabung sekali lagi selepas menyelesaikan projek The Heirs (2013), Park Hyung Sik terlibat dengan kisah romantik dengan musuhnya yang dilakonkan oleh Park Shin Hye dalam drama siri Dr. Slump (2023)

Kehebatan lakonan mereka sudah diakui ramai, tidak hairanlah jika semua bintang idol Kpop di atas selalu dipilih sebagai watak utama dalam drama Korea. Semakin berjaya dalam dunia seni lakonan, siapakah bintang idol Kpop kegemaran anda?

Baca lagi: “Bro and Marble in Dubai”, 7 Selebriti Korea Bersaing Dalam Monopoli Kehidupan Sebenar
Baca juga: 8 Artis Korea Yang Tidak Menganut Sebarang Agama