Lee Hyun Woo merupakan bekas pelakon cilik Korea Selatan yang kini semakin meledak dalam dunia hiburan. Setelah menyelesaikan tugasan ketenteraan wajibnya pada tahun 2019, pelakon berbakat besar itu terus sibuk dengan penggambaran untuk beberapa buah drama siri dan filem.
Beberapa buah filem yang dibintanginya juga kerap meraih jutaan tontonan. Tahun ini dia akan kembali dengan filem Dream, jom kita lihat beberapa buah filem yang pernah dibintangi oleh Lee Hyun Woo:
1. GLove (2011)
Film GLove mengisahkan seorang atlet besbol yang bernama Kim Sang Nam (Jung Jae Young). Dia sering mendapat nasib buruk, seperti mabuk hingga terlibat dengan perkelahian. Charles (Cho Jin Woong) selaku ejen Kim Sang Nam mahu dia pergi ke sebuah kampung dan mengajar besbol untuk pasukan kampung itu.
Baca Lagi: Cha Eun Woo Menolak Tawaran Berlakon Dalam Drama Aksi Jenayah “Bulk”
2. Secretly Greatly (2013)
Penyamaran tentara pasukan khas Korea Utara di Korea Selatan menjadi kisah utama dalam filem Secretly Greatly. Woo Ryu Hwan (Kim Soo Hyun) yang mempunyai identiti Bang Dong Gu di Korea Selatan dan dikenali sebagai seorang pemuda yang bodoh dan lurus. Dia tinggal di sebuah apartment kecil milik seorang wanita yang telah menjumpainya sewaktu dia pengsan di jalanan.
3. The Con Artists (2014)
The Con Artists menceritakan kisah sebuah pasukan pencuri yang terdiri daripada Ji Hyuk (Kim Woo Bin), Koo In (Go Chang Seok), dan Jong Bae (Lee Hyun Woo). Koo In adalah orang yang mengenalkan Jong Bae yang merupakan seorang penggodam pada Ji Hyuk. Jong Bae pernah mengkhianati rakannya pada masa lalu.
Walaupun begitu, ketiga-tiganya akhirnya bekerja sama untuk mencuri berlian berharga yang disimpan dalam almari besi rahsia di sebuah kedai perhiasan kelas atasan. Kedai tersebut adalah milik Jo Dae Jin (Kim Young Chul) yang rupa-rupanya sedang mencari pakar peti besi untuk membantunya mencuri jutaan dolar.
4. Northern Limit Line (2015)
Filem Northern Limit Line adalah berdasarkan sebuah kisah benar Pertempuran Yeonpyeong Kedua yang terjadi pada 29 Jun 2002. Kapal kawalan Korea Utara melancarkan serangan mendadak ke atas kapal kawalan Korea Selatan sewaktu menyeberangi perairan Korea Selatan.
Filem ini dibintangi oleh Kim Moo Yeol, Jin Goo, dan Lee Hyun Woo sebagai watak utama. Khusus untuk Lee Hyun Woo, dirinya membawa watak sebagai pegawai tentera perubatan yang bernama Park Dong Hyuk yang turut serta dalam peperangan yang terjadi.
5. The Beauty Inside (2015)
Sesuai dengan tajuknya, filem The Beauty Inside menceritakan kisah tentang seorang lelaki yang tubuhnya terus menerus berubah setiap hari. Watak tersebut adalah Kim Woo Jin yang telah jatuh hati kepada Hong Yi Soo (Han Hyo Joo).
Tidak mengira usia, jantina, hingga latar belakang, Kim Woo Jin bangun dengan tubuh yang berbeza sejak ulang tahunnya yang ke-18 tahun. Beberapa orang pelakon diambil untuk membawa watak Kim Woo Jin dalam filem ini, termasuk Lee Hyun Woo.
6. Hero (2022)
Lee Hyun Woo membawa watak sebagai Yoo Dong Ha dalam filem Hero yang merupakan seorang pemuda berusia 18 tahun yang berbicara dengan menggunakan dialek Gyeonggi-do. Yoo Dong Ha turut serta dalam rancangan Ahn Jung Geun (Jung Sung Hwa) untuk membunuh Ito Hirobumi (Kim Seung Rak).
7. Dream (2023)
Filem Dream akan menceritakan tentang Yoon Hong Dae (Park Seo Joon) iaitu seorang pemain bola sepak yang berada dalam tempoh percubaan disiplin. Dia diarahkan untuk menjadi jurulatih sebuah pasukan amatur.
Lee Hyun Woo membawa watak sebagai Kim In Seon yang merupakan pemain bola sepak yang akan dilatih oleh Yoon Hong Dae.
Film Dream yang dibintangi oleh Lee Hyun Woo akan ditayangkan di pawagam seluruh Korea Selatan pada 26 April yang akan datang.
Baca Juga: 5 Fakta Menarik Mengenai Cha Eun Woo