Sangat banyak genre drama Korea yang telah ke udara pada tahun 2023. Selain perkahwinan kontrak, cerita tentang sesebuah sumpahan juga turut menjadi fokus utama dalam drama-drama siri dari Korea Selatan, drama-drama seperti My Demon dan Destined With You masih diingati hingga ke hari ini.
Terdapat beberapa buah drama siri yang mengangkat kisah mengenai sumpahan telah berjaya meraih rating yang memuaskan dan juga mencapai populariti secara global pada tahun ini.
Berikut dibawah ini adalah beberapa buah drama Korea yang menceritakan tentang sumpahan pada tahun 2023.
1. Our Blooming Youth
Drama Korea genre sageuk, Our Blooming Youth menceritakan tentang kehidupan Putera Mahkota yang bernama Lee Hwan (Park Hyung Sik) dan Min Jae Yi (Jeon So Nee) yang ditakdirkan untuk bersama.
Suatu hari menjelang majlis perkahwinan, keluarga Min Jae Yi tiba-tiba dibunuh secara misteri.
Tiada sesiapa yang mengetahui siapakah dalang disebalik pembunuhan tersebut. Namun, Min Jae Yi yang menjadi satu-satunya anggota keluarga yang terselamat telah menjadi suspek pembunuhan keluarganya sendiri. Dia terpaksa melarikan diri.
Min Jae Yi bertemu dengan Lee Hwan, Putera Mahkota yang mempunyai sumpahan misteri yang tidak boleh disembuhkan. Lee Hwan memutuskan untuk menyelamatkan hidup Min Jae Yi asalkan dia membantunya untuk menghancurkan sumpahan dalam dirinya.
Baca juga: 4 Drama Korea Tentang Bapa Saudara dan Anak Saudara, Terbaru A Shop For Killers
2. A Good Day to Be A Dog
Drama Korea A Good Day to be A Dog menceritakan tentang Han Hae Na (Park Gyu Young), seorang guru wanita bijak dan tampak seperti memiliki segala-galanya dalam hidupnya. Namun, dia akan berubah menjadi anjing setiap kali mencium seseorang.
Sementara itu, Jin Seo Won (Cha Eun Woo) adalah seorang guru lelaki yang takutkan anjing disebabkan oleh trauma kejadian di masa lalunya. Walau begitu, dia menjadi kunci untuk mematahkan sumpahan Han Hae Na.
Baca juga: Drama Korea Branding in Seongsu Sudah Ditayangkan, Park Solomon Muncul Lagi
3. Kokdu: Season of Deity
Kokdu: Season of Deity menceritakan tentang malaikat maut bernama Kokdu (Kim Jung Hyun) yang mengunjungi dunia manusia setiap 99 tahun untuk menghukum manusia. Dia disumpah untuk mengetuai orang mati di akhirat selepas membuat Sang Dewa murka.
Kokdu juga merasuk tubuh manusia yang mirip dengannya untuk membunuh orang-orang yang tidak bermoral. Sewaktu merasuk tubuh Do Jin Woo, Kokdu bertemu dengan seorang doktor bernama Han Gye Jeol (Im Soo Hyang) yang mempunyai kebolehan misteri.
Namun Han Gye Jeol hanya dipandang sebelah mata kerana dia adalah lulusan dari sekolah perubatan dengan gred terendah. Dia tidak mempunyai kawan rapat hingga kemunculan Do Jin Woo menjadi orang pertama dalam hidupnya yang memihak padanya.
Baca lagi: 4 Drama Korea Paling Berjaya dan Meraih Rating Tinggi pada Januari 2024
4. My Demon
My Demon adalah mengenai Do Do Hee (Kim Yoo Jung), seorang bakal pemimpin Mirae Group. Namun, kerana wataknya yang sombong, dia tidak mempunyai seseorang untuk dipercayai hingga dia terlibat dengan sebuah hubungan dengan iblis bernama Jung Gu Won (Song Kang).
Jung Gu Won merupakan manusia yang disumpah menjadi iblis untuk membuat perjanjian yang berbahaya dengan manusia. Namun, sewaktu dia mula mengenali Do Do Hee, kuasanya tiba-tiba menghilang dan beralih kepada wanita tersebut.
Jung Gu Won pun menandatangani kontrak perkahwinan dengan Do Do Hee untuk cuba mengembalikan kuasanya dengan beberapa perjanjian.
5. Destined with You
Drama Korea Destined with You adalah tentang seorang peguam bijak dan tampan bernama Jang Shin Yu (Rowoon) yang terperangkap dengan sumpahan keluarga dari zaman Joseon. Bagi mematahkan sumpahan tersebut, Jang Shin Yu perlu mencari buku kuno yang mengandungi mantera.
Buku tersebut ditemui oleh seorang pegawai kerajaan yang bernama Lee Hong Jo (Jo Bo Ah). Walau pernah putus asa untuk menghapuskan sumpahan tersebut, pertemuannya dengan Lee Hong Jo memberikan sebuah harapan untuknya sembuh.
Baca juga: 13 Barisan Cameo Paling mengejutkan dalam Drama Korea, Buat Penonton Tercengang
6. My 20th Twenty
My 20th Twenty menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Kang So Won (Choi Ju Yu) yang lahir pada tahun 1981. Kini, dia sepatutnya berusia sekitar 40 tahun. Namun, sekitar tahun 2000-an, sewaktu berusia 20 tahun, dia secara tidak sengaja bertemu dengan ahli sihir.
Waktu itu, Kang So Won mendapat sumpahan dari ahli sihir kerana menolak permintaannya. Sumpahan tersebut mengatakan bahawa dia perlu hidup sebagai wanita berumur 20 tahun sepanjang hidupnya. Perkara inilah yang membuatnya tidak pernah menua.
Pada awalnya, Kang So Won merasa gembira kerana sumpahan tersebut akan membuatnya selalu kelihatan muda. Namun, seiring berjalannya waktu dia mula merasa kesepian kerana dia ditinggalkan oleh orang-orang yang disayanginya dan membuatkan hidupnya menderita.
Baca lagi: 5 Drama Korea Angkat Kisah Body Shaming, Padat Pengajaran
7. See You in My 19th Life
See You in My 19th Life menceritakan tentang Ban Ji Eum, seorang wanita yang mengalami kelahiran semula berkali-kali dalam hidupnya selama hampir seribu tahun. Namun, dia disumpah supaya dia boleh mengingati kembali kenangan dari semua kehidupan masa lalunya setiap kali dia dilahirkan semula. Setiap kali dia menghadapi pengakhiran hidup, dia selalu berdoa untuk tidak pernah dilahirkan kembali atau mengingati masa lalunya.
Dalam kehidupannya yang ke-18, dia lahir sebagai Yoon Joo Won dan bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki bernama Moon Seo Ha. Sayangnya, maut memisahkan mereka hingga dia nekad untuk lahir kembali dan mencari Moon Seo Ha.
Di kehidupannya yang ke-19, Ban Ji Eum kembali bertemu dengan Moon Seo Ha sewaktu dia sudah dewasa. Moon Seo Ha hidup dengan penuh rasa bersalah kerana kehilangan orang yang dicintainya sejak kecil. Namun, hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan Ban Ji Eum.