Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Korea Diinspirasikan dari Kisah Benar Berjaya Meraih Rating Tinggi

7 Drama Korea Diinspirasikan dari Kisah Benar Berjaya Meraih Rating Tinggi

0

Drama Korea memang selalunya berjaya mengangkat cerita-cerita unik dan menarik yang boleh membuatkan para penonton terpukau. Bukan hanya menceritakan tentang cerita fiksyen, beberapa buah drama Korea juga sebenarnya diinspirasikan dari kisah sebenar yang penuh makna.

Berikut dibawah ini adalah beberapa buah drama Korea terbaik dan telah berjaya meraih rating tertinggi yang ternyata sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Queen For 7 Days (2020)

Drama koreaDrama Korea sageuk Queen For Seven Days menceritakan tentang kisah sebenar Shin Chae Kyung, Ratu Dangyeong. Chae Kyung merupakan wanita yang terpilih untuk berkahwin dengan Putera Lee Yeok. Namun, Lee Yeok dan ayah Chae Kyung menolak perkahwinan tersebut. Sebaliknya, Chae Kyung ingin berkahwin dengan Lee Yeok dan melakukan berbagai-bagai cara supaya putera itu mencintainya.

Apabila kedua-duanya sudah mula jatuh cinta, sekumpulan penjahat diperintahkan untuk membunuh Lee Yeok, hingga tersebar berita bahawa dia meninggal dunia. Chae Kyung merasa sedih dan putus asa akhirnya mengikuti Lee Yoong, abang Lee Yeok yang jahat.

● Rating IMDb: 7.7/10
● Jumlah episod: 20 episod
● Platform: Netflix
● Pelakon utama: Yeon Woo Jin, Park Min Young, Lee Dong Gun, Ko Bo Gyeol

 

2. Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016)

8c8953f1 d52e 42e0 9b6b 1b24518ec488Drama Korea sageuk Hwarang mengangkat kisah benar pahlawan bunga. Hwarang adalah pahlawan yang dianggap sebagai anggota penting masyarakat zaman Kerajaan Silla pada abad ke-10. Mereka adalah sekumpulan pemuda dari kalangan elit dan keluarga berpangkat tinggi. Mereka dilatih oleh kerajaan dalam bidang falsafah, agama, seni, dan juga seni bela diri.

● Rating IMDb: 8/10
● Jumlah episod : 20 episod
● Platform: Vidio, Netflix, IQIYI
● Pelakon utama: Park Seo Joon, Park Hyung Sik, V BTS, Go Ara, Choi Min
Ho, Do Ji Han

 

3. Empress Ki (2013)

0ca77a63 0f62 49cd a165 71b7d9901024Drama Korea ini memiliki 51 episod. Kisah tentang seorang wanita bernama Ki Seung Nyang (Ha Ji-won), yang merupakan rakyat Goryeo namun berusaha menjadi permaisuri kerajaan Yuan. Untuk mencapai impiannya dia menjadi gundik dan berkahwin dengan Raja Yuan, Ta Wan atau Toghon Temur (Ji Chang Wook).

Sebenarnya Seung Nyang mencintai Wang Yoo (Joo Jin-Mo) raja Goryeo yang dijatuhkan kerana sebuah fitnah. Wang Yoo yang juga mencintai Seung Nyang tetapi terpaksa merelakan Seung Nyang menjadi gundik Ta Wan kerana dia mengetahui niat Seung Nyang adalah untuk balas dendam pada kerajaan Yuan yang telah berbuat jahat pada rakyat Goryeo.

● Rating IMDb: 8.4/10
● Jumlah episod :51 episod
● Platform: Vidio, Netflix
● Pelakom utama: Ji Chang Wook, Ha Ji Won, Ju Jin Mo, Jin Yi Han, Baek Jin
Hee, Kim Seo Hyung

 

4. Listen to Love (2016)

172549b1 bdae 46e9 b7d9 ec7012c4b36aListen to Love merupakan drama Korea yang diinspirasikan dari pengalaman seorang lelaki yang berkongsi sebuah hantaran dalam sebuah forum di media sosial. Dia menulis “My Wife is having an affair this week: What should I do?” (“Isteri saya curang minggu ini, apa yang perlu saya lakukan?”). Hantaran itu menjadi trending dan diangkat menjadi sebuah drama hingga dibuat sebagai remake di beberapa buah negara

● Rating IMDb: 7.4/10
● Jumlah episod 12 episod
● Platform:Viu
● Pelakon utama: Song Ji Hyo, Lee Sun Kyun, Lee Sang Yeob, Ye Ji Won

 

5. Bachelor’s Vegetable Store (2011)

25a63778 52b2 4647 9136 507bbce0899eMengangkat kisah benar seorang penjual sayur Lee Young Seok yang berjaya mengubah kedai sayur kecilnya menjadi francais besar dengan puluhan gerai di seluruh bandar. Pada awal cerita, Lee Young Seok gagal dalam ujian kemasukan ke universiti.

Tidak berputus asa, dia memutuskan untuk membuka kedai sayur dan mengajak kawan-kawannya turut serta dalam perniagaan kedai sayur kecil yang diusahakannya, kedai sayurnya dikenali sebagai Bachelor’s Vegetable Store. Banyak rintangan yang perlu mereka lalui untuk tetap bertahan dalam dunia perniagaan.

  • Rating IMDb: 7.7/10
    ● Jumlah episod : 24 episod
    ● Platform: –
    ● Pelakon utama: Ji Chang Wook, Lee Kwang Soo, Kim Young Kwang, Wang Ji
    Hye, Hwang Shin Hye

 

 

6. The Hymn of Death (2018)

f27fd17f b802 479c 9f8c e89a1b8eb0aePada tahun 1920-an, Korea telah diduduki oleh Jepun, dan gerakan pembebasan mula berkembang. The Hymn of Death adalah sebuah drama yang berdasarkan kisah penyanyi soprano pertama Korea, Yun Sim-deok (Shin Hae-sun), dan mengikuti hubungannya dengan penulis Kim Woo-jin (Lee Jong-suk), serta pengakhiran yang tragis yang mereka berdua lalui. Dengan hanya 6 episod, drama siri ini berjaya meruntun hati para penonton dengan kisah yang sedih dan penuh luka.

● Rating IMDb: 7.6/10
● Jumlah episod: 6 episod
● Platform: Netflix
● Pelakon utama: Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha

 

7. Six Flying Dragon (2015)

b6961896 ed9b 4347 8d3b 05495d8e92eaDrama Korea Six Flying Dragons diangkat dari kisah benar kehidupan Lee Bang Woon, raja ketiga Dinasti Joseon. Drama yang dibintangi pelakon tampan Yoo Ah In ini mengisahkan tentang semangat Lee Bang Woon untuk mengubah dinasti Goryeo ke Joseon. Bang Won bersama lima orang lainnya saling membantu untuk menjatuhkan raja yang berkuasa. Watak Bang Won ini membuatnya berubah menjadi lelaki yang gila kuasa hingga mengorbankan cintanya pada Boon Yo (Shin Se Kyung).

● Rating IMDb: 8.9/10
● Jumlah episod : 50 episod
● Platform: WeTv
● Pelakon utama: Yoo Ah In, Yo Han Byun, Myung Min Kim

Drama-drama Korea yang tersenarai di atas bukan sahaja menarik tetapi juga berdasarkan kisah benar. Jika anda sukakan kisah-kisah sebenar yang digarap dan dijadikan sebuah karya drama, jangan lupa untuk menonton cadangan drama-drama di atas ya!

Baca lagi: 7 Filem dan Drama Korea Menceritakan tentang Keganasan Terhadap Kanak-Kanak, Perhambaan Hingga Serangan Seksual
Baca: 7 Filem Korea Diangkat Dari Kisah Benar, Menyayat Hati dan Memilukan