Drama Korea Dear Hyeri (2024) kini menjadi sorotan para peminat kerana merupakan pentas kemunculan Shin Hae Sun dan Lee Jin Uk. Drama Korea ini mengisahkan tentang Joo Eun Ho (Shin Hae Sun) yang memiliki split personality (kecelaruan personaliti disosiatif) yang bernama Joo Hye Ri.
Selain Dear Hyeri (2024), ada beberapa buah drama Korea lain yang juga menyajikan kisah tentang watak utama dengan personaliti berganda. Tampil dalam pelbagai genre, mari sama-sama kita lihat senarai drama di bawah ini.
1. Bad and Crazy
Bad and Crazy ditayangkan pada 17 Disember 2021 dan mempunyai jumlah 12 episod. Drama Korea ini menceritakan tentang polis yang bernama Soo Yeol (Lee Dong Wook) yang dianggap hebat tetapi mempunyai perangai yang teruk.
Suatu hari, kehidupannya berubah kerana K (Wi Ha Joon) muncul. Tanpa Soo Yeol sedari, ternyata K adalah personaliti lain dalam dirinya sendiri.
2. Mouse
Drama Korea Mouse ini memiliki jumlah 20 episod, serta ditayangkan di tvN. Mengisahkan tentang Jung Ba Reum (Lee Seung Gi), polis baru yang dikenali jujur dan selalu membela keadilan.
Siapa sangka, ternyata Jung Ba Reum memiliki personaliti lain, dia pembunuh bersiri yang menakutkan.
3. Partners for Justice musim 2
Partners for Justice musim 2 ditayangkan pada 3 Jun 2019. Mempunyau 32 episod, drama Korea ini mengisahkan tentang doktor Forensik Baek Beom (Jung Jae Young) yang berusaha mengungkap tentang kematian Oh Man Sang.
Ada watak baru di musim ini iaitu doktor Jang Cheol (No Min Woo) yang ternyata mempunyai split personality.
4. Meloholic
Meloholic mempunyai jumlah 10 episod semuanya. Ditayangkan secara perdana pada 6 November 2017, drama Korea ini mengisahkan tentang Yoo Eun Ho (Yunho) yang mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran orang lain melalui sentuhan.
Dia bertemu dengan Han Ye Ri (Kyung Soo Jin) yang memiliki personaliti berganda. Drama Korea ini ditayangkan di OCN.
5. Hyde Jekyll, Me
Hyde Jekyll, Me (2015) mengisahkan tentang Koo Seo Jin (Hyun Bin) yang mempunyai personaliti berganda. Koo Seo Jin hendak mengosongkan sebuah sarkas yang dimiliki oleh Jang Ha Na (Han Ji Min).
Drama Korea ini ditayangkan secara perdana pada 21 Januari 2015 dan memiliki jumlah 20 episod.
6. Kill Me, Heal Me
Kill Me, Heal Me (2015) mengisahkan tentang Cha Do Hyun (Ji Sung), lelaki dari keluarga kaya yang jatuh cinta kepada seorang doktor pelatih Oh Ri Jin (Hwang Jung Eum). Cha Do Hyun memiliki tujuh personaliti.
Drama Korea ini memiliki jumlah 20 episod dan ditayangkan secara perdana pada 7 Januari 2015.
7. Gabdong: The Serial Killer
Gabdong: The Serial Killer ditayangkan pada 11 April 2014 dan memiliki 20 episod. Mengisahkan tentang Moo Yeom (Yoon Sang Hyun) yang ayahnya dituduh sebagai pembunuh bersiri “Gap Dong” 20 tahun lalu.
Moo Yeom perlu mencari siapa pembunuh sebenar yang tidak lain dan tidak bukan adalah Ryoo Tae Oh (Lee Joon). Ternyata Ryoo Tae Oh memiliki personaliti berganda, sehingga kes tersebut sukar untuk dipecahkan.
Drama-drama Korea yang menceritakan tentang watak dengan split personality sebenarnya membuka mata masyarakat tentang penyakit mental ini. Jika anda sukakan genre seperti ini, jangan lupa menonton drama-drama di atas ya!