Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Drama Korea Ini Tampilkan Kisah Suka Duka Persahabatan, Penuh Keceriaan

7 Drama Korea Ini Tampilkan Kisah Suka Duka Persahabatan, Penuh Keceriaan

0

Kisah persahabatan yang baik seperti adik beradik pastinya sangat menyenangkan. Salah satu perkara elemen yang menarik daalam drama Korea ini adalah kisah persahabatan, ada banyak pesanan positif yang dapat diambil dari drama-drama tentang persahabatan ini.

Persahabatan yang baik dan menceriakan ini sangat identikal dengan perkara-perkara menyenangkan yang mereka lakukan, seperti makan-makan bersama, melepak bersama dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama.

Drama Korea dengan vibes persahabatan menceriakan ini juga sangat menarik untuk ditonton. Berikut ini adalah senarainya.

 

1. Reply 1988 (2015-2016)

c400e070 788e 4cb0 97c1 9bb75a27f757

Drama Korea Reply 1988 ini menampilkan kisah lima buah keluarga di daerah Ssamundong, Korea Selatan yang hidup berjiran. Anak-anak mereka membesar bersama. Melalui masa kecil hingga remaja bersama membuatkan mereka memahami erti persahabatan dan keluarga sebenar.

 

2. When the Weather is Fine (2020)

7f25fe18 7c97 456b 8aeb 6c1ee9a627c2

When the Weather is Fine adalah sebuah drama Korea yang mengisahkan tentang Mok Hye Won (Park Min Young) yang kembali ke kampung halamannya. Selepas merantau, dia kembali bertemu dengan kawan-kawan masa kecil dimana dahulu mereka sering bermain bersama. Interaksi mereka sebagai ahli kelab buku di bandar Hyecheon sungguh menyentuh hati.

 

3. Hospital Playlist (2020)

10c9bb2c 1971 4fdb 9d25 2d02f40bc1b0

Kisah persahabatan dalam drama Korea Hospital Playlist tidak perlu dipersoalkan lagi. Menceritakan tentang pertemuan mereka dari zaman kuliah hingga akhirnya berjaya sebagai doktor di hospital yang sama. Lima sekawan doktor ini selalu menghabiskan waktu bersama.

 

4. Twenty Five Twenty One (2022)

ca302b1e e90c 43dc 9a35 d2b979c32583

Twenty Five Twenty One adalah salah sebuah drama Korea yang pernah viral pada zamannya. Kisah persahabatan yang manis di usia 20-an membuatkan drama ini menjadi tayangan menarik. Mereka menghabiskan waktu di akhir persekolahan dengan berbagai-bagai kenangan indah. Kisah persahabatan lima watak utama drama ini adalah sangat menarik.

 

5. Thirty Nine (2022)

bc221d79 6abe 424f accc 456671d12b33

Pertemanan tiga orang wanita di akhir usia 30 tahun dalam drama Korea Thirty Nine juga sangat unik. Sejak zaman sekolah, mereka menghabiskan waktu bersama dalam keadaan suka dan juga duka. Mereka mempunyai kisah masing-masing yang akan selalu dikongsi, bermula dari rahsia keluarga hingga hubungan asmara.

 

6. Welcome to Samdal-ri (2023)

214b7217 e66c 40fd a4c9 c4c2f647df64

Dalam drama Korea Welcome to Samdal-ri, Cho Sam Dal (Park Shin Hae) kembali ke kampung halamannya kerana dia mempunyai masalah di tempat kerja. Seolah-olah memulakan semuanya kembali, dia bertemu dengan sahabat-sahabatnya yang lama salah seorang dari mereka ialah Cho Yong Pil (Ji Chang Wook). Asalnya ibu mereka yang saling bersahabat, mereka berdua seperti pasangan kembar yang selalu bersama pada masa kecil dulu.

 

7. Love Next Door (2024)

Drama korea

Dalam drama Korea Love Next Door, Bae Seo Ryu (Jung So Min) dan Choi Seung Hyo (Jung Hae In) membesar bersama sejak kecil. Mereka menjalin persahabatan hingga akhirnya terpisah selepas Seok Ryu sambung belajar dan bekerja di luar negara. Mereka berjiran dan ibu mereka juga bersahabat baik sehingga menjadi sangat rapat.

Kisah persahabatan dalam tujuh drama Korea di atas memang menarik untuk ditonton. Tambahan pula semua drama ini mempunyai vibe yang sangat positif dan menampilkan kisah yang menyenangkan juga menyentuh perasaan. Seperti drama ongoing Love Next Door yang tampilkan kisah persahabatan erat sejak mereka masih kecil hingga kini sudah dewasa, drama-drama di atas juga mempunyai keunikan masing-masing. Jangan lupa untuk menonton ya.

Baca lagi: 10 Kdrama Romantik Komedi 2023-2024 yang Diwarnai Kes Bunuh dan Jenayah Licik
Baca juga: 4 Watak Pembunuh dalam The Frog, Sisi Berbeza Setiap Karakter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here