Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Korea Jenayah Thriller 2023 Ini Meraih Rating Tinggi Kerana Jalan...

7 Drama Korea Jenayah Thriller 2023 Ini Meraih Rating Tinggi Kerana Jalan Cerita Memukau dan Penuh Misteri

0

Drama Korea telah menakluk hati penonton dengan kisah-kisah yang mendebarkan dan penuh dengan babak tegang dan mencemaskan.

Pada tahun 2023, drama Korea tentang jenayah thriller meraih rating tinggi mengambil alih pengaruh platform tontonan dengan drama-drama yang memukau dan memikat.

Kita akan merangkum beberapa buah drama Korea thriller tentang jenayah yang meraih rating tertinggi dengan cerita-cerita yang memikat dan memukau, watak-watak yang kompleks, dan kejutan-kejutan yang tidak dijangkakan. Jalan cerita dalam drama-drama ini membuatkan para penonton pasti tidak berganjak semasa menonton.

Berikut dibawah ini adalah senarai drama Korea thriller tentang jenayah yang telah berjaya meraih rating tinggi pada tahun 2023 yang sangat menarik untuk anda tonton.

 

1. BLOODHOUNDS

043e18d0 85ea 444d 8b72 0c2614206132Drama Korea ini mengisahkan tentang seorang petinju baru yang bernama Kim Geon Woo dan petinju kidal bernama Hong Woo Jin yang berkawan selepas sebuah pertarungan yang sengit antara mereka selesai.

Semasa ibu Geon Woo mengalami masalah kewangan, dia terperangkap dalam hutang besar dengan kumpulan lintah darat yang kejam. Geon Woo dan Woo Jin bergabung untuk melawan kumpulan lintah darat tersebut, mereka mahu membalas dendam dan dalam pengembaraan mereka berdua, banyak nyawa terkorban dan pelbagai rahsia jijik terbongkar

Rating Mydramalist: 8.6/10

 

2. THE WORST OF EVIL

d01f5211 dbcd 4b21 8789 9c3e30176b60Drama Korea ini mengisahkan tentang bekas DJ yang menjadi ketua dalam organisasi jenayah besar dan menjual dadah baru yang dikenali sebagai “Gangnam Crystal” di kelab malam Seoul pada tahun 1990-an.

Apabila pihak polis menghantar detektif Park Jun Mu untuk menyamar ke dalam organisasi tersebut, dia mendapati bahawa isterinya, Yoo Eui Jung, juga terlibat dalam misi tersebut. Dalam usahanya menyiasat kartel dadah ini, Park Jun Mu berjuang untuk melindungi isterinya dari bahaya yang mengancam.

Rating Mydramalist: 8.6/10

 

3. VIGILANTE

Drama koreaMengisahkan tentang Kim Ji Yong yang menyaksikan pembunuhan brutal ibunya dan memutuskan untuk menghukum penjahat yang berjaya melepaskan diri dari undang-undang. Pada siang hari, dia adalah pelajar contoh di akademi polis, tetapi pada malam hari, dia berubah menjadi Vigilante.

Dia menghukum para penjenayah yang berjaya meloloskan diri undang-undang dan mendapat hukuman tidak setimpal. Dia menerima bantuan dari peminatnya, Cho Kang Ok, sementara seorang detektif, Cho Heon, mengejar Vigilante yang misteri. Konflik dan ketegangan meningkat semasa Ji Yong berusaha memperjuangkan keadilan sambil menyembunyikan identiti diri yang sebenarnya.

Rating Mydramalist: 8.5/10

 

4. DELIGHTFULLY DECEITFUL

d12dd02a e0b6 4bb7 89a5 a940ce23596cDrama Korea ini mengisahkan tentang Lee Ro Um, seorang penipu pintar yang kurang empati, dituduh membunuh ibu bapanya. Selepas 10 tahun dipenjara, dia dibebaskan dengan bantuan peguam.

Peguam itu merupakan Han Moo Young yang penuh bersemangat. Mereka membentuk pakatan untuk melawan orang yang menuduh Ro Um dan membalas dendam. Konflik dan tekanan meningkat semasa Ro Um dan Moo Young berusaha membuktikan kebenaran.

Rating Mydramalist: 7.8/10

 

5. EVILIVE

ff27351a f307 491f bd28 344214c3f262Mengisahkan tentang Han Dong Soo, seorang peguam yang secara rawak memilih kes dari tahanan yang dia kunjungi dengan sisi gelap yang tersembunyi.

Apabila dia terlibat dalam kes yang melibatkan anggota organisasi kejahatan bernama Seo Do Young, dia mula melangkah ke dunia kejahatan. Adik tirinya, Han Beom Jae, menyedari perubahan ini dan menyiasat lebih lanjut tentang pengkibatan Dong Soo dengan Seo Do Young.

Rating Mydramalist: 8.1/10

 

6. THE DEAL

d75f8e86 6ad1 40ff b3d5 a8faa8015ec4

Mengisahkan tentang Lee Joon Sung, Song Jae Hyo, dan Park Min Woo, kawan sekelas yang sekarang berusia dua puluhan, bertemu kembali. Joon Sung, bekas bintang bola sepak yang gagal, memutuskan untuk bangkit kembali dalam hidupnya yang hancur.

Pada suatu hari, Jae Hyo, sekarang pelajar perubatan, meminta bantuan Joon Sung dan Min Woo semasa menghadapi krisis peribadi. Namun, sebuah penculikan palsu untuk mendapatkan wang telah membawa mereka ke dalam situasi yang gelap dan sangat berbahaya. Dengan kejadian yang tidak disangka, ketiga-tiga mereka terjebak dalam jalan yang penuh berliku.

Rating Mydramalist: 7.8/10

 

7. DECOY

f25b38c9 c69d 4b4e 9ab3 cac4b2220518Bermula lapan tahun lalu, Noh Sang Cheon, penipu kewangan terbesar melarikan diri ke Cina selepas menipu ribuan orang di Korea Selatan hingga akhirnya berita kematiannya menggoncang negara.

Detektif Goo Do Han, semsa menyiasat kes pembunuhan, menemui bukti yang mengaitkan Sang Cheon dengan kes tersebut. Goo Do Han perlu mengungkap adakah Sang Cheon benar-benar sudah mati atau masih hidup.

Rating Mydramalist: 7.9/10 (Strim di Prime Video)

Demikian sahaja beberapa buah drama Korea thriller tentang jenayah dengan rating tinggi yang boleh anda tonton. Drama-drama jenayah thriller 2023 membuktikan bahawa ketegangan dan kehebatan cerita tetap menjadi daya tarikan utama penonton setia drama Korea.

Baca lagi: 20 Drama Korea Mengetengahkan Isu Buli, Meletihkan Emosi Ada Juga Membawa Mesej Moral
Baca juga: 8 Kdrama Dengan Plot Misteri Membawa Tema Tentang Virus Maut