Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Korea Menarik dengan Kisah Unik dan Santai pada Tahun 2024...

7 Drama Korea Menarik dengan Kisah Unik dan Santai pada Tahun 2024 Ini

0

Drama-drama Korea yang menarik boleh dijadikan salah satu cara yang berkesan untuk berehat dan menenangkan jiwa bagi sebahagian penonton dan peminat setia.

Kisah-kisah disajikan yang menyayat hati dan juga menghangatkan perasaan ini pastinya menyimpan nilai dan pengajaran berharga tentang kehidupan. Tentu sahaja setiap input yang diambil dari drama-drama Korea menarik yang ditonton tersebut boleh dijadikan pengajaran yang penuh inspirasi bagi para penonton dan juga peminat.

Jika anda menyukai drama Korea menarik dengan kisah yang unik dan santai yang menampilkan banyak nilai kehidupan dan pengajaran berguna, jangan lupa untuk menonton tujuh pilihan drama Korea dibawah ini. Paling terbaru adalah drama yang kini viral iaitu Miss Night and Day dan My Sweet Mobster!

 

Drama korea
1. Welcome to Samdalri merupakan salah satu masterpiece drama tentang kehidupan. Konflik yang berkaitan antara setia karakter juga menampilkan banyak pengajaran hidup

 

 

 

c303d3da 3c20 49db aa21 6ec3db776d7b
2. Penyesalan Nam Ha Neul (Park Shin Hye) sangat besar apabila dia menyedari bahawa terlalu banyak kebahagian dan peluang yang dikorbankan demi menggapai impiannya dalam drama Doctor Slump

 

 

 

1d2d96ea a024 4d29 93b3 117a083b2b5f
3. Perjuangan Na A Jeong (Jun Jong Seo) yang tidak mudah menyerah kalah dalam menggapai impiannya sebagai pelakon berjaya patut dijadikan pedoman bahawa sikap tidak putus asa akan membuahkan hasil, lakonannya memukau dalam Wedding Impossible

 

 

 

5b9bc0b9 3e9a 4596 b623 49d7f8e52eb5
4. Frankly Speaking berjaya memberi inspirasi kepada penonton melalui perjalanan hidup Song Ki Baek (Go Kyung Pyo) yang penuh dengan konflik yang berliku

 

Baca lagi: 4 Sebab Drama Romcom ‘Dreaming of a Freaking Fairytale’ Patut Ditonton, Lucu dan Sangat Menghiburkan

 

d58e7196 e619 428f 8adc bac2ca42a4a6
5. Dreaming of a Freaking Fairytale mengisahkan tentang perjuangan Shin Jae Rim (Pyo Ye Jin) dalam mencapai kebebasan kewangan (financial freedom) dalam kehidupannya

 

Baca juga: Episod Awal Miss Night and Day Tampilkan Kejutan, Watak Utama Berubah Rupa Apabila Matahari Terbit

 

IMG 1476
6. Kegigihan Lee Mi Jin (Jung Eun Ji) mencari pekerjaan sambil melawan stigma pengangguran membuatkan penonton kagum dalam drama Korea Miss Day and Night

 

Baca juga: 5 Perkara Menarik Tentang Uhm Tae Goo, Pelakon Kacak Bersuara Husky Sebagai Bekas Gangster dalam My Sweet Mobster

 

ec0ddd42 b1f6 4f46 aa7d 673ffc2b4f8d
7. Dalam drama Korea My Sweet Mobster, Go Eun Ha (Han Sun Hwa) sangat gigih memperjuangkan kehidupannya walau jatuh terduduk. Dan Seo Ji Hwan (Uhm Tae Goo) bekas ketua gangster yang berubah menjadi baik.

Kisah drama Korea di atas merupakan media healing bagi penonton yang sedang mengalami konflik serupa. Kadang kala para menonton merasa seolah-olah diberi semangat dan kekuatan apabila melihat cara dan sikap positif setiap watak dalam menghadapi masalah mereka. Senarai drama-drama Korea di atas tersebut sangat sesuai untuk anda tonton semasa sedang berehat dari lelah kehidupan seharian. Selamat menonton!

Baca lagi: 5 Drama Korea Thriller Popular Tampilkan Suasana Tegang pada Setiap Episod, Bikin Cemas
Baca juga: 5 Drama Korea Tampilkan Kisah Pengawal Peribadi dengan Misi Balas Dendam! Gabungan Genre Aksi dan Romantik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here