Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Korea Penuh Plot Twist, Tidak Dijangka

7 Drama Korea Penuh Plot Twist, Tidak Dijangka

0

Drama Korea merupakan tontonan yang sangat menghiburkan. Drama-drama Korea telah menjadi kegemaran ramai dan sangat popular kerana biasanya drama-drama ini tampil dengan banyak plot twist yang mengejutkan. Kisah-kisah yang sangat pelbagai juga tentu sahaja membuatkan para penonton tertarik untuk meneroka pelbagai drama yang ada.

Berikut dibawah ini merupakan beberapa drama Korea yang penuh dengan plot twist tidak dijangka yang menarik untuk ditonton. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Twinkling Watermelon (2023)

2018f7af 4240 48c1 b1f3 d7447f1d4143Drama Korea remaja romantik komedi dibintangi oleh Ryeoun, Seol In Ah, Choi Hyun Wook dan Shin Eun Soo ini bertajuk “Twinkling Watermelon.”

Ditayangkan pada tahun 2023, drama Korea ini menceritakan tentang kehidupan seorang remaja yang mempunyai ibu bapa pekak dan bisu yang melakukan menjelajah masa melalui kedai muzik ajaib dan dia terlempar ke tahun 1995.

Dalam perjalanannya kembali ke masa lalu, dia bertemu dengan ibu bapanya yang masih remaja, dan mengetahui nasib ibu bapanya ketika jatuh cinta. Pelbagai kejutan dan plot twist disajikan dalam dama ini kerana banyak rahsia terungkai sepanjang berlakunya penjelajahan masa. Sebuah drama yang sangat mengujakan!

 

2. Beyond Evil (2021)

68ae5665 3c5b 4aaa 9b19 1beea85bc166Dibintangi oleh Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo, drama dengan jumlah 16 episod ini mengisahkan tentang kes pembunuhan bersiri di sebuah bandar kecil di Korea Selatan.

Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun) merupakan seorang polis dengan masa lalu yang memilukan yang bekerja di balai polis Manyang. Suatu hari, seorang detektif bernama Han Joo Won (Yeo Jin Goo) dipindah bertugas ke balai polis Manyang dan bekerja sebagai ketua dan rakan setugas Lee Dong Shik.

Tidak lama kemudian, peristiwa pembunuhan bersiri terjadi di bandar kecil tersebut. Anehnya, kejadian pembunuhan ini sama seperti kes pembunuhan yang terjadi 20 tahun yang lalu. Bekerja sama untuk menangkap pembunuh sebenar, Lee Dong Sik dan Han Joo Won mula mencurigai antara satu sama lain dan semua orang yang disyaki terlibat.

Dipersembahkan dengan sinematografi, jalan cerita, dan lakonan para pelakon yang memukau, Beyond Evil juga berjaya memenangi kategori Best Drama dalam Baeksang Arts Awards 2021. Drama ini tamat dengan mendapat rating lebih dari 5%.

 

3. Kill Me Heal Me (2015)

37d69f80 035b 41b1 9ec2 85fd7f5041c4Jarang sekali drama-drama bersiri yang memaparkan tentang kisah hero yang mempunyai masalah mental. Lain dan amat berbeza bagi sebuah drama bersiri dari Korea Selatan yang bertajuk Kill Me Heal Me. Kill Me Heal Me memberi fokus kepada masalah mental sebagai tunjang utama jalan cerita dan isi plotnya. Tidak dapat dinafikan dua watak utama drama siri ini telah berjaya menjulang Kill Me Heal Me sebagai antara Kdrama terbaik yang pernah diterbitkan.

Kill Me Heal Me menyaksikan Ji Sung berjaya memberi 100% persembahan hebat sebagai seorang jejaka yang menghidap penyakit kecelaruan personaliti pelbagai yang kronik iaitu Cha Do-hyun. Cha Do-hyun bergelut dengan trauma hidup dan cuba melangkah untuk berjaya dengan bantuan seorang pakar psikiatri iaitu Oh Ri-jin (Hwang Jung-eum).

Pelbagai konflik kekeluargaan, percintaan dan persahabatan dipaparkan dalam Kdrama ini dan berjaya memberi pengajaran yang membuka mata buat para penonton.

 

4. Vagabond (2019)

09510ee2 3a76 4d33 87db add437663c1cVagabond juga merupakan salah sebuah drama Korea aksi yang cukup popular. Siri SBS TV ini meraih rating tertinggi sebanyak 14.1 peratus pada tahun 2019.

Ditayangkan sebanyak 16 episod, Vagabond mengisahkan tentang stuntman atau pelakon lagak ngeri yang bernama Cha Dal Gun yang dibawa oleh Lee Seung Gi. Anak saudaranya meninggal dunia dalam nahas pesawat yang misteri.

Dia nekad menyiasat penyebab nahas yang pada akhirnya membawanya pada sebuah kes rasuah yang mengejutkan. Sementara itu, dia terlibat dengan seorang ejen rahsia National Intelligence Service (NIS) yang bernama Go Hae Ri yang dibawa oleh Bae Suzy.

 

5. Sisyphus: The Myth (2021)

c4e15894 6dca 4611 940e 7b49d600b7be

Drama Korea Netflix yang tayang pada tahun 2021 ini mempunyai tema seperti Terminator yang sangat serius, tetapi juga dipenuhi dengan gelak tawa, warna-warni, dan drama. Han Tae-Sul (Cho Seung-woo) adalah seorang jurutera berbakat yang nekad mahu mengungkap sebab sebenar di sebalik pembunuhan abangnya.

Jalan cerita ini memperkenalkan watak yang melakukan pengembaraan dari masa depan ke zamannya waktu ini. Di masa depan, dunia didominasi oleh kumpulan tentera.

 

6. Lies Hidden In My Garden (2023)

1f094b9c 9ae1 4428 a13c b679cb06057aWalau hanya 8 episod, drama siri Lies Hidden in My Garden mempunyai banyak plot twist tentang pembunuh sebenar, mangsa, dan rahsia yang disimpan oleh setiap watak
Kim Tae Hee membawa watak sebagai Joo Ran, seorang wanita yang lahir dan besar dari keluarga berada. Dia berkahwin dengan seorang doktor yang bernama Jae Ho (Kim Sung Oh) dan hidup damai dan bahagia dalam rumah tangga yang dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

Namun konflik muncul ketika Joo Ran mencium bau aneh di halaman belakang rumah mereka. Perkara ini membuatkan Joo Ran mula menyiasat perangai suaminya, hingga akhirnya dia bertemu dengan Sang Eun (Lim Ji Yeon). Dia adalah seorang wanita yang lahir dari keluarga kurang mampu dan kini hidup sengsara akibat tekanan dari suaminya yang kerap melakukan kekerasan kepadanya.

Cerita dalam Lies Hidden in My Garden berkisar pada hubungan yang terjalin antara Joo Ran, dan Sang Eun. Kedua-dua wanita dari latar belakang berbeza ini memendam masalah dalam rumah tangga masing-masing.

 

7. Tell Me What You Saw (2020)

Drama koreaTell Me What You Saw pertama kali ditayangkan di OCN pada 1 Februari 2020. Drama ini mengikuti kisah Oh Hyun Jae (Jang Hyuk) seorang profiler pintar yang memecahkan banyak kes sukar menggunakan kemampuan profilnya yang memang hebat. Suatu hari, tunangnya mati dalam letupan yang dicipta oleh seorang pembunuh bersiri dan membuatnya tinggal sendirian selepas itu.

Lima tahun kemudian, pembunuhan baru terjadi kembali dengan cara yang sama dengan pembunuh berantai tersebut. Sewaktu menyiasat kes ini, ketua pasukan bertemu dengan seorang detektif dari kampung, Cha Soo Young (Choi Sooyoung) yang mempunyai ingatan fotografi. Ketua pasukan memperkenalkan Soo Young kepada Hyun Jae agar mereka bekerja sama untuk mengejar pembunuh bersiri tersebut.

Demikian sahaja beberapa pilihan drama Korea yang penuh dengan plot twist yang bakal membuatkan anda tertarik untuk menonton. Perasaan berdebar serta kejutan-kejutan yang diberikan oleh drama-drama ini pasti membuatkan anda tidak dapat melupakan kehebatan jalan cerita yang dipaparkan. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 7 Drama Korea Popular dengan Genre Jenayah dan Penyiasatan, Kejahatan Tersembunyi yang Sukar Dibongkar
Baca juga: 5 Drama Korea Segar yang Menenangkan, Sesuai untuk Relaks