Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Drama Korea Tampilkan Kisah Watak Utama Berbohong dan Menipu, Tipu Daya...

7 Drama Korea Tampilkan Kisah Watak Utama Berbohong dan Menipu, Tipu Daya yang Pasti Terbongkar

0

Pembohongan dan penipuan merupakan salah satu perkara yang membuatkan jalan cerita sesebuah drama Korea menjadi semakin menarik.

Bermula dari pembohongan kecil lama kelamaan menjadi pembohongan yang lebih besar yang tidak boleh dielakkan telah dilakukan dengan licik oleh watak-watak dalam drama Korea ini.

Pembohongan untuk percintaan hingga pembohongan dalam kehidupan, berikut ini adalah 7 drama korea dengan kisah pelakon utama yang melakukan pembohongan.

 

1. I’m Not A Robot (2017)

I’m Not A Robot merupakan drama korea yang dibintangi oleh Yoo Seung Ho dan Chae Soo Bin. Drama I’m Not A Robot mengangkat genre romantik, sci-fi, dan dibaluti juga dengan elemen komedi. Drama ini menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Kim Min Kyu (Yoo Seung Ho) yang memiliki alergi terhadap sentuhan langsung dengan manusia. Sementara itu, seorang wanita miskin bernama Jo Ji Ah (Chae Soo Bin) memutuskan untuk menyertai pasukan pembangunan robot android yang dikelola oleh bekas teman lelakinya untuk mendapatkan wang.

Pembohongan bermula apabila robot AI Aji 3 yang dipesan oleh Kim Min Kyu rosak kerana Jo Ji Ah. Robot Aji 3 memiliki penampilan yang sama seperti Jo Ji Ah. Karena tidak mahu dimarahi Kim Min Kyu, pasukan pembangunan robot tersebut akhirnya menghantar Jo Ji Ah untuk menjadi robot. Jo Ji Ah perlu berpura-pura menjadi robot hingga lama kelamaan perasaan cintanya terhadap Kim Min Kyu mula bersemi.

 

2. The Tale Of Nokdu (2019)

Drama Korea menceritakan tentang Jeon Nok Du (Jang Dong Yoon) yang merupakan seorang pemain pedang dengan keluarga yang berada. Suatu hari, keluarganya diserang oleh sekumpulan pembunuh. Nok Du mengejar para pembunuh tersebut hingga dia sampai di sebuah kampung yang hanya didiami oleh kaum wanita. Kampung yang dikenali dengan panggilan kampung balu tersebut hanya dapat dimasuki oleh wanita saja.

Jeon Nok Du kemudian menyamar sebagai seorang wanita untuk memasuki perkampungan tersebut. Dalam kampung tersebut, dia bertemu dengan Dong Dong Ju (Kim So Hyun), seorang gadis yang dibesarkan untuk menjadi wanita penghibur. Berbohong untuk menjadi wanita tentunya tidak mudah bagi Nok Du. Oleh kerana penyamarannya yang sangat menjadi, Nok Du disukai oleh seorang lelaki. Ingin tahu bagaimana pembohongannya terbongkar? Tonton drama Korea The Tale Of Nokdu ini ya!

Baca juga: Sedang Mencari Bahagia? Tonton 7 Drama Korea Popular Ini, Pasti Hati Anda Berbunga

3. Start Up (2020)

Drama Korea yang dibintangi oleh Suzy, Nam Joo Hyuk, dan Kim Seon Ho ini merupakan salah sebuah drama kegemaran ramai. Drama ini menceritakan tentang perjuangan sekumpulan individu yang ingin merintis usaha di syarikat baru. Walau penuh motivasi, drama ini juga menampilkan kisah romantik antara Seo Dal Mi (Suzy) dan Nam Do San (Nam Joo Hyuk).

Tahukah anda bahawa kisah romantik mereka berdua bermula dengan penipuan yang dilakukan oleh Han Ji Pyeong (Kim Seon Ho) semasa masih muda. Han Ji Pyeong semasa muda menyukai Seo Dal Mi, akan tetapi malu untuk mengungkapkannya. Mereka berdua saling mengutus surat, tetapi Han Ji Pyeong memperkenalkan dirinya sebagai Nam Do San. Pembohongan tersebut memberi kesan apabila mereka beranjak dewasa dan berakhir dengan cinta tiga segi.

 

4. Mouse (2021)

Drama Korea genre thriller jenayah Mouse merupakan drama dengan plot twist di luar jangkaan. Drama Korea ini dibintangi oleh Lee Seung Gi, Lee Hee Joon, Park Joo Hyun, dan ramai lagi. Mouse menceritakan tentang mengejar seorang lelaki psikopat yang telah melakukan pembunuhan bersiri dengan kejam. Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) seorang pegawai polis yang terkenal baik hati dan ramah mula bekerja sama dengan Go Mu Chi (Lee Hee Joon) untuk menangkap pembunuh bersiri tersebut.

Namun, penonton diberi kejutan bukan kepalang dengan plot twist yang disajikan. Rupa-rupanya, pembohongan besar dilakukan oleh Jung Ba Reum sebelum dia mengalami kemalangan. Jung Ba Reum menyembunyikan identiti dirinya yang sebenarnya dengan berpura-pura menjadi seorang polis yang ramah dan baik hati. Sejak mengalami kemalangan yang mengakibatkan keadaannya kritikal, Jung Ba Reum mula menyesali segala pembohongan dan kejahatannya.

 

5. High Class (2021)

High Class dibintangi oleh Jo Yeo Jung, Kim Jee Soo, Ha Joon, Park Se Jin, dan Gong Hyun Joo. High Class bukan hanya menceritakan tentang kehidupan konglomerat, tetapi kisah misteri yang penuh dengan pembohongan dan penipuan 4 watak utamanya. Jo Yeo Jung membawa watak sebagai Seong Yeo Wool yang kehilangan segalanya sejak difitnah dan diperangkap atas kes pembunuhan suaminya.

IMG 7383

Kim Jee Soo membawa watak sebagai Nam Ji Seon, ahli perniagaan hotel dan hospital sekaligus ahli jawatan kuasa sekolah serta wanita simpanan suami Seong Yeo Wool. Gong Hyun Joo membawa watak sebagai Cha Do Young, seorang pelakon yang menumpang populariti Nam Ji Seon. Park Se Jin membawa watak sebagai Hwang Na Yoon, seorang ibu dan sekaligus sahabat Seong Yeo Wool. Setiap watak memiliki rahsia penipuan yang menjadi permulaan kisah dalam drama Korea tersebut.

Baca juga: Melangkaui sempadan, 10 Drama Korea Ini Memukau penonton dengan Pemandangan Indah dari seluruh dunia

6. Eve (2022)

Drama yang dibintangi oleh Park Byung Eun ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Lee Ra El (Seo Yea Ji) yang menyusun aksi balas dendam sejak kehancuran yang menimpa keluarganya. Lee Ra El adalah sosok gadis lembut yang perlahan-lahan menjadi wanita dengan pesona memukau kerana dendam yang dipendamnya.

Demi melancarkan aksi balas dendamnya, Lee Ra El melakukan banyak penipuan contohnya seperti pemalsuan identiti. Lee Ra El menyasarkan Kang Yoon Gyeom (Park Byung Eun) yang diyakini sebagai penyebab kehancuran keluarganya. Selama 13 tahun lamanya, Lee Ra El merancang aksi balas dendam yang berakhir pada perceraian sebagai senjata utamanya.

 

7. Anna (2022)

Drama yang dibintangi oleh Suzy ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen. Drama Anna mengisahkan tentang seorang gadis bernama Yumi (Suzy) yang mengidap gangguan psikologi Ripley Sindrom. Yumi kerap mencipta siri pembohongan.

Drama korea

Yumi adalah gadis sederhana yang menghabiskan hidupnya untuk bekerja di galeri ayah Hyun Joo (Jeon Eun Chae) yang merupakan kawannya. Hyun Joo yang kembali ke negara asal setelah menempuh pelajaran di luar negara dikejutkan dengan perubahan Yumi yang berubah menjadi sosok yang bernama Anna.

Sekecil-kecil pembohongan yang disembunyikan, pasti akan terungkap seiring berjalannya waktu. Tiada apa yang akan kekal jika dibina dengan penipuan dan pembohongan bukan? Sepandai-pandai tupai melompat, pasti jatuh ke tanah jua.

Baca lagi: Suka Cerita Perisikan? Tonton 10 Drama dan Filem Korea Mengenai Ejen Rahsia Ini
Baca juga: Suka Serendipity’s Embrace? Tonton 10 Kdrama tentang Kisah Remaja yang Manis dan Penuh Drama Ini