Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Fakta Menarik tentang Kdrama Adaptasi Novel Web “When The Phone Rings”,...

7 Fakta Menarik tentang Kdrama Adaptasi Novel Web “When The Phone Rings”, Bawa Kisah Romantik-Thriller Mendebarkan

0

When the Phone Rings, sebuah drama romantik thriller baharu lakonan Yoo Yeon Seok, mengisahkan seorang ahli politik muda yang berdepan dengan misteri penculikan isterinya. Drama MBC ini boleh ditonton di Netflix mulai 22 November 2024.

Drama ini mengisi slot drama sebelum ini iaitu Doubt dan akan disiarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu. Dengan jumlah 12 episod, siri ini mempunyai tempoh 60 minit setiap episod, menjanjikan pengalaman tontonan yang sengit.

When the Phone Rings menampilkan Yoo Yeon Seok dan Chae Soo Bin sebagai pasangan suami isteri. Yoo Yeon Seok akan memainkan watak Baek Sa Eon, jurucakap termuda untuk Blue House (pejabat presiden Korea Selatan) yang kelihatan sempurna dan mempunyai segala-galanya.

Sementara itu, Chae Soo Bin memainkan watak Hong Hee Joo, seorang jurubahasa isyarat yang menjadi bisu selepas mengalami kemalangan pada zaman kanak-kanaknya.

Untuk anda yang masih belum lagi mula menonton “When the Phone Rings”, jom kita lihat beberapa fakta menarik tentang drama ini!

 

1. Adaptasi Novel Web Popular

When the phone rings

Diadaptasi daripada novel web “The Number You Have Dialed”, cerita drama ini telah menarik perhatian ramai sejak pertama kali diterbitkan di Kakao pada 2022. Novel ini terkenal dengan plot penuh teka-teki dan pendekatan naratif yang membangkitkan emosi pembaca.

When the Phone Rings juga telah diadaptasi ke versi Webtoon yang oleh Choi Lot dan diilustrasikan oleh Jayang dan karya asli oleh Geon Eomulnyeo.

When the Phone Rings mengisahkan Baek Sa Eon dan Hong Hee Joo yang berkahwin secara “arranged marriage”. Walaupun mereka tidak pernah berkomunikasi sepanjang 3 tahun perkahwinan mereka, mereka berpura-pura menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Hubungan pasangan itu mula berubah apabila mereka menerima panggilan telefon mengancam daripada penculik.

 

2. Fakta Menarik Disebalik Penerbitan Drama

IMG 1084

Salah satu tarikan drama ini ialah latar belakang produksinya. Diarahkan oleh Park Sang Woo, When the Phone Rings adalah hasil kerjasama dengan penulis Kim Ji Woon, yang sebelum ini berjaya bersama Doktor John dan Hyde Jekyll, Me.

Drama ini turut mencatat rekod baharu dengan bersiaran di Netflix, membolehkan penonton antarabangsa menikmati jalan cerita menerusi sari kata dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia.

 

3. Chemistry diantara Yoo Yeon Seok dan Chae Soo Bin

IMG 1079

When the Phone Rings menunjukkan chemistry Yoo Yeon Seok dan Chae Soo Bin sebagai pasangan suami isteri. Menurut Yoo Yeon Seok, chemistry semula jadinya dengan Chae Soo Bin boleh dilihat dalam drama ini.

“Saya bekerja dengan Chae Soo Bin, dan saya rasa keserasian semula jadi kami telah ditangkap dengan baik dalam drama ini,” kata Yoo Yeon Seok, dipetik dari Soompi. “Kami belajar bahasa isyarat bersama-sama dan bekerja keras dalam penggambaran, jadi sila beri banyak perhatian kepada When the Phone Rings.”

 

4. Kisah Watak: Konflik dan Keunikan Mereka

IMG 1078

Baek Sa Eon, yang dilakonkan oleh Yoo Yeon Seok, ialah seorang tokoh yang bercita-cita tinggi dengan masa lalu sebagai koresponden perang dan perunding tebusan. Watak ini menggabungkan kecerdasan dengan sisi emosi yang rumit.

Hong Hee Joo, lakonan Chae Soo Bin, adalah seorang wanita yang kuat dan bergelut. Kehidupannya sebagai orang kurang upaya (bisu) tidak menghalangnya untuk berjaya, tetapi perkahwinannya penuh dengan percanggahan.

Drama ini turut menampilkan Ji Sang Woo (Heo Nam Jun), seorang pakar psikiatri dan YouTuber yang menyiasat kes misteri. Sang Woo adalah kunci dalam mendedahkan kehilangan Hui Ju, menambah dimensi baharu pada jalan cerita.

 

5. Sebab Yoo Yeon Seok tertarik untuk membintangi When the Phone Rings

IMG 1088

Salah satu perkara menarik tentang When the Phone Rings ialah gabungan romantik, misteri dan thriller. Sebabnya, drama ini mengisahkan tentang hubungan suami isteri yang berkahwin kerana diatur oleh keluarga, serta panggilan telefon misteri yang akan mengganggu hubungan mereka. Ini antara perkara yang membuatkan Yoo Yeon Seok tertarik untuk membintangi When the Phone Rings.

“Saya tertarik dengan fakta bahawa drama ini menggabungkan genre romantik dan thriller,” kata Yoo Yeon Seok. “Saya juga berasa sangat berminat dengan watak Baek Sa Eon sebagai jurucakap presiden dan “show window couple” yang bergelut antara percintaan dan konflik.”

 

6. Genre Unik: Thriller romantik mendebarkan, penuh misteri dengan kisah politik yang kompleks

IMG 1087

Berbeza daripada drama thriller biasa, When the Phone Rings menambahkan unsur percintaan kepada tipu daya politik dan misteri penculikan. Hubungan kompleks antara Baek Sa Eon dan Hong Hee Joo menggambarkan sisi manusia seorang ahli politik yang biasa memikirkan imej awam.

Drama ini juga menggambarkan ketegangan emosi melalui perjalanan Baek Sa Eon yang cuba menyelamatkan isterinya di tengah tekanan politik. Elemen thriller menjadi lebih kuat dengan kehadiran watak sokongan seperti Ji Sang Woo, yang menyiasat penculikan secara bebas.

 

7. Turut dibintangi Jang Gyuri ex fromis_9 dan Heo Nam Jun

IMG 1080

Bukan sahaja Yoo Yeon Seok dan Chae Soo Bin, drama ini turut dibintangi Jang Gyuri, bekas fromis_9 dan pelakon Heo Nam Jun. Jang Gyuri memainkan watak Na Yu Ri, seorang pembawa berita yang bijak dan cantik. Na Yu Ri mengagumi Baek Sa Eon yang merupakan seniornya.

Sementara itu, Heo Nam Jun memegang watak sebagai pakar psikiatri dan pencipta kandungan bernama Ji Sang Woo. Dia sentiasa dekat dengan Hong Hee Joo, yang menyebabkan rasa cemburu dan was-was dalam diri Baek Sa Eon.

Menarik? Jadi pastikan anda tidak terlepas dari menonton “When the Phone Rings” setiap minggu di Netflix ya! Drama ini ditayangkan pada 22 November 2024 dan akan berakhir pada 28 Disember 2024.

Baca lagi: Episod 1-2 Parole Examiner Lee Dedahkan Kenapa Peguam Lee Berubah Menjadi Pegawai Parol Lee
Baca juga: Episod Awal Kdrama “Love Your Enemy” Raih Rating Teratas, “Marry YOU” & “The Fiery Priest 2” Catat Rekod Baru Mengagumkan