Marry My Husband merupakan drama Korea fantasi bertemakan penjelajahan masa. Kisah dalam drama ini fokus pada watak Kang Ji Won (Park Min Young) yang terbunuh selepas menyaksikan suami dan sahabatnya berlaku curang. Dia diberi peluang dan kesempatan hidup buat kali kedua dengan menjelajah masa ke masa lalu.
Dari episod 1 hingga 14 drama siri Marry My Husband yang telah ditayangkan, ada beberapa fakta menarik berkaitan penjelajahan masa yang berjaya dibongkar.
1. Ayah Kang Ji Won yang mengatur penjelajahan masa
Sebelum menjelajah masa, Kang Ji Won bertemu dengan ayahnya yang menyamar menjadi pemandu teksi. Waktu itu, ayahnya menggunakan identiti dan wajah yang berbeza. Perkara yang sama juga dialami oleh Yoo Ji Hyuk (Na In Woo). Namun, waktu itu, ayah Kang Ji Won muncul dengan wajah dan identiti sebenar.
Baca juga: Penampilan dan Lakonan BoA Dikritik dalam Marry My Husband ketika Membuat Instagram Live
2. Penjelajah masa mempunyai tanda hati berwarna biru
Kang Ji Won dan juga Yoo Ji Hyuk sama-sama memiliki tanda yang sama yang membuktikan bahawa mereka berdua adalah penjelajah masa. Tanda tersebut berupa bentuk lukisan hati berwarna biru. Kang Ji Won mempunyai tanda itu di not kertas pemberian ayahnya, sementara Yoo Ji Hyuk mendapat tanda itu berhampiran tulang selangkanya dalam bentuk tatu.
3. Penjelajahan masa menjadi peluang hidup buat kali kedua
Kang Ji Won menjelajah masa semasa dia mati dibunuh oleh suaminya yang curang. Manakala, Yoo Ji Hyuk mengalami kemalangan kereta yang membawa maut sebelum akhirnya menjelajah masa. Jadi, perjalanan menjelajah masa ini merupakan peluang hidup kedua bagi mereka.
4. Dari tahun 2023, penjelajah masa pergi ke tahun 2013
Penjelajah masa dalam drama ini tidak boleh memilih masa dan tempat mereka melakukan pengembaraan masa. Mereka sama-sama menjelajah masa dari tahun 2023 ke tahun 2013. Namun pada tarikh dan tempat yang berbeza. Kang Ji Won muncul di pejabat, manakala Yoo Ji Hyuk di bilik tidurnya.
5. Takdir tidak boleh dielakkan, tapi boleh diubah
Dalam Marry My Husband, takdir tidak boleh dihentikan dan pasti akan tetap terjadi. Perkara ini terbukti sewaktu Kang Ji Won mendapat kecederaan yang sama kerana terjatuh. Sedangkan dia sudah berusaha menghindari peristiwa itu, tetapi nyatanya takdir itu tetap terjadi.
Walaupun tidak boleh dielakkan, takdir boleh diubah. Caranya adalah dengan memindahkan takdir itu pada orang lain. Kang Ji Won menyedari perkara ini semasa melihat Yoo Ji Hyuk mendapat kesan luka yang sepatut ada padanya.
Mengetahui bahawa dia perlukan orang lain untuk mengambil takdirnya, Kang Ji Won ingin mengahwinkan Jung Soo Min (Song Ha Yoon) dengan Park Min Hwan (Lee Yi Kyung). Ini kerana Kang Ji Won ingin melepaskan diri dari suami toksik seperti Park Min Hwan. Selain itu, Park Min Hwan juga curang dengan Jung Soo Min di masa depan.
6. Takdir boleh terjadi lebih cepat dari garis masa sebenar
Kecurangan Park Min Hwan dan Jung Soo Min terjadi lebih cepat dari garis masa sebenar. Perkara ini menunjukkan bahawa waktu terjadinya peristiwa boleh berubah. Di akhir episod 12, kemalangan yang sepatutnya dialami Yoo Ji Hyuk pada tahun 2023 terjadi pada tahun 2014. Trak putih yang melanggar keretanya juga memiliki nombor plat yang sama.
7. Nasib buruk boleh berpindah pada orang lain
Takdir berubah bukan hanya sewaktu Kang Ji Won ingin memberikannya pada orang lain. Nasib buruk dirinya yang menghidap penyakit kanser berpindah begitu sahaja pada Yang Joo Ran (Gong Min Jung). Seperti Kang Ji Won dulu, Yang Joo Ran mempunyai suami penganggur dan toksik yang juga curang dengan kawannya.
Setakat ini, tujuh fakta di atas adalah fakta tepat tentang penjelajahan masa dalam drama Korea Marry My Husband. Adakah bakal ada perkara-perkara baru yang mengejutkan? Nantikan 2 episod akhirnya nanti ya!