Home Kdrama/Kmovie 7 Fakta Watak Kim Dong Jun dalam Drama ‘Goryeo Khitan War’, Raja...

7 Fakta Watak Kim Dong Jun dalam Drama ‘Goryeo Khitan War’, Raja yang Bijaksana

0

Kim Dong Jun telah rasmi menamatkan tempoh latihan ketenteraan wajibnya pada awal tahun ini iaitu pada 11 Januari 2023. Anggota kumpulan ZE:A yang juga merupakan pelakon berbakat ini kembali ke dunia hiburan selepas menyelesaikan latihan ketenteraannya.

Drama siri Goryeo Khitan War adalah merupakan drama terbaru Kim Dong Jun pada tahun 2023 ini. Drama siri bertemakan sejarah ini baru sahaja ditayangkan di KBS pada 11 November 2023.

10a993dd e86d 47de 9ab7 5a830e174a7cSebelum ini Kim Dong Jun telah dikenali kerana membintangi beberapa buah drama siri lain. Di antaranya adalah About Time (2018), Chief of Staff (2019), dan More than Friends(2020). Kim Dong Jun memilih fokus dan memberi perhatian dalam dunia lakonan dan dia mahu mengembangkan bakatnya.

Bintang bersinar ini selalu menunjukkan kebolehan lakonan terbaiknya setiap kali tampil dalam drama ataupun filem. Kali ini dia membintangi drama sageuk yang dinanti-nanti ramai peminat iaitu Goryeo Khitan War.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah agaknya watak yang dibawa oleh pelakon muda ini bukan? Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta tentang watak yang dibawanya dalam “Goryeo Khitan War” seperti berikut ini:

 

929301f7 f32e 46d8 b367 5faf1a2a5575
1. Goryeo-Khitan War merupakan drama siri yang menandakan kemunculan semula Kim Dong Joon dalam dunia seni lakon pada tahun ini, dalam drama siri ini, dia membawa watak sebagai Raja Hyeonjong

 

a2e41d6f 4d62 4680 9508 6b88bdd638f9
2. Raja Hyeonjong sangat dikenali kerana kepemimpinannya. Dia digambarkan sebagai tokoh raja yang sangat kuat toleransi serta tolak ansur dan mempunyai hati yang baik

 

1bd6d7e2 a0c5 4bf7 8405 7cf5b42a9f9e
3. Raja Hyeonjong juga memainkan peranan penting sebagai orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan institusi politik stabil dan juga merupakan pengasas Dinasti Goryeo

 

a5f749a0 afb6 4a9f a49d c23f68917457
4. Dia adalah pemerintah kelapan yang berjaya menyatukan wilayah Goryeo untuk memenangi perang melawan Khitan

 

c9fef6a0 33d0 468a 8b43 b217047e791f
5. Tidak mudah bagi Raja Hyeonjong memimpin Goryeo di usianya yang masih muda iaitu 19 tahun. Dia turut menghadapi kesukaran pada awal masa pemerintahannya

Khitan war

6. Dinasti Goryeo pernah diserang oleh 400 ribu tentera Khitan. Namun, hasil tunjuk ajar mentor politiknya, Raja Hyeonjong berjaya melawan dan mematahkan serangan itu

 

Goryeo khitan war
7. Inilah yang membuatkan Raja Hyeonjong sangat disegani. Dia sangat karismatik dan memiliki jiwa kepemimpinan yang kuat

3724ba0d 79da 4c75 b161 03dc263412f2Lakonannya sebagai raja bijaksana dan sangat berkarisma sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat setia. Jadi, jangan lupa untuk menonton Goryeo Khitan War ini setiap Sabtu dan Ahad di KBS2 ya!

Baca lagi: Kdrama Terbaru ‘Goryeo–Khitan War’, Raja dan Panglima Satukan Rakyat Hadapi Perang
Baca juga: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon