Home Kdrama/Kmovie Movie 7 Filem Aksi Korea yang Perlu Anda Tonton, Penuh Babak Pertarungan Mendebarkan

7 Filem Aksi Korea yang Perlu Anda Tonton, Penuh Babak Pertarungan Mendebarkan

0

Kadang kala filem aksi cuba dielakkan oleh sebahagian penonton kerana aksi kekerasan dan adegan menegangkan yang ditampilkan. Namun tentu sahaja tidak semua filem aksi dibawakan dengan cara seperti itu.

Beberapa buah filem aksi dari Korea Selatan ini diwarnai lawak jenaka komedi, drama, kisah menyentuh hati, dan juga cerita romantik di dalamnya hingga tidak membuatkan para penonton merasa bosan. Filem-filem ini sangat popular di negara Korea Selatan bahkan sering disebut-sebut dalam pelbagai variety show.

Berikut ini adalah 7 buah filem aksi popular di Korea Selatan dan penuh babak pertarungan mendebarkan serta masih sesuai ditonton hingga kini!

 

1. The Thieves

Filem Aksi

Filem tahun 2012 ini diarahkan oleh Choi Dong Hoon dan berjaya meraih pelbagai anugerah pada zamannya, di antaranya Korean Association of Film Critics Award untuk kategori Best Cinematography.

Filem aksi ini menceritakan tentang sekumpulan pencuri profesional bernama Popie (Lee Jung Jae), Yenicall (Gianna Jun), Chewingum (Kim Hae Sook), Zampano (Kim Soo Hyun) dan Pepsee (Kim Hye Soo). Mereka mendapat tawaran pekerjaan di Macau dari kawan mereka, Macao Park (Kim Yun Seok).

Namun sesampainya di sana, mereka disambut oleh kumpulan pencuri lain dan pergaduhan terjadi. Namun Macao Park meminta mereka untuk bekerjasama untuk mendapatkan berlian yang sangat berharga.

Sementara itu tanpa mereka ketahui, setia pencuri ini telah mempunyai misi masing-masing. Aksi mencuri dan strategi dalam filem ini sangat menarik dan mengujakan untuk ditonton.

 

2. Veteran

fd2fe4d6 7539 4012 9884 bdd2309fd412

Merupakan salah sebuah filem aksi terlaris Korea Selatan yang berjaya meraih penonton seramai 13.4 juta,Veteran menceritakan tentang Jo Tae Oh (Yoo Ah In) seorang pemuda manja yang membesar dalam keluarga konglomerat, Sinjin Group. Jo Tae Oh juga merupakan pewaris generasi ketiga dalam keluarganya.

Namun, dia selalu melakukan jenayah, seperti rasuah, peras ugut, dan pembunuhan. Ada seorang detektif yang sangat komited dan tiada belas kasihan dalam menangani setiap kes jenayah yang bernama Seo Do Cheol (Hwang Jung Min).

Suatu hari dia mendapat tugas untuk menyiasat Jo Tae Oh. Dengan berbagai-bagai cara, Seo Do Cheol mula menjalankan tugasnya dan berkeras ingin menangkap Jo Tae Oh. Sementara itu, walau mengetahui dia dicari oleh Seo Do Cheol, dia tetap tidak merasa terancam kerana dia mempunyai kekayaan dan pengaruh besar dari keluarganya.

 

3. Along With the Gods: The Two Worlds

e8f8e2b0 aa55 4a85 91cf e16b9c8d049c

Anda yang sukakan genre fantasi penuh aksi dan berminat tentang kehidupan selepas mati, filem ini sangat sesuai untuk anda. Along with the Gods: The Two Worlds adalah filem yang mengisahkan tentang kehidupan Kim Ja Hong (Cha Tae Hyun) selepas kematian merenggut hidupnya. Selepas meninggal dunia, dia ditemani oleh tiga malaikat untuk melalui tujuh neraka.

Filem aksi fantasi ini juga mempunyai beberapa adegan aksi melawan iblis yang membuatkan cerita ini lebih menarik untuk ditonton. Kejayaan Along With the Gods: The Two Worlds dalam menarik perhatian penonton bukan hanya berlaku di Korea Selatan, tetapi juga di banyak negara lain secara global.

 

4. Midnight Runners

795d343e e738 4c3f b8ac 2d32da12fa0a

Filem aksi ini adalah mengenai dua orang pelatih di akademi polis iaitu Ki-joon (Park Seo-joon) dan Hee-yeol (Kang Ha-neul) yang telah menyaksikan satu kejadian culik sewaktu mereka sedang keluar dari asrama pusat latihan pada waktu malam. Ki-joon dan Hee-Yeol masing-masing mempunyai personaliti yang amat berbeza, namun mereka sangat serasi bergandingan bersama.

Selepas menyaksikan kejadian penculikan di depan mata mereka sendiri, mereka ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan, walau bagaimanapun semua polis di balai tersebut sedang sibuk menyiasat kes penculikan lain dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kes yang sedang dua pelatih ini mahu laporkan.

Mereka berdua berkira-kira dan mengingati segala fakta dan ilmu yang mereka belajar sewaktu kuliah, seterusnya mereka membuat keputusan untuk menyiasat sendiri kes tersebut dan cuba untuk menyelamatkan mangsa culik yang kini tidak diketahui nasibnya.

 

5. Extreme Job

92f7f7a7 087c 4edd 9130 04eaa0ccf34b

Filem aksi Extreme Job adalah kisah tentang sepasukan skuad polis yang sering gagal dalam misi mereka. Mereka diberi kesempatan untuk membuktikan kebolehan mereka apabila diberi tugas untuk mengintip kumpulan penjenayah sindiket dadah.

Pasukan Ketua Go bersemangat melakukan intipan di sebuah restoran ayam goreng berhadapan dengan markas sindiket dadah tersebut. Keadaan jadi haru-biru apabila restoran ayam goreng tempat mereka mengintip bakal ditutup.

Sebuah keputusan sukar diputuskan,mereka pula mengambil alih restoran tersebut dan seterusnya menyamar sebagai peniaga ayam goreng untuk menjayakan tugas under cover mereka.

 

6. Ashfall

8b7466a0 f6ac 48b6 a032 1092d836064e

Ashfall merupakan filem aksi bencana yang menampilkan Ma Dong Seok sebagai salah seorang pelakon utama. Filem ini mengisahkan tentang letusan gunung berapi yang mengancam kehidupan di Semenanjung Korea. Ma Dong Seok membawa watak sebagai Kang Bong Rae, seorang ahli geologi yang hebat.

 

7. Fabricated City

5b6f20a8 21c4 485a b92d 4253c350b64b

Debut filem aksi Ji Chang Wook ini menceritakan tentang kisah Kwon Yoo, seorang gamer handal dan selalu menjadi ace dalam pasukannya. Suatu hari dia diperangkap oleh seseorang sehingga menjadi suspek utama kes pembunuhan seorang wanita.

Hancur hidupnya apabila dia dipenjarakan seumur hidup, Ibunya meninggal dunia selepas dia dipenjarakan. Bahkan dia sering dibuli di dalam tahanan. Dia akhirnya diselamatkan oleh sekumpulan pemuda.

Kumpulan tersebut ternyata adalah kawan-kawannya semasa bermain game. Untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, Kwon Yoo dan kawan-kawannya mengambil langkah dan mula menyiasat tentang kebenarannya. Tanpa disangka ternyata kes tersebut berhubung kait dengan sebuah organisasi besar di Korea Selatan.

Demikian 7 pilihan filem aksi menarik dan popular di Korea Selatan. Filem-filem ini masih boleh anda tonton di pelbagai aplikasi streaming seperti Netflix, Vidio, Viu, dan lain-lain.

Baca lagi: 5 Filem Aksi Korea Terbaik Yang Mendapat Pujian Peringkat Global, Ada Tentang perisik, Mafia dan Pembunuh Upahan
Baca juga: Seo In Guk, Ji Chang Wook dan Ma Dong Seok Sebagai Adiwira dalam Siri Terbaru Twelve

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here