Home News 7 Filem Asia Terbaik Sepanjang Zaman Berdasarkan Rating IMDb

7 Filem Asia Terbaik Sepanjang Zaman Berdasarkan Rating IMDb

0

Internet Movie Database (IMDb) merupakan salah satu platform paling popular untuk mencari maklumat tentang filem dari berbagai belahan dunia. Dengan ribuan tajuk yang terdaftar, IMDb menjadi tempat yang tepat bagi para peminat filem untuk mencari senarai filem berkualiti.

Di Asia, terdapat banyak filem yang memukau dan mendapat rating bagus di IMDb. Berikut ini merupakan 7 filem Asia terbaik sepanjang zaman dengan rating tertinggi di IMDb.

 

7. Your Name. (2016)—8.4/10

c5ff0f2d f631 4316 9253 89a3f7a2ff09Filem Asia terbaik no 7 ialah filem animasi Jepun dengan tajuk asal Kimi no Na wa. ini diarahkan oleh Makoto Shinkai. Cerita ini mengisahkan tentang dua orang remaja yang saling bertukar tubuh secara misteri. Perkata ini terjadi pada watak Mitsuha Miyamizu, seorang gadis kampung yang tinggal di sebuah perkampungan di Jepun, dan Taki Tachibana, seorang lelaki yang tinggal di Tokyo. Melalui pertukaran tubuh yang tidak dijangka tersebut, mereka belajar tentang kehidupan satu sama lain dan mula merasa terhubung lebih dari sekadar pertukaran fizik. Your Name. mendapat rating 8.4 di IMDb dan berada di tangga 84.

 

6. Oldboy (2003)—8.4/10

214f04f6 dc11 4e90 a5e4 107d9bc38c73Filem Asia terbaik no 6 ialah Oldboy. Oldboy merupakan filem thriller Korea Selatan garapan pengarah Park Chan-wook. Filem dengan tajuk asal Oldeuboi ini merupakan sebahagian dari trilogi Vengeance. Cerita filem ini mengikuti watak Oh Dae Su yang terjebak dalam sebuah perangkap penculikan misteri selama 15 tahun tanpa tahu alasan di sebalik jenayah tersebut. Setelah dibebaskan secara tiba-tiba, dia berusaha menyiasat siapakah yang bertanggung jawab atas penculikannya dan membalas dendam. Oldboy berada di tangga 73 IMDb dengan rating 8.4.

 

5. Harakiri (1962)—8.6/10

Filem asia terbaik
Filem dengan tajuk asal Seppuku ini berlatar belakang pada Zaman Edo di Jepun merupakan filem Asia terbaik no 5. Harakiri mengisahkan tentang seorang samurai tua yang berusaha mengajukan permohonan untuk melakukan seppuku (ritual bunuh diri) di halaman seorang ketua feudal. Filem ini menyajikan cerita yang memilukan dan menampilkan kritikan sosial yang tajam terhadap ketidakadilan dan cita-cita dalam masyarakat feudal Jepun. Diarahkan oleh Masaki Kobayashi, Harakiri mendapat rating 8.6 dan berada di tempat 47 di IMDb.

 

4. Grave of the Fireflies (1988)—8.5/10

ab4c68ce 206a 4ab5 9cea 39e6b2aa0c2eFilem animasi Jepun dengan tajuk asal Hotaru no haka ini diarahkan oleh Isao Takahata. Ceritanya berpusat pada kehidupan dua orang anak muda, Seita dan Setsuko, semasa zaman akhir Perang Dunia II di Jepun. Filem ini menggambarkan kisah menyentuh perasaan tentang penderitaan yang dialami oleh kedua-dua saudara tersebut. Mereka berusaha bertahan hidup di tengah-tengah kelaparan dan penderitaan perang. Filem ini mendapat rating 8.5 dan berada di tangga 46 IMDb. Menjadikan ia sebagai filem Asia terbaik ke 4!

 

3. Parasite (2019)—8.5/10

2af246a3 fe52 4a0b 8bd3 ba423cd64072Parasite merupakan filem psikologi thriller karya pengarah Korea Selatan, Bong Joon Ho. Filem dengan tajuk asal Gisaengchung ini memenangi Palme d’Or pada Festival Filem Cannes 2019. Parasite juga berjaya pada acara Oscar 2020 dengan menyebat empat anugerah, termasuk Filem Terbaik.
Ceritanya mengikuti kisah kehidupan dua buah keluarga, dengan perbezaan status sosial, yang terjalin dengan cara yang tidak disangka. Filem ini seakan-akan merungkai ketegangan antara kelas sosial di Korea Selatan. Parasite mencuri perhatian banyak pihak dan memperkenalkan industri perfileman Korea Selatan ke pentas dunia. Filem ini mendapat rating 8.5 di IMDb dan berada di tangga 36 dan jatuh ke no 3 sebagai filem asia terbaik!

 

2. Spirited Away (2001)—8.6/10

0d244f4a 3dd4 479a 8b86 cbf33e5d26aeFilem Asia terbaik no 2 pula merupakan garapan dari Pengarah Hayao Miyazaki dikenali sebagai salah seorang lagenda terbesar dalam dunia animasi Jepun. Spirited Away adalah salah satu karya terbaiknya. Filem dengan tajuk asal Sen to Chihiro no Kamikakushi ini mengikuti kisah seorang gadis muda yang sesat di dunia roh dan perlu mencari cara untuk kembali ke dunia manusia. Dengan animasi yang indah dan cerita yang berkesan, Spirited Away telah menjadi kegemaran di kalangan penonton di seluruh dunia. Spirited Away memenangi Oscar untuk Filem Animasi Terbaik. Filem ini mendapat rating 8.6 dan berada di tangga 33 di IMDb.

 

1. Seven Samurai (1954)—8.6/10

605f864f 44e7 4983 a0aa f90fad2fcbc2Diarahkan oleh Akira Kurosawa, Seven Samurai merupakan sebuah filem epik aksi yang menampilkan tujuh samurai yang dibayar untuk melindungi sebuah kampung dari serangan penjahat. Filem dengan tajuk asal Shichinin no samurai ini berjaya menarik perhatian penonton antarabangsa dan dianggap sebagai salah sebuah filem paling berpengaruh dalam genre aksi. Seven Samurai berada di tangga ke 22 IMDb dengan rating 8.6. Wow!! Inilah dia filem Asia terbaik No 1!!

7 Senarai filem Asia terbaik yang tersenarai di atas bukan hanya menghiburkan, tetapi juga memberikan pandangan unik tentang budaya, sejarah, dan masyarakat Asia yang pelbagai. Jika mencari pengalaman sinematik yang mendalam, filem-filem ini wajib anda tonton.

Baca lagi: 7 Filem Seram Angkat Isu Kemurungan Dan Kesihatan Mental
Baca juga: 10 Filem Pemerdagangan Manusia Dengan Rating Tertinggi IMDb