Home Kdrama/Kmovie 7 Filem dan Drama Korea Sains Fiksyen Bertemakan Uji Kaji ke Atas...

7 Filem dan Drama Korea Sains Fiksyen Bertemakan Uji Kaji ke Atas Manusia

0

Filem dan drama Korea kerap membawa tema cerita unik serta luar biasa.

Salah satu tema menarik adalah mengenai uji kaji ke atas manusia yang bertujuan untuk mencipta generasi yang unggul.

Terdapat beberapa buah filem dan drama televisyen dari negara Korea yang mengangkat tema ini dalam cerita mereka.

Contohnya, tujuh filem dan drama Korea berikut ini yang semuanya menarik serta sesuai untuk anda tonton.

1. A Werewolf Boy (2012)

A Werewolf Boy merupakan filem yang ditulis dan diarahkan oleh Jo Sung Hee. Filem ini dibintangi oleh artis-artis ternama seperti Song Joong Ki, Park Bo Young, Yoo Yeon Seok, Jang Young Nam, dan Kim Hyang Gi.

Filem ini menceritakan tentang kisah cinta Soon Yi (Park Bo Young) dan Chul Soo (Song Joong Ki) yang dimulakan pada tahun 1960-an. Chul Soo pada awalnya tidak mempunyai nama. Dia membesar jadi orang dewasa seorang sendiri, tidak boleh bercakap, dan sangat kuat.

 

2. The Silenced (2015)

Filem karya pengarah Lee Hae Young ini dibintangi oleh ramai pelakon berbakat seperti Park Bo Young, Uhm Ji Won, Park So Dam, Kong Ye Ji, Joo Bo Bi, Go Won Hee, Park Se In, dan Geum Sae Rok.

The Silenced berlatarkan tahun 1930-an di masa pendudukan Jepun di Korea. Watak utama filem ini adalah Joo Ran (Park Bo Young) yang sering sakit. Dia tinggal di sebuah sekolah asrama khas untuk pelajar perempuan.

Drama korea

Sekolah tersebut menyimpan banyak misteri dan perkara-perkara mencurigakan. Namun secara misteri, keadaan tubuh Joo Ran pulih. Dia juga menjadi sangat kuat. Sementara itu, seorang demi seorang pelajar di sana mula menghilang.

 

3. The Witch: Part 1. The Subversion (2018)

The Witch: Part 1. The Subversion ditulis dan diarahkan oleh Park Hoon Jung. Filem ini dibintangi oleh Kim Da Mi, Jo Min Soo, Choi Woo Shik, Go Min Si, Park Hee Soon, Jung Da Eun, Choi Jung Woo, serta Oh Mi Hee.

Filem ini menceritakan tentang Ja Yoon (Kim Da Mi), pelajar sekolah yang memiliki kekuatan super. Dia dibesarkan oleh ibu bapa angkat. Namun semasa kecil, dia pernah menjadi subjek uji kaji perubatan yang melibatkan proses modifikasi genetik di makmal misteri untuk menjadi senjata yang membawa maut.

 

4. Kill It (2019)

Kill It merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Jang Ki Yong dan Nana bekas anggota After School. Selain mereka berdua, drama ini turut dibintangi oleh Roh Jeong Eui, Lee Jae Won, David McInnis, Jung Hae Kyun, Jo Han Chul, Moon Woo Jin, dan Choi Myung Bin.

Drama Korea ini mengisahkan tentang Kim Soo Hyun (Jang Ki Yong), pembunuh upahan yang menyamar sebagai doktor haiwan. Semasa masih kecil, dia menjadi salah seorang subjek uji kaji di sebuah rumah anak yatim. Dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang selamat dalam tragedi dahsyat.

 

5. Awaken (2020)

Awaken adalah drama yang bergenre thriller, misteri, dan sains fiksyen. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Nam Goong Min, Seolhyun, Lee Chung Ah, Yoon Sun Woo, Yoon Kyung Ho, Kim Won Hae, dan Lee Sin Young.

IMG 2783

Drama Korea ini menceritakan tentang kes pembunuhan yang berkaitan dengan insiden tragis yang terjadi 28 tahun sebelumnya di White Night Village. Waktu itu, kanak-kanak di kampung tersebut dijadikan sebagai subjek uji kaji kejam hingga ada yang meninggal dunia.

 

6. L.U.C.A.: The Beginning (2021)

Drama Korea dengan dua belas episod ini menampilkan Kim Rae Won dan Lee Da Hee sebagai pelakon utama. Pelakon-pelakon lain adalah seperti Kim Sung Oh, Jung Da Eun, Kim Min Gwi, Jin Kyung, Ahn Nae Sang, dan Kim Sang Ho.

L.U.C.A.: The Beginning menceritakan tentang Ji Oh (Kim Rae Won) yang mempunyai kebolehan super. Dia tidak mengingati identiti dan juga masa lalunya. Namun orang-orang misteri terus mengejar dan ingin menangkapnya.

 

7. Seobok (2021)

Filem yang mengusung genre sains filsyen ini ditulis dan diarahkan oleh Lee Yong Joo. Dibintangi oleh bintang terkenal, filem Seobok dibarisi pelakon-pelakon seperti Gong Yoo, Park Bo Gum, Jo Woo Jin, Park Byung Eun, serta Jang Young Nam.

Cerita filem ini fokus pada Seobok (Park Bo Gum) yang merupakan klon manusia pertama. Dia memiliki kebolehan super dan menyimpan rahsia hidup abadi. Ki Hun (Gong Yoo) ditugaskan untuk melindunginya kerana ramai orang ingin menguasai Seo Bok.

Semua tujuh filem dan drama Korea di atas menampilkan cerita unik serta menarik tentang uji kaji sains pada manusia. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah
Baca juga: 5 Drama Korea Ini Dihujani Kritikan Tetapi Masih Popular dan Laris, Apa Pendapat Anda?