Yoo Seung Ho merupakan salah seorang pelakon lelaki Korea Selatan yang telah memulakan kariernya sejak kecil lagi. Dia melakukan debut pada tahun 2000 melalui drama siri yang bertajuk Daddy Fish. Ketika itu, dia baru sahaja berusia 7 tahun.
Yoo Seung Ho mula mendapat watak sebagai pelakon utama setelah berjaya membuktikan kemampuan lakonannya. Dia menjadi salah seorang pelakon yang sering terpilih untuk membintangi drama siri dan filem saeguk.
Baca Lagi: Perjalanan Karier Lee Do Hyun
Berikut merupakan tujuh filem dan drama siri saeguk yang pernah dibintangi oleh Yoo Seung Ho.
1. The Magician (2015)
Filem ini menceritakan tentang seorang ahli silap mata yang bernama Hwan Hee yang dilakonkan dengan hebat sekali oleh Yoo Seung Ho. Ia telah menderita sejak kecil, kerajaan selalu diseksa oleh seorang ahli sihir dari Dinasti Qing. Akhirnya dia memutuskan untuk melarikan diri. Sewaktu melarikan diri, Hwan Hee bertemu dengan Cheong Myung (Go Ara). Tanpa dia sedari, wanita yang ditemuinya itu adalah seorang puteri raja yang dalam perjalanan untuk mengahwini seorang putera raja dari Dinasti Qing. Kedua-duanya kemudian saling jatuh cinta!
2. Seondal: The Man Who Sells the River (2016)
Bakat Yoo Seung Ho terserlah lagi dalam filem Seondal: The Man Who Sells the River, Yoo Seung Ho berjaya membawa watak sebagai seorang penipu yang panjang akal dan dia mempunyai penampilan yang memukau dan juga sangat berani. Dia bersama dengan sahabatnya, iaitu Bo Won (Ko Chang Seok) mencari duit dengan mencuri di rumah orang-orang kaya.
3. King and I (2007)
King and I mengangkat kisah tentang kehidupan Kim Cheo Sun (Oh Man Seok), seorang sida-sida terbaik pada zaman Dinasti Joseon. Dalam diam dia menaruh hati kepada sahabat waktu kecilnya, iaitu Yoon So Hwa (Ku Hye Sun).Yoo Seung Ho membawa watak Raja Sung Jong semasa muda dalam filem ini. Namun, dia menyimpan perasaannya di dalam hati kerana perbedaan kelas sosial di antara mereka. So Hwa yang berasal dari keluarga bangsawan berkahwin dengan Raja Sung Jong (Ko Joo Won) dan hidup dengan menghadapi pelbagai konflik yang terjadi di istana.
4. The Great Queen Seondeok (2009)
Yoo Seung Ho juga turut serta dalam salah satu drama siri saeguk lagenda iaitu, The Great Queen Seondeok. Ketika itu, dia yang masih berusia 16 tahun membawa warak sebagai Putera Chun Chu yang merupakan anak saudara kepada Ratu Seondeok. Putera Chu Chu adalah seorang anak yang cerdik dan pintar mempengaruhi orang lain dengan ucapannya. Dia juga selalu menjadi penyokong setia setia Puteri Deokman hingga diangkat menjadi ratu.
5. Warrior Baek Dong Soo (2011)
Warrior Baek Dong Soo merupakan drama siri yang menceritakan tentang kisah benar seorang pahlawan legenda pada era Joseon, yang juga merupakan pencipta seni bela diri pada masa pemerintahan Raja Jeonjo.
Pelakon Ji Chang Wook berjaya melakonkan karakter Baek Dong Soo dengan sangat hebat. Sementara itu, Yoo Seung Ho mengambil watak sebagai Yeo Woon, iaitu seorang pemuda yang membesar bersama Baek Dong Soo di bawah jagaan Hook Sa Mo (Park Jun Gyu)
6. The Emperor: Owner of the Mask (2017)
Sebuah lagi drama siri lakonan Yoo Seung Ho yang berjaya meraih rating yang tinggi dan berlatarkan era Joseon pada abad ke-18 adalah The Emperor: Owner of the Mask yang mengangkat kisah tentang Putera Mahkota Lee Sun (Yoo Seung Ho). Putra Mahkota Lee Sun berjuang melawan sebuah organisasi besar yang memonopoli air negara. Namun, sepanjang hidupnya, putera mahkota perlu menutup wajahnya demi keselamatan dirinya.
7. Moonshine (2021)
Yoo Seung Ho membintangi sebuah drama siri saeguk yang bertajuk Moonshine bersama dengan Hyeri Girl’s Day. Yoo Seung Ho melakonkan watak sebagai seorang cendekiawan yang mendapat keputusan terbaik peperiksaan negara yang bernama Nam Young. Dia merupakan seorang pemuda yang berprinsip dan memiliki disiplin yang tinggi. Sikapnya tersebut telah menyebabkan dia diperintahkan untuk menjadi petugas di pejabat Saheonbu.
Dia bertugas untuk membendung penjualan minuman keras. Minuman keras pada waktu itu dilarang dan diharamkan. Namun, di tengah-tengah tugasnya, dia bertemu dengan Kang Ro Seo (Hyeri), iaitu seorang wanita yang menjadi tulang belakang keluarga. Wanita itu terpaksa menjual minuman keras untuk melunaskan hutangnya. Kedua-duanya kemudian terlibat dengan kisah romantik yang manis.
Yoo Seung Ho selalu memperbaiki mutu lakonannya dalam setiap projek drama yang dibintanginya. Oleh sebab itu, drama siri lakonannya selalu berjaya dan disukai oleh para penonton. Baru-baru ini, pelakon ini juga telah disahkan akan muncul kembali dengan membintangi sebuah drama siri yang bertajuk The Deal. Nantikan ya!