Home Bollywood/India 7 Filem India Hebat Ini Tampilkan Plot Twist Mencengangkan, Pelbagai Genre

7 Filem India Hebat Ini Tampilkan Plot Twist Mencengangkan, Pelbagai Genre

0

Filem India penuh plot twist bertajuk Maharaja (2024) baru-baru ini trending di Netflix. Filem bertema balas dendam ini menceritakan tentang tukang gunting yang kehilangan tong sampahnya. Tong sampah tersebut dianggap sebagai nasib baik baginya kerana telah menyelamatkan Jothi, anak Maharaja, dari kemalangan. Jalan cerita semakin rumit apabila laporan kehilangannya dipandang remeh oleh pihak polis.

Bukan hanya jalan cerita yang luar biasa, Maharaja dihasilkan dengan sempurna hingga mencapai pengakhiran plot twist yang membuatkan penonton tercengang.

Jika anda masih tidak boleh move on dengan filem Maharaja, beberapa filem-filem India ini mempunyai cerita dan plot twist yang hampir serupa, pasti mengejutkan anda!

 

1. Iratta (2023)

8c4a65c3 0165 4c90 82d8 b19cd049a2e7

Filem India dengan plot twist mengejutkan pertama adalah Iratta. Filem berbahasa Malayalam ini bermula semasa Vinod Kumar, Penolong Pegawai Inspektor Muda (ASI) terbunuh secara misteri. Vinod mempunyai saudara kembar yang juga bekerja di jabatan polis, kembarnya bernama Pramod.

Dia bermula menyiasat kematian Vinod walau masih memendam rasa benci terhadap saudara kembarnya tersebut. Kemudian, tiga orang suspek yang merupakan musuh Vinod dihadapkan sebagai saksi. Dari situ, baru terbuka tentang masa lalu dan keburukan Vinod.

2. Kurangu Bommai (2017)

27f33ed8 a674 4d9b 8876 38ef453a6264

India memang tidak pernah ketandusan filem dengan plot twist yang mengejutkan. Salah sebuah filem yang mencuri perhatian adalah Kurangu Bommai.

Filem garapan Nithilam ini menceritakan tentang seorang pemandu teksi yang bernama Kathir yang hendak mengembalikan beg duit berisi wang kepada pemiliknya. Tanpa disedari, beg tersebut berisi berhala yang dicuri oleh ayahnya yang bersengkongkol dengan mafia berkuasa.

3. Farhana (2023)

8d36b7ba 64fd 4798 a262 a7894e673ca5

Filem India ini menceritakan tentang gadis yang bernama Farhana yang bekerja di pusat panggilan untuk mendapatkan tambahan wang. Kehidupannya berubah apabila dia menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang bernama Dhayalan. Farhana jatuh cinta dengan sikap manisnya, hingga dia menyedari bahawa Dhayalan mempunyai niat tersembunyi yang membahayakan nyawanya.

4. Maanaadu (2021)

da1dd544 0b0c 49f8 9ac5 629c167d8c4b

Filem India berbahasa Tamil ini mengusung tema time loop (gegelung waktu) adalah salah sebuah filem India terbaik sepanjang zaman. Cerita Maanaadu berpusat pada Abdul Khaaliq, warga negara Arab yang pergi ke New Delhi untuk membantu kawannya kahwin lari.

Tanpa disangka, perjalanannya berakhir dengan malapetaka apabila dia bertemu lelaki yang tidak dikenali dan Khaliq diarahkan oleh polis untuk membunuhnya. Khaliq tentu sahaja menolaknya, malangnya dia dibunuh oleh polis tersebut. Dia terbangun dan mendapati bahawa dia sedang dalam penerbangan menuju ke Delhi seperti di awal filem.

5. Bhoothakaalam (2022)

Filem india

Filem India ini mengisahkan tentang ibu dan anak yang berjuang untuk meneruskan hidup. Asha adalah ibu tunggal yang bekerja sebagai guru. Sementara anaknya, Vinu, telah lulus pengajian tinggi dan menganggur selama dua tahun. Oleh sebab tertekan kerana tidak mendapat pekerjaan, Vinu melampiaskan kekecewaannya dengan merokok sementara ibunya melepaskan amarahnya pada Vinu.

Akhirnya, Vinu merasakan kehadiran makhluk ghaib di rumahnya kerana ibunya yang sering marah-marah. Masalah semakin rumit apabila Asha dibawa berjumpa kaunselor namun Vinu enggan bekerja sama dengan kaunselor tersebut.

6. Gargi (2022)

0c21c52d e9b4 4290 b185 77875321bd0f

Gargi merupakan filem India Selatan bertema kamar mahkamah dengan plot twist yang yang mengejutkan. Filem ini berpusat pada seorang guru sekolah bernama Gargi (Sai Pallavi).

Semasa pulang dari sekolah, dia mendapati apartmentnya telah dikelilingi ramai orang dan bapanya iaitu Brammananda menjadi salah seorang suspek rogol seorang anak gadis kecil. Tentu Gargi yakin bahawa ayahnya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia nekad mahu membuktikkan bahawa ayahnya bukan penjenayah.

7. Soodhu Kavvum (2013)

5a09a2d0 b604 43e7 b7ff adfc4a81da81

Filem India ini mengisahkan tentang Das (Vijay Sethupathi) yang membentuk geng bersama sahabatnya. Mereka bersengkongkol dengan anak ahli politik yang bernama Arumai untuk menculiknya. Namun, masalah tiba apabila pihak polis turut masuk campur dalam kes penculikan palsu tersebut.

Filem dengan pengakhiran plot twist bukan hanya menghiburkan tetapi juga meninggalkan kesan yang mendalam yang membuatkan kita ingin menontonnya berulang kali. Jika anda menyukai filem dengan penuh kejutan dan plot twist, filem-filem yang tersenarai di atas sangat sesuai untuk anda.

Baca lagi: 8 Filem India 2023 Dengan Rating Tertinggi IMDb
Baca juga: Anaknya Dibiarkan Mati dalam Your Honor: Apakah Tindakan Kim Gang Heon Demi Mencari Pembunuh Anaknya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here