Home Kdrama/Kmovie 7 Filem Jenayah Korea dengan Plot Twist Luar Biasa, Kejahatan yang Menghantui

7 Filem Jenayah Korea dengan Plot Twist Luar Biasa, Kejahatan yang Menghantui

0

Tidak boleh disangkal lagi bahawa filem bergenre misteri jenayah dengan elemen plot twist pada endingnya selalunya mampu memukau penonton.

Salah sebuah negara yang terkenal mempunyai banyak filem dengan plot twist terbaik adalah Korea Selatan. Kehebatan filem-filem jenayah mereka juga membuatkan beberapa buah filem dari negara tersebut sudah diadaptasi oleh para pencipta filem Hollywood.

Bermula dari mengangkat tema undang-undang hingga drama keluarga, berikut dibawah ini adalah tujuh senarai filem jenayah Korea dengan plot twist yang luar biasa.

 

1. No Mercy (2010)

Filem jenayahPakar forensik, Kang Min Ho, menangani kes pembunuhan terakhir sebelum dia bersara. Mangsa adalah gadis berusia 20 tahun yang anggota badannya dipotong menjadi 6 bahagian.

Semasa mendapat panggilan telefon misteri, Doktor Kang memutuskan untuk membantu pembunuh dengan merosakkan tubuh mangsa dengan tujuan mengganggu proses penyiasatan.

Pihak polis merasa ada sesuatu yang tidak kena apabila hasil forensik selalu bertentangan dengan bukti yang muncul, menimbulkan banyak teka-teki dan konflik dalaman di antara kedua-dua jabatan tersebut.

No Mercy mengutip jumlah jualan tiket sebanyak USD 7.58 juta, menunjukan kredibiti hebat sebagai salah sebuah filem misteri dengan twist yang sangat mengejutkan.

Baca lagi: 9 Filem Jenayah Thriller Korea Bawa Kisah Gangster, Popular dan Diminati Ramai

2. The Client (2011)

091094ae 13f4 4a30 876c a05375a84102Kes pembunuhan tanpa mayat menggegarkan sebuah kompleks apartment. Han Chul Min ditangkap atas tuduhan pembunuhan isterinya. Oleh kerana bertahun-tahun terdedah dengan bahan kimia ditempat kerja, Chul Min tidak memiliki cap jari.

Perkara tersebut mengukuhkan lagi dakwaan Chul Min sebagai suspek utama, sehingga peguam Kang yang bercita-cita tinggi terpaksa memanipulasi bukti. Bermula dari merasuah saksi hingga mempermainkan psikologi juri. Namun, semua perkara itu memberinya banyak kejutan.

Pelakon terkenal Jang Hyuk tampil berbeza dalam filem jenayah ini. Sebagai suspek tanpa cap jari, lakonan misteri olehnya akan turut membuat anda berteka-teki. Bukan twist sahaja yang luar biasa, namun proses menuju twist yang dibina dengan sangat hebat ini juga turut membuatkan filem ini istimewa.

Baca juga: 10 Filem Jenayah yang Sangat Genius, Kejahatan Dunia Digital

3. Forgotten (2017)

813ee2db b9ae 490e 91a8 7874bcfef7cb

Selepas diculik selama 19 hari, abang Jin Suk pulang ke rumah dengan cerita amnesianya yang sangat misteri. Masih terpukul dengan kejadian itu, ayah dan ibu Jin Suk memilih untuk mengabaikan cerita tersebut dan berusaha mempercayai anak sulung mereka.

Tapi tidak untuk Jin Suk. Watak yang dibawa oleh Kang Ha Neul itu mula menyiasat kes hilangnya si abang, membawanya pada kejadian-kejadian yang akan membuatkan bulu roma anda berdiri tegak. Rahsia keluarga yang sudah terkubur selama bertahun-tahun mula terungkap perlahan-lahan.

Baca lagi: 9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton

4. Montage (2013)

3ebb6de5 21d9 4f37 9599 33a8c0c279aeSekuntum bunga diletakan di tempat kejadian kes penculikan dan pembunuhan 15 tahun lalu, yang mana lokasi dan perinciannya hanya diketahui oleh polis dan penjenayah sebenar. Tidak lama selepas itu, muncul kembali kes penculikan serupa.

Detektif Cheong Ho pun yakin bahawa penjenayah tersebut adalah orang yang sama, dan bersumpah untuk memenjarakannya kali ini. Namun apabila bukti-bukti muncul, dia kemudian mengubah analisisnya dan berusaha meyakinkan detektif lain bahawa kes kali tidak dilakukan oleh orang yang sama. Ada orang lain selain mereka yang tahu tentang perincian kes. Ada sesuatu yang penting yang mengaburi mata mereka.

Filem jenayah Montage membariskan pelakon-pelakon terkenal, membuatkan filem dengan plot twist luar biasa ini mengaut keuntungan USD 11.23 juta.

 

5. The Chronicles of Evil (2015)

f7ec338c 6138 4274 9987 6306825322aeKetua Pasukan Detektif Choi baru mendapat kenaikan pangkat. Selepas jamuan meraikannya malam itu, Detektif Choi tidak sengaja membunuh pemandu teksi dalam perjalanan pulang. Merasa jawatan barunya terancam, Choi berusaha menghilangkan bukti dengan berpura-pura masuk ke dalam pasukan penyiasatan.

Hingga anak buahnya, Detektif Cha (Park Seo Jun), menyimpan curiga pada gerak-geri pegawai atasannya tersebut. Barang-barang kecil dan remeh seperti klip tali leher yang ditemuinya di tempat kejadian membuatnya semakin yakin bahawa Detektif Choi adalah pembunuh sebenar.

Separuh pertama filem berjalan dengan tempo perlahan, kemudian dengan cerdik pengarah menaikan suasana dengan adegan-adegan tegang dan mendebarkan. Plot twist yang dicipta para pengkarya filem korea memang kelihatan segar, menjadikan filem ini sebagai box office paling laris semasa pertama kali ditayangkan dengan keuntungan USD 15.5 juta.

 

6. A Dynamite Family (2014)

70a230a4 2340 43fb 9dcd b76c51f2c5b9A Dynamite Family menceritakan tentang 5 saudara tiri yang terpaksa pulang ke kampung atas permintaan ibu bapa mereka. Semasa mereka berkumpul, ibu bapa mereka menjadi mangsa pembunuh bersiri di kampung tersebut. Dengan petunjuk sebuah ringtone lagu ‘Gee’, 5 bersaudara ini berusaha untuk menangkap pembunuh ibu bapa mereka.

Walaupun dibaluti elemen komedi, filem ini tetap diserikan dengan misteri dan twist yang berjaya disusun dengan baik. Bahkan semasa lagu legenda milik Girls Generation yang berjudul ‘Gee’ diputar, bulu roma para penonton pasti meremang.

 

7. Memoir of Murderer (2017)

6647a722 326f 4672 bb21 5352568804ffMemoir of a Murderer menceritakan tentang seorang bekas psikopat yang cuba menangkap seorang psikopat kejam yang lain. Cerita fokus pada Kim Byung Soo (Sol Kyung Gu), seorang bekas psikopat yang kini menderita penyakit Alzheimer. Penyakitnya disebabkan oleh kemalangan pada 17 tahun yang lalu, kemalangan yang juga membuatnya berhenti melakukan pembunuhan bersiri.

Suatu hari, pembunuhan bersiri terjadi di bandarnya. Byung Soo takut jika pembunuh bersiri tersebut adalah dirinya yang melakukan jenayah tanpa sedar. Oleh sebab itu, Byung Soo cuba menangkap pembunuh bersiri tersebut demi membuktikan bukan dia bukan pembunuhnya.

Filem ini merupakan adaptasi dari novel jenayah terkenal berjudul Murderer’s Guide for Memorization yang diterbitkan pada tahun 2013.

Filem-filem jenayah di atasa pasti akan memacu adrenalin anda, ketujuh-tujuh filem tentang jenayah dengan plot twist yang berlapis ini sangat sesuai untuk mengisi waktu lapang anda semasa di rumah. Daripada semua senarai filem jenayah yang diberikan, filem manakah yang pernah anda tonton?

Baca lagi: Wajahnya Sering Muncul dalam Filem Korea, Ini 6 Filem Jenayah Lakonan Kang Dong Won
Baca juga: Tonton 12 Episod Penuh The Whirlwind Sekarang di Netflix, Perebutan Kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalannya