Home Kdrama/Kmovie Movie 7 Filem Korea Ini Sajikan Ending yang Sangat Menyedihkan, Berendam Air Mata

7 Filem Korea Ini Sajikan Ending yang Sangat Menyedihkan, Berendam Air Mata

0

Pengakhiran cerita yang menyedihkan atau sad ending dalam filem-filem Korea memang membuatkan hati terasa pilu.

Walaubagaimanapun, masih ramai penonton yang suka menonton filem dengan pengakhiran cerita yang menyedihkan seperti itu.

Bagi sesetengah penonton, cerita yang mempunyai pengakhiran menyedihkan adalah lebih memberi kesan yang yang sangat mendalam di hati, sehingga akan pengakhiran tersebut akan terus diingati.

Bagi anda yang suka menonton filem Korea sad ending, berikut di bawah ini adalah beberapa cadangan filem yang boleh anda tonton.

 

1. 20th Century Girl (2022)

b73c2d13 887b 49dc aaf3 53c19af8a6d6

20th Century Girl adalah filem Korea yang mempunyai plot yang tidak terduga. Filem ini menggunakan latar tahun 1990-an tentang kisah dua orang sahabat iaitu Na Bo Ra dan Kim Yeon Du.

Yeon Du menyukai seorang lelaki dan meminta bantuan Bo Ra untuk menyiasat tentang lelaki itu. Kisah cinta di zaman remaja yang sepatutnya indah dan lucu itu berubah menjadi sangat rumit kerana Bo Ra dan jejaka yang disukai oleh sahabatnya itu saling jatuh cinta.

Konflik muncul di antara mereka. Semasa menuju akhir cerita, anda akan menemui kejutan yang pahit yang akan membuatkan hati anda sakit.

 

2. On Your Wedding Day (2018)

0a89d2c9 0ffa 49c5 ab0e 64ca01b02c02

On Your Wedding Day adalah filem Korea yang sangat menyedihkan dan masih dibicarakan sampai sekarang. Jangan tertipu dengan adegan perkahwinan yang dilakonkan oleh Park Bo Young dalam filem ini kerana anda perlu menguatkan hati kerana Bo Young tidak berkahwin dengan karakter utama lelaki yang dilakonkan oleh Kim Young Kwang.

Mereka berdua membawa watak sebagai sahabat yang menjadi kekasih. Mereka bersahabat hingga bercinta selama 10 tahun sejak zaman sekolah. Namun, apabila dewasa, mereka tidak mempunyai jodoh.

Bahagian yang paling menyedihkan adalah semasa watak Kim Young Kwang dengan rela melihat bekas kekasih hati yang masih disayanginya berkahwin.

 

3. A Werewolf Boy (2012)

39e95890 0439 4b3c ad57 b66bfcce70cd

Kali ini Park Bo Young berlakon dalam filem A Werewolf Boy bersama Song Joong Ki. Kim Soon Yi bertemu dengan Chul So, manusia separuh serigala. Soon Yi dan keluarganya menjaga Chul So hingga dia boleh hidup seperti manusia. Tetapi, suatu tragedi terjadi yang memaksa mereka untuk berpisah.

Ketika Soon Yi menginjak ke usia dewasa serta makin menia, dia kembali bertemu dengan Chul So yang langsung tidak menua. Itulah adegan yang paling menyedihkan kerana mereka masih saling sayang.

 

4. Wedding Dress (2010)

d6be7195 26e7 4e97 866f a9bd9da74cd6

Filem ini mengangkat kisah seorang ibu dan anak perempuannya. Ibu tersebut menderita penyakit serius serta dijangkakan hidupnya tidak akan bertahan lama lagi. Di sisa-sisa harinya, ibu itu mempersiapkan banyak perkara termasuk gaun perkahwinan untuk anaknya.

Harapannya, gaun tersebut boleh digunakan oleh anaknya apabila dia ingin mendirikan rumah tangga apabila dewasa nanti yang mana besar kemungkinan ibunya sudah meninggal pada waktu itu.

 

5. Silenced (2011)

7a7d3e41 83b2 4527 a2a4 25198c734bae

Selain sangat menyedihkan, Silenced adalah filem tentang serangan seksual yang membuatkan ramai penonton geram dan sakit hati.

Seorang guru dipindahkan ke sekolah khas pelajar-pelajar kurang upaya pekak dan bisu. Dia menyedari ada sesuatu yang janggal dan aneh di sekolah tersebut.

Ternyata, para pelajar menjadi mangsa kekerasan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi, hukuman yang diterima oleh para pesalah langsung tidak setimpal. Inilah yang membuatkan filem Silenced semakin menyedihkan.

 

6. The Preparation (2017)

6be5b597 3523 4227 be5a 8a603aa54082

Filem ini mengisahkan tentang hubungan ibu dan anak lelakinya. Oleh kerana keadaannya yang cacat, anak tersebut sangat bergantung pada ibunya.

Masalah muncul ketika ibunya didiagnos penyakit kanser. Akhirnya, ibu itu mempersiapkan anaknya agar dia boleh hidup berdikari. Dia mendidik anaknya perlahan-lahan hingga anaknya boleh bertahan hidup tanpa ibunya lagi.

 

7. My Annoying Brother (2016)

Filem korea

Kisah dua beradik ini pasti membuatkan anda menitiskan air mata. Doo Young Goo adalah atlet judo kebangsaan. Tetapi, dia mengalami kecederaan hingga dia hilang penglihatan. Kerjayanya juga hancur.

Suatu hari, abangnya yang merupakan seorang banduan datang menemuinya. Pada awalnya, dia hanya menjadikan adiknya itu sebagai alasan supaya dia bebas dari penjara. Namun, hubungan mereka berubah semakin rapat. Cerita tidak berhenti di situ sahaja. Masih ada kejutan menuju akhir cerita yang membuatkan hubungan adik beradik itu makin menyedihkan.

Demikian sahaja cadangan filem-filem Korea dengan ending yang menyedihkan yang berjaya membuatkan para penonton menangis semasa menonton. Jadi, siapkan banyak tisu sebelum menonton ya.

Baca lagi: 3 Filem Korea Ini Akan Temani Anda pada Bulan Oktober, Uprising Paling Dinantikan
Baca juga: 11 Drama dan Filem Korea Tentang Penculikan, Ada yang dari Kejadian Sebenar

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here