Jika dibandingkan dengan negara asia yang lain, industri perfileman dan drama Korea Selatan boleh dikatakan yang paling ke depan dan sangat maju. Para pembikin filem sepertinya tidak kering idea dan tidak henti-henti mempersembahkan filem dan drama dengan genre-genre baru dan jalan cerita yang segar.
Salah sebuah jenis filem yang memang laris dan menjadi kegemaran pengkarya dari Korea Selatan adalah kisah dengan genre distopia.
Filem yang membawa genre distopia biasanya menceritakan tentang kehidupan masa depan bumi yang porak-poranda akibat wabak atau bencana alam yang ngeri dan menakutkan.
Kisah hidup masyarakat yang kacau-bilau dan serba kekurangan, berikut dibawah ini adalah 7 buah filem Korea Selatan yang mengangkat genre distopia. Ikuti ulasan ringkas di bawah ini!
1. Selepas kejadian gempa bumi yang dahsyat yang meranapkan bandar Seoul, beberapa orang remaja dijadikan tikus makmal untuk penyelidikan yang mengerikan dalam Badland Hunters (2023)
2. Concrete Utopia (2023) mengisahkan tentang konflik sosial yang terjadi di sebuah apartment selepas Korea Selatan dilanda gempa bumi besar yang sangat dahsyat
3. JUNG_E (2023) menampilkan latar bumi masa depan pada tahun 2194. Perubahan iklim yang ekstrim menyebabkan penduduk bumi berpindah ke penempatan luar angkasa yang boleh diduduki
4. Sewaktu Korea dikuasai makhluk zombie, Kang Dong Won menjalankan misi berbahaya untuk memindahkan sejumlah wang yang banyak dalam Peninsula (2020)
5. Lee Je Hoon mengajak tiga orang sahabatnya untuk keluar dari bandar yang penuh dengan kemiskinan dan kejahatan dalam Time To Hunt (2020)
6. Pada tahun 2029, pasukan polis elit Illang memerangi kumpulan pengganas yang menentang reunifikasi kedua korea dalam Illang: The Wolf Bridge (2018)
7. Snowpiercer (2013) mengisahkan tentang bumi yang bertukar menjadi gurun ais dan hanya meninggalkan sekumpulan manusia yang bertahan hidup dalam kereta api gergasi
Filem yang mengusung genre distopia menghidangkan pengalaman menonton yang luar biasa dan juga penuh suasana mencemaskan. World building yang dicipta juga berjaya membuatkan para penonton tercengang. Yang manakah paling anda sukai?