Home Kdrama/Kmovie Movie 7 Filem Korea Tentang Kisah Tikam Belakang, Uji Kesabaran Penonton

7 Filem Korea Tentang Kisah Tikam Belakang, Uji Kesabaran Penonton

0

Tikam belakang dan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang terdekat memang sangat menguji kesabaran.

Rasa geram dan sakit hati itu juga turut dirasakan oleh para penonton sepanjang menonton filem Korea yang bertemakan pengkhianatan dan tikam belakang.

Banyak kisah yang menceritakan tentang sahabat menjadi musuh, ada juga yang menjadi asing antara satu sama lain selepas dikhianati sahabat sendiri. Jika anda sedang mencari filem dengan tema serupa, maka filem Korea berikut ini perlu anda tonton!

 

1. Love, Lies (2016)

a70f6b92 9d14 4afd acd3 f70fd4ca2a9c

Filem Korea Love, Lies yang ditayangkan secara perdana pada tahun 2016 ini dibintangi oleh Han Hyo Joo, Yoo Yeon Seok, dan Chun Woo Hee.

Filem ini mengusung latar era pendudukan Jepun tentang Jung So Yool (Han Hyo Joo) yang bersahabat dengan Seo Yeon Hee (Chun Woo Hee) sejak kecil. So Yool fokus menyanyi lagu tradisional Korea. Manakala Yeon Hee menyukai lagu pop moden. Mereka sangat rapat seperti adik beradik dan saling menyokong antara satu sama lain.

Sayangnya, persahabatan itu retak selepas Yeon Hee curang dengan kekasih So Yool. Sejak mengetahui pengkhianatan sahabat dan kekasihnya, So Yool berusaha memusnahkan karier Yeon Hee sebagai penyanyi pop.

 

2. Asura: The City of Madness (2016)

9f81d86a 9243 4b88 a302 63254da641c6

Filem Korea Asura: The City of Madness mengisahkan tentang detektif Han Do Kyung (Jung Woo Sung) yang membantu datuk bandar melakukan jenayah rasuah. Dia juga diugut oleh seorang pendakwa raya yang memintanya menyiasat datuk bandar.

Dalam keadaan sukar itu, Do Kyung meminta sahabatnya, Moon Seon Mo (Ju Ji Hoon) untuk menggantikannya menjadi pekerja datuk bandar. Namun, kejadian tidak terduga membuatkan mereka saling tuduh menuduh hingga berakhir dengan rancangan membunuh antara satu sama lain.

 

3. Hot Young Bloods (2014)60246068 cbac 450e 9fdf eee92824cc1f

Filem Korea Hot Young Bloods menceritakan tentang kisah ketua gangster wanita yang bernama Young Sook (Park Bo Young). Suatu masa dia meluahkan perasaannya pada Joong Gil (Lee Jong Suk), kawan masa kecilnya yang terkenal sebagai seorang playboy.

Berniat mahu menyelamatkan Joong Gil dari skandalnya yang bermasalah, Young Sook akhirnya dimusuhi dan dibuli oleh kawan-kawannya. Perkara lain yang membuatkan filem ini tampak menarik adalah nuansa era 1980-an yang sangat kental.

 

4. Confession (2014)

e0f8d3f8 681a 4161 8470 352334f9f1ed

Persahabatan yang erat antara pemuda-pemuda dalam filem Korea Confession (2014) retak selepas mereka terlibat dalam jenayah. Hyun Tae (Ji Sung) meminta dua orang sahabatnya, In Chul (Ju Ji Hoon) dan Min Soo (Lee Kwang Soo) untuk menangkap pembunuh ibunya.

In Chul dan Min Soo sebenarnya turut terlibat dalam tragedi itu. Pada mulanya, mereka berniat mahu membantu ibu Hyun Tae untuk mendapat wang insuran dengan membakar kasino. Tapi, ibu Hyun Tae terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut.

 

5. The Merciless (2017)

7e857dbb fd58 4017 a661 abc2c8ebbdd2

Filem Korea The Merciless dibuka dengan kisah persahabatan antara ketua banduan Jae Ho (Sol Kyung Gu) dan tahanan Jo Hyun Soo (Im Siwan). Persahabatan yang tampak baik seolah-olah tidak akan terpisah di antara mereka berakhir dengan pengkhianatan dan tikam belakang.

Di sebalik keakraban mereka, Jae Ho tidak tahu bahawa Hyun Soo sebenarnya polis yang hanya mengambil kesempatan. Semua itu dilakukan supaya dia boleh menangkap suspek yang tidak lain tidak bukan adalah orang atasan Jae Ho.

 

6. Golden Slumber (2018)

3979adc0 303d 4b5b af37 58e8edf4cfb6

Filem Korea ini dipenuhi dengan pertarungan sengit dari para bintang utamanya. Filem aksi ini menceritakan tentang Kim Gun Woo (Kang Dong Won), seorang penghantar barang yang dijadikan kambing hitam oleh orang-orang berkuasa untuk mendapatkan keinginan mereka.

Selain dikhianati dan ditikam belakang, dia juga ditipu oleh kekasihnya yang ternyata merupakan sebahagian dari rancangan jahat untuk memerangkapnya. Bukan itu sahaja, salah seorang sahabatnya juga membuatkan Gun Woo terperangkap dalam situasi genting antara hidup dan mati.

 

7. Gangnam Blues (2015)

Filem korea

Mengusung tema gangster, filem Korea Gangnam Blues (2015) menyelitkan suasana penuh ketegangan melalui pertarungan, pembunuhan, dan penyeksaan. Oleh sebab itu, filem yang dibintangi oleh Kim Rae Won dan Lee Min Ho ini diberi rating 19+.

Persahabatan antara Jong Dae (Lee Min Ho) dan Baek Yong Ki (Kim Rae Won) terjalin sejak kecil. Hubungan mereka mulai retak semasa Yong Ki membunuh rakan Jong Dae. Perkara itu membuatkan Jong Dae bimbang, dia juga terus didesak oleh gengnya untuk membalas dendam.

Melalui filem Korea yang bertemakan tikam belakang dan pengkhianatan di atas, penonton ditampilkan dengan banyak adegan yang menguji kesabaran. Kisah yang penuh dendam dan pertarungan yang pastinya menegangkan! Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 15 Drama Korea Rating Paling Teruk Sepanjang Zaman Menurut Nielsen Korea, Anda Pernah Tonton?

Baca juga: Suka The Frog? 4 Filem Korea Ini Membawa Tema Watak Psikopat Wanita