Home Entertainment 7 filem Korea terlaris pada tahun 2023

7 filem Korea terlaris pada tahun 2023

0

Terdapat banyak filem Korea yang sudah ditayangkan pada separuh pertama tahun 2023 ini. Bermula dari The Point Men pada bulan Januari hingga The Childe pada bulan Jun.

Namun, perolehan box office filem Korea pada separuh pertama tahun 2023 ini dikatakan cukup lesu jika dibandingkan dengan filem antarabangsa yang ditayangkan di Negara Korea Selatan.

Walaupun ramai pelakon-pelakon dengan besar yang kembali ke layar perak, rupa-rupanya perkara itu belum cukup untuk mempengaruhi minat penonton tempatan. Jumlah penonton kumulatifnya juga tidak banyak yang boleh mencapai angka 1 juta.

Berikut ini merupakan senarai filem Korea Selatan terlaris yang ditayangkan pada separuh pertama tahun 2023. Jom sama-sama kita lihat:

 

76698be8 e6e0 4a2c 8285 de7a759803e11. The Roundup: No Way Out memimpin dengan memperolehi 9.96 juta penonton. Filem ini menjadi filem ketiga The Outlaws yang juga membawa kejayaan besar

a2b06a12 3e96 4242 8960 58860acd2e8b2. The Point Men menampilkan Hwang Jung Min dan Hyun Bin dalam misi menyelamatkan tebusan. Filem ini mencapai 1.72 juta penonton secara kumulatif

18e16062 5ba8 4a6c 858d 0d0cb4f2a2853. Park Seo Joon dan IU disatukan dalam filem Dream. Filem yang mengisahkan tentang pasukan bola sepak di Piala Dunia Gelandangan ini meraih 1.12 juta penonton

61165cfc 90cb 4699 8f63 32e9c3e841424. The Devil’s Deal yang menampilkan kisah politik itu meraih jumlah 756 ribu penonton. Filem ini menampilkan Cho Jin Woong, Lee Sung Min, dan Kim Moo Yeol

41d5d8ee 7d4c 4c99 b262 4bcf4d3060b55. Rebound menarik seramai 697 ribu penonton selama tempoh penayangannya. Filem ini diinspirasikan dari kisah benar pasukan bola keranjang Sekolah Menengah Joong Ang di Busan

b1c8ed29 d062 4524 8cfd 635e3d1ff24b6. Phantom menceritakan tentang usaha lima orang individu yang dicurigai sebagai perisik untuk meloloskan diri dari tahanan. Jumlah penonton filem ini mencapai 664 ribu

1e2bd79b 96d3 4955 914a 1becb319a4e87. Walaupun baru ditayangkan pada 21 Jun yang lalu, The Childe sudah mencapai 491 ribu penonton. Filem ini merupakan debut layar perak bagi Kim Seon Ho dan Kang Tae Ju. Kemunculan Kim Seon-ho dalam filem The Childe, menjadi tanda debut filem buatnya, sekaligus comeback julung kalinya setelah lama menyepikan diri dari dunia seni

Baca juga: The Childe – 7 Sebab Untuk Menonton Filem Korea Ini

Pada separuh kedua 2023 pula, sudah ada beberapa buah filem yang telah mengumumkan jadual tayangannya. Contohnya Smugglers pada 26 Julai nanti, The Moon dan Unofficial Operation pada 2 Ogos akan datang, serta Concrete Utopia pada 9 Ogos nanti.

Filem korea

IMG 4105 IMG 4106 IMG 2759

Baca lagi: 10 Filem Tentang Teknologi Masa Depan
Baca juga: The Moon Filem Terbaru Korea, D.O EXO Terdampar Di Bulan