Home Entertainment 7 Filem Korea yang Dianggap Sebagai Karya Agung, Sudahkah Anda Tonton?

7 Filem Korea yang Dianggap Sebagai Karya Agung, Sudahkah Anda Tonton?

0

Bukan hanya muzik pop sahaja, filem dan drama dari negara Korea Selatan juga sangat popular di serata dunia. Di negara-negara Asia khususnya, peminat-peminat drama dan filem Korea Selatan memang sangat ramai dari pelbagai lapisan masyarakat.

Fenomena luar biasa yang menyebabkan ramai peminat jatuh hati dengan dunia hiburan Korea Selatan adalah kerana pengalaman dalam mencipta ribuan filem dan drama yang mempunyai pengaruh besar dan mampu menjaga kualiti filem-filem Korea Selatan.

Dalam banyak-banyak drama dan filem Korea berkualiti yang dihasilkan oleh pengkarya Korea Selatan, terdapat beberapa buah filem Korea yang dianggap sebagai mahakarya atau karya agung (masterpiece). Gelaran sebagai filem karya agung itu juga dibuktikan dengan banyaknya anugerah dan tingginya rating yang diperolehi oleh setiap filem-filem ini. Berikut dibawah ini adalah senarainya.

 

Filem korea
7. Kombinasi antara genre seram dan aksi, makhluk raksasa dalam filem The Host (2006) berjaya membuatkan filem ini menjadi salah sebuah filem Korea Selatan yang paling laris!

 

 

 

108d841e 0dc9 467d 866c 0c76daeb4b7d
6. Buah hati kesayangannya dibunuh oleh seorang lelaki psikopat yang gila, seorang detektif dalam filem I Saw the Devil (2010) nekad untuk balas dendam dengan cara lebih kejam dan seribu kali lebih sadis!

 

 

 

e3b78b73 aff0 48a0 b0ae cda75e2c97e9
5. Kisah antara orang gaji dan majikan dalam filem The Handmaiden (2016) ternyata sebuah kisah taboo yang keluar dari norma kebiasaan masyarakat timur itu sendiri, penuh drama dan dan terlalu erotik!

 

 

 

504a720a aba3 4fd7 ba6e 76b78bb52148
4. Saksikan bagaimana kecewanya dua orang detektif dalam filem Memories of Murder (2003) dalam usaha mereka mencari seorang pembunuh bersiri. Diangkat dari kisah benar!

 

 

 

886f0a2c 53bc 4dd0 a84a a4646d8d9280
3. Apakah yang akan terjadi sekiranya anda terperangkap di dalam kereta api yang penuh dengan zombie? Temukan jawapanmya dalam filem Train to Busan (2016)

 

 

 

54c36e41 fa2c 445d 8fdd 13191f4e3a0e
2. Cerita yang sangat luar biasa dan plot twist yang terlalu gila dan sangat mengejutkan dalam filem Oldboy (2003) membuatkan sesiapa sahaja yang menonton filem ini akan merasa mual

 

 

e41a1d20 7aa2 43a3 9092 73e341e4bb32 1

1. Kisah antara dua buah keluarga dalam filem Parasite (2019) yang penuh dengan pembohongan membuatkan filem ini muncul sebagai filem Korea Selatan pertama yang memenangi anugerah Oscar

Tujuh buah filem dari negara Korea Selatan di atas dianggap sebagai masterpiece kerana kesempurnaannya dalam pelbagai aspek. Kehebatan jalan cerita, persembahan memukau para penonton, dan juga sinematografi yang indah, semuanya berjaya menciptakan pengalaman menonton filem yang tidak mampu dirasai melalui filem-filem Korea Selatan yang lain. Sudahkah anda menonton filem-filem ini?

Baca lagi: Meledak Pada Hari pertama Tayangan, 9 Filem Korea Ini Raih Kejayaan Besar
Baca juga: The Land of Happiness, Filem Terakhir Lee Sun Kyun, Bakal Tayang Ogos 2024