Beberapa buah filem noir Korea Selatan tidak hanya unggul dari segi kisah dan jalan cerita sahaja, tapi secara teknikal sinematografi dan nuansa gelap jenayahnya.
Tidak hairanlah jika genre ini masih menjadi kegemaran para peminat filem noir Korea Selatan.
Filem noir umumnya menyajikan nuansa yang jauh lebih dark (gelap) dibandingkan dengan genre jenayah thriller. Diperkenalkan pertama kali pada tahun 40-an oleh pengkritik filem yang berasal dari Itali-Perancis iaitu Nino Frank. Filem genre noir mengutamakan naratif psikologi daripada sebarang aspek penting yang lain.
Kami menyenaraikan beberapa filem noir Korea Selatan yang paling menarik untuk anda tonton. Senarai ini khas terutamanya bagi anda para peminat genre noir.
Jom sama-sama kita lihat senarai filem noir Korea Selatan yang wajib anda tonton seperti di bawah ini:
1. Filem legenda daripada Korea Selatan, Oldboy (2003), berputar di sebalik kisah seorang lelaki malang yang ditahan dan dikurung selama belasan tahun akibat sebuah dendam yang sangat jahat. Sinematografi untuk filem ini sangat luar biasa!
2. Kisah dendam seorang anggota persatuan penjenayah dengan set dan jalan cerita yang menegangkan boleh anda temui sepanjang menonton filem Night in Paradise (2019)
3. Filem ini diangkat daripada sebuah kisah benar, The Chaser (2008) unggul dengan pembawaan aksi kejar-mengejar detektif dan seorang pembunuh bersiri
4. For The Emperor (2014) merupakan filem noir Korea Selatan yang memusatkan perhatian penonton sewaktu pemain besbol terjebak dalam dunia lintah darat
5. Filem A Bittersweet Life (2005) menyatukan adegan romantik dengan aksi pertarungan yang menegangkan antara ketua gangster dan anak buahnya
6. Yang paling ditunggu-tunggu kehadirannya, filem noir Korea terbaru iaitu The Childe (2023) bakal memaparkan aksi pemburu yang menghancurkan hidup petinju haram
7. Filem garapan pengarah terkenal Bong Joon Ho, Memories of Murder (2003) mengusung insiden sebenar tentang pembunuhan bersiri pada tahun 1986. Filem ini diangkat sebagai salah sebuah filem terbaik Korea Selatan sepanjang zaman
Filem Noir Korea memang tidak sebanyak genre filem yang lain. Namun, bukan bererti filem genre noir tidak mempunyai peminat tersendiri. The Childe yang dibintangi oleh Kim Seon-ho contohnya sangat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat setia!
Baca Lagi: 7 Kdrama Jenayah Sekolah, Sarat Balas Dendam