Bulan Februari sangat identikal dengan sambutan hari kekasih dan hari kasih sayang. Oleh sebab itu, filem romantik sangat sesuai untuk ditonton pada waktu anda dan pasangan anda menyambut hari istimewa ini.
Jika anda adalah peminat filem romantik Korea, tujuh filem berikut ini sangat sesuai dijadikan senarai tontonan anda. Filem-filem yang disenaraikan dari artikel ini merupakan senarai filem paling laris bagi kategori genre romantik di Korea Selatan.
Pencapaian filem-filem ini meraih box office secara tidak langsung membuktikan bahawa cerita-cerita romantik juga telah menarik minat ramai penonton. Berikut ini merupakan tujuh buah filem romantik Korea Selatan yang paling laris sepanjang zaman.
1. Kisah gadis remaja dan lelaki yang berkelakuan menyerupai serigala dalam filem A Werewolf Boy (2012) telah menarik seramai 6.6 juta penonton selama filem ini ditayangkan di pawagam
2. Filem romantik 200 Pounds Beauty (2006) memang sangat popular ketika ditayangkan. Filem ini dijadikan inspirasi untuk dijadikan remake dalam beberapa buah versi. Filem ini juga telah mencatat jualan tiket lebih dari 6 juta unit! Sangat laris!
3. Filem romantik All About My Wife (2012) menceritakan tentang suami yang ingin bercerai dengan isterinya dengan bantuan seorang kasanova. Filem ini berjaya hingga menarik seramai 4.5 juta orang penonton
4. Tiket terjual sebanyak 4.1 juta, filem romantik Architecture 101 (2012) membawa kisah cinta dua orang mahasiswa. Mereka berpisah dan bertemu kembali 15 tahun kemudian
5. Hubungan romantik yang terbentuk antara ahli silap mata dan gadis yang boleh melihat hantu dalam filem Spellbound (2011) mendapat 3 juta penonton
6. Pertemuan dua orang individu yang mempunyai pengalaman buruk dengan pasangan terdahulu dalam filem Crazy Romance (2019) laris hingga 2.9 juta tiket
7. Meraih seramai 2.8 juta penonton, filem On Your Wedding Day (2018) adalah tentang pasangan yang tidak dapat bersatu, saling sayang dan rapat sejak bangku sekolah hingga ada insiden yang membuatkan mereka putus