Home Kdrama/Kmovie 7 Filem Romantik Korea yang Pasti Buatkan Anda Berendam Air Mata, Penuh...

7 Filem Romantik Korea yang Pasti Buatkan Anda Berendam Air Mata, Penuh Emosi

0

Filem Korea boleh dikatakan antara pilihan tontonan kegemaran para peminat filem kerana jalan cerita yang unik dan biasanya berjaya membuat penonton menangis. Seolah-olah filem Korea mempunyai resepi tersendiri untuk mengundang air mata para penonton. Ada banyak genre filem menarik dan salah satunya ialah filem romantik percintaan yang sangat diminati ramai.

Menonton filem romantik juga merupakan antara cara terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan masing-masing. Kerana kesan psikologi yang diperolehi selepas menonton filem akan bertahan dan mampu mempengaruhi emosi kita terhadap pasangan.

Berikut dibawah ini adalah beberapa pilihan filem romantik Korea yang boleh anda tonton.

 

 

1. Sad Movie (2005)

Filem romantikSesuai dengan tajuknya iaitu “Sad Movie“, filem ini adalah sebuah filem romantik sedih. Dibintangi oleh Jeong Woo seong yang pernah berlakon dalam A Moment to Remember, Im So jeong yang pernah berlakon dalam Sorry I Love you dan A Tale of two sister. Dalam filem ini ada 4 cerita yang penuh dengan emosi dan berakhir dengan sad ending. Semua cerita yang ditampilkan sangat meruntun jiwa dan penuh makna.

 

2. Too Beautiful To Lie (2004)

ce3e23f7 af24 426b 92cd a71602661986Filem romantik Too Beautiful to Lie menceritakan tentang seorang wanita cantik yang bernama Yeong Ju (Ha-neul Kim). Yeong Ju yang memiliki wajah cantik rupa-rupanya adalah seorang penyeluk saku dan ada kala Yeong Ju menggunakan kecantikannya untuk memudahkan kerjanya menyeluk saku. Tiada sesiapa menyangka dia melakukan jenayah dan sangat handal kerana wajanya yang manis dan polos.

 

3. Will You Be There (2016)

346575be b00e 40c8 aea4 e32109ddc33dFilem romantik fantasi ini mengisahkan tentang Soo-hyun, seorang pakar bedah senior yang menderita penyakit kanser. Pada suatu hari, dia diberi 10 pil ajaib oleh seorang tua di desa yang buta semasa menyelamatkan anaknya di Kemboja. Pil itu ternyata membawanya kembali 30 tahun lalu, iaitu pada tahun 1985. Tepat sebelum kekasihnya Yeon-a meninggal secara sadis dalam kemalangan. Dengan kembalinya ke masa lalu, dia bertemu dengan Soo-hyun muda yang membantu untuk mencegah kematian Yeon-a.

Baca lagi: 7 Filem Romantik Korea Paling Berjaya Sepanjang Zaman, Kutipan Box Office yang Menguntungkan

4. Time Renegades (2016)

70e2e43c 0ef0 4ab8 bd4c 03602d0f2b2dFilem ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang saling berhubung melalui mimpi. Baek Ji-hwan (Jo Jung-suk) dan Kim Gun-woo (Lee Jin-wook) terpisah dengan selang masa selama 30 tahun, namun ajaibnya mereka saling berkomunikasi melalui mimpi. Satu kecelakaan telah menimpa Baek-hwan dan Kim Gun-woo pada tahun yang berbeza, setelah mereka selamat dari maut, mereka terus didatangi mimpi tentang kehidupan mereka.

Baek Ji-hwan yang merupakan seorang guru sekolah menengah dan hidup pada tahun 1983, didatangi mimpi tentang seorang detektif polis yang hidup pada tahun 2015 iaitu Kim Gun-woo, keadaan sama menimpa Kim Gun-woo apabila dia bermimpi tentang hidup Baek Ji-hwan. Mimpi-mimpi ini adalah benar, dah mereka saling berhubung untuk menyelamatkan orang-orang yang mereka sayangi daripada seorang pembunuh bersiri psikopat.

Identiti pembunuh itu sangat misteri dan hanya mimpi mereka berdua yang dapat memberi petunjuk untuk mematahkan jenayah berat yang berlaku.

 

5. Pure Love/Unforgettable (2016)

cfb29d67 c4e3 4878 badb 86bc13cc9663Unforgettable mengisahkan tentang sebuah flashback oleh seorang penyampai radio yang bernama Bum Sil. 23 tahun yang lalu, semasa dia mempunyai sahabat di sebuah perkampungan nelayan. Mereka adalah Soo Ok (Kim So Hyun), Bum Sil (D.O), San Dol (Yeon Joon), Gil Ja (Joo Da Young), dan Gae Deok (David Lee).

Soo Ok cacat kaki dan perlu menyeret salah satu kakinya semasa berjalan. Di sinilah cerita dimulakan. Soo Ok kemudian bertemu dengan seorang doktor dari bandar yang memberinya harapan bahawa dia boleh berjalan lagi. Kemudian konflik demi konflik muncul termasuk dalam persahabatan mereka.

 

6. Always (2011)

6660e841 926c 46ce 9cff 696f3f912d5aAlways adalah filem romantik dan melodrama yang fokus pada kehidupan seorang bekas petinju yang bernama Jang Cheol-min (So Ji-sub) yang akhirnya bekerja sebagai penjaga parkir. Tanpa sengaja, dia bertemu dengan Ha Jung-hwa (Han Hyo-joo), seorang gadis buta yang tiba-tiba datang ke tempat parkir tempatnya bekerja dan memberikannya makanan. Kerana tidak boleh melihat, Jung-hwa sering bertanya mengenai baju dan aksesori apakah yang dipakai oleh pelakon dalam drama yang ditontonnya kepada Cheol-min.

Perkara tersebut membuatkan Cheol-min yang awalnya adalah seorang yang dingin, mula menjadi lebih terbuka padanya. Bahkan, dia menceritakan masa lalunya yang cukup kelam pada Jung-hwa. Cheol-min berusaha menyembuhkan Jung-hwa. Untuk pembiayaan pembedahan Jung-hwa, dia berusaha mencari wang yang banyak. Dia juga sanggup menyertai pertandingan tinju secara haram. Namun, ternyata usaha Cheol-min menemui banyak rintangan dan halangan.

 

7. Be With You (2018)

a41a84ec e753 4645 abfa 26038302bd93Filem romantik fantasi ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang dulunya sangat bahagia dan sempurna bersama seorang ibu Soo ah (Son ye jin), ayah Woo jin (So ji sub) dan seorang anak lelaki yang bernama Ji hoo (Kim ji hwan), namun semuanya berubah apabila Soo ah meninggal dunia.

Selepas kematian Soo ah, Woo jin menjadi bapa tunggal yang berusaha untuk melengkapi kekurangan dalam keluarga kerana tidak ada sosok seorang Ibu. Membesarkan dan mencari nafkah sebagai seorang pekerja pembersihan di sebuah fasiliti kolam renang juga dilakukan. Pada suatu hari, Woo Jin bertemu dengan wanita amnesia yang sangat mirip dengan Soo Ah, dan segalanya mula berubah.

Bagaimana? Adakah anda tertarik untuk menonton?

Baca lagi: Pengarah Lee Jae Gyu (All Of Us Are Dead) dan Penerbit Akira Morii (Alice In Borderland) Bergabung Untuk Menghasilkan Drama Fantasi Thriller
Baca juga: 7 Filem Korea Fantasi Menarik Ditonton, Dari Genre Aksi hingga Komedi