Home Bollywood/India 7 Filem Seram India yang Boleh Ditonton Sempena Cuti Deepavali Ini, Ada...

7 Filem Seram India yang Boleh Ditonton Sempena Cuti Deepavali Ini, Ada di Prime Video

0

Nampaknya hujung bulan Oktober dan awal bulan November merupakan cuti perayaan Deepavali di Malaysia.

Masyarakat India di Malaysia menyambut Deepavali bersama keluarga dan sanak saudara dengan menyediakan hidangan yang lazat dan membersihkan serta menghias rumah mereka dengan cantik.

Jadi, bagi anda yang sedang bercuti, apa kata manfaatkan cuti ini untuk menonton filem-filem seram menarik yang tersedia di platform penstriman Prime Video.

Kalau bosan dengan filem seram Hollywood, anda boleh menonton filem seram India yang tidak kurang hebatnya. Tujuh filem seram India berikut ini boleh ditonton di Prime Video untuk menemani anda pada waktu cuti ini.

 

 

1.Stree (2018)

010f0be6 ee00 4037 8a94 1b5c0285b261

Stree boleh dikatakan sebagai filem seram paling ikonik dalam industri Bollywood. Setelah sekian lama genre seram kurang diminati di India, Stree muncul dengan cerita yang menarik dan menghiburkan penonton. Pelancaran Stree menaikkan populariti genre seram dalam Bollywood.

Filem ini mengisahkan tentang Kota Chanderi yang dihantui oleh makhluk bernama Stree. Setiap malam perayaan, Stree akan muncul untuk menculik lelaki di Kota Chanderi. Seorang tukang jahit bernama Vicky (Rajkummar Rao) bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk mengusir Stree dari kota dan mengembalikan penduduk yang telah diculik.

 

 

2. Pari (2018)

d0fd0120 e567 4c25 8681 72a8aa9dcb84

Kisah dalam filem Pari berkisar pada ajaran sesat yang dikenali sebagai Auladhchakra yang ingin menyebarkan keturunan iblis di dunia. Mereka melakukannya dengan menculik perempuan, lalu mengurung mereka hingga hamil. Salah seorang mangsa kekejaman ajaran sesat Auladhchakra ialah Rukshana (Anushka Sharma).

Sebelum dibunuh oleh ketua ajaran sesat, Rukshana sempat melarikan diri. Namun, dia terus dihantui oleh ahli-ahli ajaran sesat dan iblis ketua mereka yang mencarinya. Rukshana cuba mendapatkan bantuan polis dan penduduk kampung untuk menyelamatkan dirinya.

 

 

3. 1921 (2018)

9b347d2d 518f 494c 822d 0a6fd718fedb

Berlatar belakangkan negara England, filem 1921 membawa penonton menyiasat misteri kematian seorang usahawan bernama Ayush (Karan Kundrra) yang kelihatan aneh. Ayush ditemui mati bunuh diri sebelum menghadiri sebuah pesta. Selepas disiasat, ternyata Ayush dihantui makhluk yang tidak boleh dilihat mata kasar beberapa tahun sebelum dia membunuh diri.

 

 

4. Bhoot Part One: The Haunted Ship (2020)

f266b125 5ed6 4320 a021 7644c5380a3e

Filem arahan Bhanu Pratap Singh ini dikatakan diadaptasi daripada kisah mistik sebenar di Kota Mumbai. Vicky Kaushal membawa watak sebagai Prithvi yang diganggu oleh hantu seram di sebuah kapal terbiar. Kapal bernama Sea Bird ini tidak lagi digunakan sejak seorang kanak-kanak hilang tanpa jejak di sana bertahun-tahun sebelumnya.

Sebelum kapal Sea Bird dimusnahkan, Prithvi dan rakan-rakannya masuk ke dalam untuk melihat bahagian dalam kapal. Tidak lama selepas masuk, Prithvi berhalusinasi tentang anak dan isterinya. Selepas melalui pelbagai rintangan, Prithvi berjaya membongkar kebenaram di sebalik kejadian mistik di kapal Sea Bird.

 

 

5. Chhorii (2021)

9c4e5bb4 e08f 4257 9931 fb940a7db1b1

Chhorii adalah adaptasi daripada filem Marathi berjudul Lapachhapi (2017). Filem ini memaparkan Nushrratt Bharuccha sebagai Sakshi yang sedang sarat hamil. Perjalanan kehamilan Sakshi penuh cabaran kerana dia perlu bersembunyi dari kumpulan ajaran sesat mengerikan yang mengintai bayi dalam kandungannya. Sakshi juga perlu mengelak gangguan dari iblis yang menghantuinya sejak awal kehamilan.

 

 

6. Dybbuk (2021)

6ce54658 77f6 4d76 bed8 199418eea9a5

Dybbuk menonjolkan pasangan suami isteri bernama Sam (Emraan Hashmi) dan Mahi (Nikita Dutta) yang tinggal di rumah baru. Semasa mengemas rumah, mereka menemui sebuah kotak misteri yang mencurigakan. Sejak menemui kotak itu, mereka mula mengalami pelbagai kejadian mistik.

Selepas menyelidiki asal-usul kotak misteri itu, Sam dan Mahi mengetahui tentang iblis bernama Dybbuk yang tinggal dalam kotak tersebut. Tidak mahu anak mereka yang bakal lahir berada dalam bahaya, Sam dan Mahi meminta bantuan orang agama untuk mengusir Dybbuk dari rumah mereka. Sam dan Mahi juga mahu kotak misteri itu dimusnahkan agar tiada sesiapa lagi selain mereka diganggu oleh Dybbuk.

 

 

7. Stree 2 (2024)

Filem seram

Berlatar setahun selepas filem pertamanya, Stree 2 kembali memaparkan penduduk Kota Chanderi yang sekali lagi diganggu oleh hantu seram. Setelah Stree diusir dari kota, muncul hantu tanpa kepala bernama Sarkata yang sering menculik wanita. Tidak mahu keadaan kota kembali huru-hara, Vicky (Rajkummar Rao) bersama rakan-rakannya mencari hantu Stree dan meminta bantuan daripadanya untuk menewaskan Sarkata.

Tujuh filem di atas menawarkan kengerian dan ketegangan tentang usaha seseorang mengusir hantu seram yang mengancam nyawa. Anda tidak akan berpaling sepanjang menonton filem-filem ini kerana jalan ceritanya sangat menarik dan membangkitkan rasa ingin tahu. Adakah anda telah menentukan filem seram mana yang akan ditonton nanti?

Baca lagi: Tayang November Nanti, 4 Drama Korea Jenayah Thriller Ini Bakal Memukau Anda
Baca juga: Binge-Watch 7 Filem Seram Ini di Netflix, Pelbagai Kisah dan Negara